"AKU rasa janda dia lagi lawa!" Demikian pandangan ramai netizen terhadap satu video menunjukkan sepasang mempelai Nur Shahila, 29 bersama suaminya Muhammad Taufik, 29, sedang makan beradap sambil ditemani seorang wanita. Selain kecantikan wanita itu mencuri tumpuan, kapsyen pada video berkenaan yang melabel dia sebagai 'janda' lebih mengundang perhatian netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Hina sangat ke status janda? Tiga kali diserbu jabatan agama kononnya berkhalwat, ibu tunggal cekal hadapi ‘jiran puaka’ ARTIKEL BERKAITAN: Bukan ‘panjat’ rumah janda! Suami merungut isteri asyik call tanya bila nak balik... Lepak dengan kawan pun tak senang "Tetaplah bersanding bersama walaupun jandamu pengapit isterimu," tulis kapsyen berkenaan menerusi video yang dikongsikan pengantin perempuan, Nur Shahila atau lebih mesra disapa Syela. Tampil berkongsi kepada mStar, Syela menceritakan kisah bagaimana wanita dikenali sebagi Amell, 27, yang digelarnya sebagai janda dipilih menjadi pengapit di hari bahagianya pada 13 Mac lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Memang betul cerita tentang Amell jadi pengapit masa hari saya kahwin... tapi dia bukanlah 'janda' seperti apa yang orang fikirkan. "Suami saya belum atau tak pernah pun berkahwin dengan perempuan tu. Namun saya panggil wanita itu sebagai janda kerana dia adalah bekas kekasih suami. Zaman sekarang ni ramai yang gelarkan bekas kekasih mereka sebagai 'janda'," ujarnya. Amell (baju kurung putih) pernah menjadi orang ketiga dalam hubungan percintaan pasangan ini. Menurut anak jati kelahiran Melaka ini lagi, terdapat konflik yang berlaku antara dia dan Taufik ketika mereka sedang hangat bercinta. Ujar Syela, Amell muncul sebagai orang ketiga dalam kisah cinta dia dan Taufik ketika mereka dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga pada 2019. Namun demi mempertahankan hubungan, Syela memberanikan diri menghubungi Amell meminta agar dia berhenti menjalinkan hubungan dengan Taufik. Selepas suami dah bersetuju untuk putus dengan Amell, hubungan kami bertiga masih baik sampai sekarang. NUR SHAHILA "Saya dan suami dah berkawan lebih 12 tahun. Tapi pada tahun 2017 tiba-tiba hadir seorang lagi wanita dalam hidup suami iaitu perempuan yang saya panggil janda ni. "Taufik dan Amell makin rapat, saya tahu fasal hubungan sulit mereka itu. Taufik curangi saya demi perempuan tu selama tiga tahun. Saya tahu pun lepas kantoi dia keluar dengan 'janda' tu. "Tapi dalam tahun 2019 saya dan Taufik buat keputusan untuk ke arah lebih serius dalam hubungan jadi saya sendiri minta mereka putuskan hubungan," jelasnya lagi. Syela dan Taufik mula berkawan sejak tahun 2009. Syukur, permintaan Syela dipersetujui Amell tanpa tercetusnya sebarang konflik atau pergaduhan antara mereka. Malah, hubungan mereka kekal baik hingga Amell bersetuju untuk menjadi pengapit di hari bahagia bekas kekasihnya atas permintaan Syela. "Selepas suami dah bersetuju untuk putus dengan Amell, hubungan kami bertiga masih baik sampai sekarang. Apabila saya kenal Amell dengan lebih rapat, rupanya perangai dia okey dan kami saling memahami," katanya. Video tentang kisah hubungan tiga segi antara mereka yang dikongsikan di TikTok itu hingga kini meraih hampir 700,000 jumlah tontonan dalam masa satu hari. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan hubungan mesra ketiga-ketiga mereka walaupun terdapat salah faham tentang status janda yang dilabelkan kepada Amell. Selain memuji kecantikan Amell, mereka turut kagum dengan sikap toleransi antara pasangan mempelai dan pengapit wanita berkenaan. "Sebelum post video tu, saya dah inform awal dekat Amell nak buat content TikTok. Dia pun okey saja saya label dia macam tu... tak jadi masalah pun," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI