suria

Pergi tanya makcik bawang buat apa? Dr Imelda bidas kepercayaan mengarut wanita kena puasa seks 100 hari selepas bersalin

Masih ada sesetengah wanita yang mengamalkan pantang larang 'puasa seks' selama 100 hari selepas bersalin. Gambar hiasan

TIDAK dinafikan, amalan pantang larang atau petua yang diperturunkan oleh nenek moyang masih lagi 'kuat' diamalkan oleh sebahagian individu ketika ini meskipun zaman sudah serba moden.

Salah satunya sudah tentulah pantang larang selepas seseorang wanita melahirkan bayi.

Mengikut amalan nenek moyang, wanita yang sedang berpantang selepas bersalin bukan sahaja perlu menjalani pantang larang yang ketat dari segi pemakanan, malah mereka juga digalakkan untuk 'berpuasa' daripada bersama suami selama 100 hari.

pantang baru 1

Mandi air rebusan daun herba serta akar kayu merupakan antara amalan berpantang yang diperturunkan nenek moyang. Gambar hiasan.

Terpanggil untuk mengulas perkara tersebut, Konsultan Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Imelda Balchin berkongsi pandangannya menerusi satu hantaran di Facebook untuk 'memperbetul' pantang larang yang disifatkan sebagai mengarut.

"Awat (kenapa) la makcik bawang suka mengarut, sampai hal rumah tangga orang lain pun nak menyibuk dan nak control.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru pantang bersalin 44 hari, dah pandai kritik doktor! Dr Imelda ‘sekolahkan’ mak-mak ‘bangga’ ikut amalan nenek moyang

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan perlekeh ibu hamil ambil epidural masa bersalin, hak masing-masing... Dr Imelda sekolahkan puak ‘palatao’

"Dalam Islam hanya perlu berpantang hubungan kelamin selagi darah nifas belum kering. Darah nifas boleh kering di antara 14 hingga 60 hari. Puratanya ialah lebih kurang 30 hari.

"Selepas darah nifas dah kering, boleh mandi hadas, dan kemudian ikut suka pasangan suami isteri masing-masing bila bersedia untuk bersama," kongsinya.

Jelas Dr Imelda, nasihat yang disarankan oleh pakar perbidanan adalah selari dengan hukum yang sudah digariskan Islam berkait dengan situasi tersebut.

imelda

Dr Imelda Balchin banyak membuat perkongsian mengenai hal berkaitan perbidanan di Facebook.

"Doktor-doktor pakar gynae dari negara yang bukan Islam pun bagi nasihat elakkan hubungan kelamin sehingga darah nifas kering untuk mencegah jangkitan bakteria kepada ibu-ibu yang baru bersalin," tulisnya.

Tambah beliau, berpantang 100 hari daripada bersama suami bukanlah cara yang bijak untuk menjarakkan kehamilan seterusnya.

"Gunalah kaedah merancang keluarga yang berkesan, be smart, pergi jumpa doktor di klinik untuk bertanya apakah kaedah yang paling sesuai untuk diri masing-masing.

"Pergi tanya makcik bawang buat apa? Makcik bawang hanya tahu kaedah berpantang, kaedah lain dia tak tahu, tapi nak menyibuk dan nak membuli ibu yang baru bersalin saja dengan pantang-pantang mengarut," katanya.

Selepas darah nifas dah kering, boleh mandi hadas, dan kemudian ikut suka pasangan suami isteri masing-masing bila bersedia untuk bersama.

DR IMELDA BALCHIN

KONSULTAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

Menerangkan dengan lebih panjang lebar, Dr Imelda berkata perancangan keluarga juga boleh dilakukan secara semula jadi iaitu menerusi kaedah pemberian susu badan (breastfeeding).

"Ia dinamakan kaedah lactational amenorrhoea. Ia berkesan mencegah kehamilan di dalam 98 dari 100 ibu yang menggunakan kaedah ini untuk enam bulan selepas bersalin.

"Ada tiga syarat yang mesti ditepati iaitu 'exclusive breastfeeding', ibu tidak ada haid selepas darah nifas kering dan hanya berkesan untuk enam bulan selepas bersalin saja.

bersalin 1

Dr Imelda turut berkongsi kaedah untuk merancang kehamilan secara semula jadi yang betul selepas melahirkan bayi. Gambar hiasan.

"Ingat tau, lactational amenorrhoea adalah 98 peratus effective sebagai kaedah merancang keluarga hanya jika anda tepati tiga syarat di atas.

"Tak payahlah ikut makcik bawang. Tambahkan ilmu pengetahuan supaya kualiti hidup anda lebih baik lagi," tulisnya.

Sehingga kini posting Dr Imelda meraih sehingga 1,200 shares di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain