AJAL menjemput tanpa mengira usia tua dan muda. Siapa sangka, detik gembira seorang remaja yang ingin meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-16 bersama keluarga, berakhir dengan tragedi apabila dia maut akibat kemalangan jalan raya. Remaja itu dikhabarkan ditimpa kecelakaan ketika keluar untuk membeli kek hari jadi sendiri manakala ibunya di rumah pula sedang membuat persiapan majlis ulang tahun kelahiran si anak sewaktu menerima perkhabaran duka itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Malah si ibu yang tidak menyangka kehilangan anak lelakinya secara mengejut, kelihatan lemah longlai sehingga terpaksa ditenangkan ahli keluarga yang lain. Video penuh menyayat hati itu dikongsikan oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Jalanan (PKAJ), Amran Shaharudin menerusi laman sosial sehingga meraih melebihi 1.4 juta jumlah tontonan. ARTIKEL BERKAITAN: Sehari selepas suami maut tersepit tayar kontena... balu luah rasa rindu, jiwa kosong - “Abang rehat ye... I love you Danial Imran” ARTIKEL BERKAITAN: Kakak tak sanggup hilang seorang lagi insan kesayangan, langsung tak kisah kereta dipandu adik rosak teruk akibat kemalangan Berkongsi cerita, Amran berkata video tersebut dirakam ketika dia dan skuad PKAJ membantu menguruskan jenazah remaja berkenaan selepas menerima panggilan daripada waris mangsa. "Kebetulan, arwah adalah rakan kepada adik saya. Daripada cerita yang disampaikan, arwah keluar nak beli kek hari jadinya yang jatuh pada 15 Jun (Rabu), tapi tak sangka ajalnya tiba hari itu. Team PKAJ membantu menguruskan jenazah seorang remaja yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, Rabu lalu. "Familinya buat persiapan di rumah dan ibunya tengah memasak. Waktu arwah kemalangan, kawan-kawannya maklumkan kepada keluarga tentang keadaannya namun ibu arwah tak percaya. "Bapa arwah datang hospital buat pengecaman dan menuntut jenazah tapi ibunya tak ikut bersama. Permintaan bapa arwah minta PKAJ bawa pulang jenazah ke rumah mereka di Pandan Jaya untuk ditunjukkan kepada si ibu. "Seperti kes kematian lain kami ambil sedikit footage video dan tak sangka, waktu sampai ke kawasan rumah, ibu arwah terus lembik bila nampak van jenazah yang bawa jasad anaknya. Memang menyayat hati," ujar lelaki berusia 46 tahun kepada mStar. Tambah Amran, selepas memenuhi permintaan bapa arwah, jenazah terus dibawa ke masjid untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. PKAJ membantu membawa pulang jenazah je rumah keluarganya yang terletak di Pandan Jaya. "Alhamdulillah, ramai ahli keluarga dan kenalan arwah yang ke hadapan nak uruskan jenazahnya. Kami bertindak sebagai pemantau dan membantu apa yang patut. "Kami bantu sehingga urusan pengebumian dilakukan. Alhamdulillah, jenazah remaja tersebut selamat dikebumikan sekitar pukul 6.35 petang hari yang sama," ujarnya sambil menambah, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur. Menurut lelaki ini lagi, dia sama sekali tidak menyangka video yang dimuat naik olehnya di aplikasi TikTok menjadi tular. Waktu arwah kemalangan, kawan-kawannya maklumkan kepada keluarga tentang keadaannya namun ibu arwah tak percaya. AMRAN SHAHARUDIN PENGERUSI PERTUBUHAN KEBAJIKAN AMAL JALANAN (PKAJ) "Selain nak beri mesej bahawa kematian tidak mengira usia, perkongsian tersebut juga nak tunjukkan betapa kasih dan sayangnya seorang ibu kepada anaknya. "Ibu mana yang sanggup menerima berita kematian anak, lagi-lagi ketika menunggu untuk meraikan hari lahir si anak bersama keluarga," katanya lagi. Mengenai skuad pengurusan jenazah yang dikendalikannya, Amran berkata PKAJ yang didaftarkan pada 2018 pada mulanya memberi tumpuan kepada aktiviti amal seperti bantuan kepada gelandangan sekitar Lembah Klang dan bantuan kepada pusat tahfiz. "Kami bergerak atas dana yang diinfak oleh orang ramai. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020, pergerakan kerja amal sukar sedikit, jadi saya ambil keputusan untuk join team fardu kifayah. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur. "Saya fikir, kenapa kami tak buka infak untuk adakan sebuah van jenazah sendiri di sekitar Lembah Klang. Jadi bertitik tolak dari situ, PKAJ bergerak sebagai skuad pengurusan jenazah secara sukarela. "Sekarang PKAJ ada dua van jenazah, sebuah van hasil infaq daripada orang ramai, manakala sebuah lagi diwakafkan oleh sebuah NGO. "Sekarang kami ada 16 sukarelawan untuk membantu uruskan jenazah, dengan lima orang daripadanya merupakan rider. Mereka sanggup ketepikan job rider kalau bantuan urus jenazah diperlukan. "Bagi mereka yang memerlukan bantuan untuk pengurusan jenazah di sekitar Lembah Klang, bolehlah hubungi kami," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI