suria

“Saya single mom, tak pula anak tumbuk orang” - Ibu bengang sekolah ‘cover’ murid bermasalah, dakwa kes buli tak ada tindakan susulan

Faa terkilan selepas melihat pipi anaknya anaknya merah setelah ditampar di sekolah.

LULUH hati seorang ibu apabila mendengar perkhabaran bahawa anaknya dibuli di sekolah.

Begitulah apa yang terjadi kepada wanita hanya ingin dikenali sebagai Faa, yang mendakwa anaknya, Muhammad Umar, 7, dilempang oleh rakan sekelasnya ketika beratur semasa perhimpunan sekolah.

Jelasnya kepada mStar, insiden anak istimewanya dibuli telah dimaklumkan oleh anak sulungnya, Muhammad Adam yang berusia lapan tahun selepas pulang dari sekolah yang enggan dinyatakan lokasinya.

"Anak nombor dua tu menghidap penyakit disleksia dan ADHD (attention deficit hyperactivity disorder). Bukan tu saja, tahap rabun mata dia pun tinggi, kena pakai cermin mata power sampai lebih 300. Jadi dia memang tak boleh tengok dengan jelas kalau tak pakai cermin mata.

"Hari tu balik rumah, si abang cerita adik kena buli dengan kawan dekat sekolah. Kawan dia ambil cermin mata dia pakai tu buat main. Saya tengok pipi belah kanan dah merah macam bekas kena lempang," jelas Faa.

Dengan penuh rasa sedih, si ibu bertanya kepada anak syurga ini bagi mendapatkan kepastian sama ada dia yang mula mencetus kemarahan rakan di sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dibuli kerana hidap disleksia, Zaim kini bangkit... hanya mahu ingat memori indah

ARTIKEL BERKAITAN: Tiap hari hidangannya perlu ikut tema, Aqif si remaja unik... bukan hiper tingkah laku tapi fikiran - “Tahu 'Exit' maksud keluar tapi tak kenal huruf”

Menurut Faa yang menetap di Selangor, anaknya tidak bersalah sebaliknya mengadu dibuli oleh rakannya di sekolah.

Selepas itu, Faa mengambil tindakan dengan membuat panggilan kepada penyelia petang di sekolah.

"Anak saya yang nombor dua tu cerita macam mana dia kena buli. Anak saya kata dia cuma tegur pembuli jangan potong barisan tapi cermin mata anak saya diambil. Bila cikgu nampak, dia (pembuli) stop. Tapi lepas cikgu dah tak tengok, dia terus lempang Umar. Saya tanya dia nama budak tu tapi dia tak ingat sebab ada disleksia.

Tangkap layar ulasan dibuat oleh Faa di TikTok.

"Benda macam ni tak sepatutnya berlaku. Saya dapat tahu murid yang buli anak saya tu dah pernah buli orang lain juga sebelum ni. Penyelia petang juga pernah jumpa mak ayah budak ni dulu. Alasan kenapa budak tu jadi macam tu sebab dia datang dari 'broken family'. Parents dia dah bercerai dan ibu murid tu OKU.

"Saya marah semula pengetua tu sebab alasan dia berikan tak boleh diterima yang budak tu datang daripada keluarga bermasalah membolehkan dia buli orang lain sesuka hati," katanya.

Dalam masa yang sama Faa turut mempertikaikan mengenai tiada sebarang tindakan dari pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi menanganinya.

Fasal kes buli ni memang tak ada kesudahan. Lepas saya kongsikan video tu ramai ibu bapa lain share masalah sama.

FAA

Malah, luah Faa lagi, jika kes buli ini masih berlaku lagi pada masa akan datang, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis, mengambil tindakan menyaman pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Anak-anak saya tu dibesarkan sendiri oleh single mother (merujuk pada dirinya) juga tapi tak ada pula pergi tumbuk anak orang lain.

"Lepas kena tampar hari tu pun dia cuma menangis saja tanpa membalas balik perbuatan itu sebab dia tak terfikir langsung untuk sakitkan orang yang buat jahat dekat dia.

Faa menjelaskan susulan kes yang berlaku di TikTok atas permintaan ramai.

"Saya sendiri tak pernah ajar dia buat perkara macam tu. Dia sendiri tak pernah nampak benda (keganasan) tu jadi depan mata," ujar Faa lagi.

Menurut Faa, dia telah meminta pihak kaunselor di sekolah untuk memberikan surat supaya murid terbabit dirujuk pakar psikiatri dan psikologi berikutan sikap tidak bermoralnya.

Namun, saranannya itu sia-sia malah tiada sebarang tindakan dibuat oleh pihak sekolah susulan kes ini.

Komen beberapa netizen.

Ujarnya lagi, ibu kepada murid yang membuli anaknya juga enggan membawa anaknya berjumpa pakar sebaliknya memilih untuk memasukkannya di pusat tahfiz.

"Fasal kes buli ni memang tak ada kesudahan. Lepas saya kongsikan video tu ramai ibu bapa lain share masalah sama.

"Rupa-rupanya memang kes macam ni tidak ada tindakan susulan pun. Apa-apa pun saya harap kes buli macam ni dapat diselesaikan sebab anak saya baru saja darjah satu. Memang tak patut dia kena buli macam ni," luah Faa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain