suria

Poket makin tebal, suami mula gatal! Cikgu ini tak setuju lelaki dituduh punca rumah tangga retak, ada juga isteri biadab siap kentut depan muka

Fadli terpanggil untuk menjawab mengenai kenyataan suami mula gatal apabila poket mula menebal.

TANGGAPAN kononnya orang lelaki akan berubah hati apabila kehidupan semakin mewah sering dikaitkan dengan punca keretakan rumah tangga.

Kekayaan dan kesenangan dikatakan penyebab seseorang lelaki berkeinginan untuk mencari pasangan baharu mengikut selera semasa sesuai dengan status.

Bagaimanapun menurut aktivis sosial Mohd Fadli Salleh, kekayaan bukanlah satu-satunya punca sesuatu perhubungan itu putus di tengah jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu rumahtangga bermasalah seperti ibu, wanita sanggup berhias dan miliki lingerie... akhirnya ditinggalkan jua

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tanggung ujian berat selepas kahwin usia muda! Suami kudung dua kaki, sakit buah pinggang... nasib 4 anak kecil jadi tanda tanya

"Sebenarnya bab curang, cari lain, tambah bini (isteri) bukanlah kerana makin senang dan kaya.

"Ia tentang sikap dan kesetiaan seseorang," katanya menerusi satu perkongsian di Facebook hingga mengundang pelbagai pandangan netizen.

Mengulas lanjut berkenaan isu ini, Fadli yang juga seorang guru berkata jenis pekerjaan atau kerjaya seseorang bukanlah ukuran bagi si suami untuk memiliki lebih daripada seorang isteri.

Namun menurut Fadli, wang ringgit tidak terkecuali menjadi salah satu punca kepada seorang lelaki mula 'menggatal'.

Tangkap layar posting asal di Facebook.

"Ada saja saya jumpa mekanik kahwin sampai tiga orang. Sedangkan nak beli kereta terpakai pun tak mampu. Ada juga pak guard kahwin dua, yang kerja biasa cerai isteri semata-mata nak kahwin wanita lain.

"Namun faktor kesenangan tetap ada. Lebih senang, poket makin tebal mulalah nak menggatal. Memang ada juga yang 'pesen' (berperangai) begitu," katanya.

Walau bagaimanapun kata Fadli isu pergolakan dalam rumah tangga ada kalanya turut berpunca daripada sikap si isteri.

Justeru katanya adalah tidak adil untuk menyalahkan suami 100 peratus dalam isu masalah rumah tangga kerana wujud juga kes si isteri tidak menghormati pasangannya.

"Tengking, layan acuh tak acuh, biadab, tak hormat serta tinggikan suara dekat suami dan sebagainya.

Dekat rumah serabai memanjang. Ada majlis di luar bukan main bersolek, berwangian, berhias macam mak andam

MOHD FADLI SALLEH

"Nak kentut pun sengaja hadap bontot pada suami dan lepaskan dengan kuat. Kemudian siap gelak macam langsuir. Kononnya 'sporting'. Konon dah masak dengan perangai suami.

"Nampak kelakar, tapi ia biadab dan hilangnya hormat seorang isteri pada suami," katanya lagi.

Selain bersikap kurang sopan terhadap si suami, penampilan isteri di rumah juga menjadi isu yang dibahas dalam penulisannya itu.

"Dekat rumah serabai memanjang. Ada majlis di luar bukan main bersolek, berwangian, berhias macam mak andam," katanya.

Berikutan posting yang menjadi tular itu, perkongsian Fadli menerima lebih 2,800 tanda suka dan dikongsikan semula hampir 300 pengguna Facebook.

Komen netizen pada posting yang menjadi tular.

Rata-rata netizen bersetuju dengan ulasan yang dibuat oleh guru ini serta nasihat yang dititipkan agar setiap pasangan bermuhasabah diri tanpa menyalahkan orang lain.

"Perkahwinan ni adalah satu hubungan dua hala. Antara suami dan isteri. Perlu ada adab, rasa hormat pada si suami tidak kira kerjanya walau dia tiada apa, tiada kelulusan dan gaji isteri lebih besar. Perlu muliakan suami selayaknya.

"Alam rumah tangga memang tak boleh elak daripada sengketa. Biasalah tu. Cuma cara kita selesaikan sengketa itu menentukan segalanya. Cari masa yang paling tenang tanpa gangguan, luahkan apa yang kita tak puas hati. Apa yang kita harapkan daripada pasangan kita.

"Tanya juga pasangan kita, apa yang dia tak puas hati dengan kita serta apa yang perlu kita ubah untuk buat dia selesa dengan kita. Buatlah sekali. Cuba buat. Jika diizinkan Allah, hubungan akan kembali erat dan rapat serta akan kekal bahagia sepanjang masa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain