suria

Suami tenang umum di TikTok Cik Non meninggal… tiada live pengebumian, mungkin tak tunjuk jenazah

Suami Cik Non memaklumkan kematian isterinya menerusi video TikTok.

PENGASAS produk kontroversi Cik Non dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi Selasa.

Khabar duka kematian pemilik nama Nor Shahadah Aisyah itu dimaklumkan oleh suaminya menerusi satu video di laman TikTok.

"Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya dan isteri saya Nor Shahadah Aisyah yang selalu menjadi watak Cik Non telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.45 pagi tadi," ujarnya dalam nada tenang.

Dalam video sama, suaminya turut memohon maaf jika Cik Non ada melakukan sebarang kesalahan sepanjang hayatnya.

Tambah suaminya, dia juga tidak akan membuat siaran langsung pengkebumian isterinya atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

"Saya dari pihak dia ingin memohon maaf jika dia ada terkasar bahasa pada you all dan jika ada apa-apa yang Cik Non dengan you all, maafkanlah ya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku sepak karang” - Tak pakai mask, pengasas kosmetik mengamuk selepas pak guard halang adik masuk gedung perabot popular

"Mungkin saya tak akan buat live kebumi dia, mungkin saya tak tunjuk jenazah dia," ujarnya dalam video itu.

Dalam pada itu, beberapa individu di laman Facebook turut berkongsi maklumat, mendakwa Cik Non meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada otak selepas mengalami cirit-birit selama empat hari.

ciknon2

Kisah Cik Non pernah tular pada tahun 2020.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa terkejut atas berita pemergian mengejut itu.

Pada masa sama, ramai netizen memohon agar segala video serta foto arwah yang pernah tular sebelum ini agar dipadamkan segera.

Untuk rekod, nama Cik Non pernah tular pada tahun 2020 kerana video tular masuk ke pusat beli-belah tanpa memakai pelitup muka ketika pandemik Covid-19

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain