NAK makan tapi selera terbantut. Begitulah senario yang dihadapi pelanggan ini apabila hidangan Kentucky Fried Chicken (KFC) yang dibeli pada Selasa tidak mencapai kualiti sepatutnya. Dakwa Asyraf Z, 32, keadaan daging ayam dalam menu 'zinger burger' yang dibeli sangat teruk, malah membuatkan dia hilang selera untuk menikmati makan malam dengan keluarganya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya dan isteri memang dah rancang nak beli KFC untuk makan malam bersama tiga anak kami. Lagipun anak minta nak makan KFC. Jadi saya memandu dan beli makanan secara pandu lalu di cawangan Cyber Valley. "Ini bukan kali pertama, tapi dah berulang kali kami ke cawangan itu. Cuma ini kali pertama dapat makanan yang tak elok. Kami hanya sedar kualiti makanan itu ketika dah sampai rumah. "Isteri saya nak makan, tiba-tiba tengok muka dia sedih semacam. Terus saya tanya. Bila saya periksa, tekstur daging tu memang sebiji macam getah tayar, warna hitam legam," ujarnya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: KFC perkenal polisi tukar ayam, Jimat Siang promosi serendah RM7.99 hargai pelanggan setia ARTIKEL BERKAITAN: Menangis dari Bangi ke Perai nak bawa bapa makan KFC, menu ‘kayangan’ zaman 80an... Ustaz pesan anak-anak balas budi orang tua Menurut Asyraf yang menetap di Cybersouth, kejadian itu menyebabkan selera makan malam mereka terganggu, malah dia juga terpaksa memasak mi segera untuk mengalas perut bersama isteri. "Menu untuk anak kami order nasi dengan ayam. Dapat bahagian thigh tapi saiznya boleh kata separuh tapak tangan. Ibaratnya, kalau saya ke cawangan lain dapat ayam saiz M atau L. Di cawangan ini, saiznya macam XS. "Akhirnya semalam kami masak mi segera. Saya tak pergi balik ke cawangan itu, cuma saya ada buat rakaman video kejadian secara spontan. Jadi saya mengadu di Twitter kerana saya tahu restoran itu juga ada akaun Twitter," ujarnya lagi. Ciapan Asyraf mengenai kejadian itu. Menurut Asyraf, dia bagaimanapun terkejut apabila ciapan yang dibuat meraih perhatian ramai sehingga video kejadian itu meraih lebih 280,000 tontonan. Penangan tular, dia turut dihubungi pihak KFC pada Rabu pagi dan telah diberikan refund atas kejadian yang tidak disangka-sangka itu. "Ketika kejadian, saya ambil video secara spontan. Tak jangka ramai yang akan respons. Macam saya cakap, saya cuma nak mengadu secara normal kepada pihak KFC melalui Twitter. Pagi Rabu ada kakitangan mereka hubungi saya, saya pun dah dapat refund. Selagi boleh makan, sudah tentu kami akan makan. Ia rezeki. Tapi kalau tak elok, sudah tentu tak boleh nak makan. ASYRAF "Nak kata terkilan, itu satu hal. Kedua, ia mengenai makanan dan jadi darah daging kita. Benda tak elok kalau bagi makan pada orang, apa hasilnya pada kita? Bagaimana kalau isteri saya makan dan berlaku keracunan makanan? Siapa nak tanggungjawab? "Saya bukan nak burukkan, saya cuma mengadu. Selagi boleh makan, sudah tentu kami akan makan. Ia rezeki. Tapi kalau tak elok, sudah tentu tak boleh nak makan. Kepada mana-mana peniaga, tolong jaga kualiti makanan anda. Ia patut jadi keutamaan," ujarnya lagi. Untuk rekod, perkongsian Asyraf di Twitter turut menerima lebih 3,000 ulang ciap (retweet). Antara komen netizen di Twitter. Di ruangan komen, ramai netizen menggesa agar restoran itu lebih peka, malah ada yang berkongsi cerita berdepan kejadian sama sebelum ini. "Dapat fries keras kejung. Dah tak panas lepas tu hangit. Beli sekali dengan wrap, wrap lagi tak lalu nak makan dah jadi macam keropok wrap dia. Ayam pun samalah macam tu. Potong selera betul. "Pernah kena macam ni kat KFC Seksyen 7. Dah la hari tu nak buka puasa, kita time nak makan baru la tengok. Adui sedih. "Harap KFC lebih tegas turun padang buat inspection, bukan nama brand kecil kot," tulis beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI