SIAPA sangka, luka kecil yang dianggap biasa gara-gara tertusuk duri buah sawit akhirnya membawa lelaki ini ke dewan pembedahan. Malah lelaki ini juga bernasib baik kerana jarinya dapat diselamatkan disebabkan tindakan segera mendapatkan rawatan di hospital. Video yang dikongsikan di laman sosial, memaparkan keadaan jari tengah pada tangan sebelah kirinya yang berwarna kemerah-merahan dan membengkak sehingga dua kali ganda, membuatkan rata-rata netizen turut berasa ngilu dan tertanya-tertanya kisah di sebalik kecederaan tersebut. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Fazlin Stella, suaminya, Mohd Aidil Ahmad Jamili, 31, ditimpa kecelakaan ketika sedang menyusun buah sawit di dalam lori untuk dihantar ke kilang. "Setibanya di 'ramp', buah sawit dimasukkan ke dalam lori menggunakan 'forklift'. Bila buah sawit tadi dah penuh dalam muatan lori, suami menyusun pula buah yang nampak berbonggol untuk diratakan bagi memudahkannya menutup dengan kain kanvas. ARTIKEL BERKAITAN: Alahai ayah, susahnya permintaan! Anak buntu, bapa baru dipatuk ular spesies bahaya ajak singgah makan roti canai sebelum ke hospital ARTIKEL BERKAITAN: Darah meleleh, tangan kiri membengkak di Aidilfitri gara-gara kucing ‘makan’ tuan... Doktor unit kecemasan tak sangka angkara si bulus "Ketika menyusun buah, kaki suami tergelincir dan dia jatuh di atas timbunan buah sawit. Tangan kiri suami sempat menahan dan dia tertindih tangan itu ketika terjatuh. "Ketika itulah duri sawit tertusuk masuk dalam jari tengahnya," ujar wanita berusia 28 tahun ini, ketika mengimbas kembali kejadian yang menimpa suaminya pada 4 Jun lalu. Keadaan jari suami Fazlin yang membengkak sehari selepas kejadian tertusuk duri sawit. Menurutnya yang senang disapa sebagai Fazlin, ketika itu suaminya masih belum terasa sakit justeru dia meneruskan kerja selepas mencabut duri yang tertusuk pada jari. Bagaimanapun kesakitan pada jari suaminya tidak berkurangan meskipun sudah mencuba pelbagai petua seperti menyapu minyak, ubat, serta minyak dari buah sawit yang dibelah, malah bengkak juga kelihatan semakin ketara. "Hari ketiga barulah suami pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memastikan tiada duri yang tertinggal di dalam isi. "Sampai di klinik, doktor buat surat untuk suami saya segera dimasukkan ke hospital sebab bengkak nampak teruk dan bernanah. Suami Fazlin akhirnya dirujuk ke hospital kerana keadaan jarinya yang semakin teruk. "Masa tu jari dah rasa makin berdenyut-denyut. Suami pun takut tengok jari sendiri. Saya lagilah risau sebab dia dah mula demam. "Keesokannya (9 Jun) terus suami kena menjalani pembedahan pada jarinya," katanya yang menetap di Parit Buntar, Perak. Ibu kepada seorang cahaya mata berusia empat tahun itu berkata, keadaan jari suaminya kini beransur pulih selepas menjalani pembedahan dan hanya perlu melakukan rawatan susulan (follow up). Doktor kata kalau terlambat, jangkitan makin parah dan jari boleh dipotong. Kalau ikutkan, lambat juga suami ke hospital tapi syukur semuanya selamat. FAZLIN STELLA ISTERI "Suami hanya pantang makan buat masa ini. Nak kata trauma, tidak juga tapi serik dah sebab tak pakai sarung tangan. Suami dah empat tahun jadi pemandu lori sawit, dan inilah kejadian pertama cedera sampai masuk hospital. "Saya tak sangka pula video yang dimuat naik di TikTok meraih sehingga hampir 400,000 jumpah tontonan. Di samping kongsi kisah suami, saya nak sampaikan juga mengenai bahaya duri sawit supaya jangan ambil mudah. Suami Fazlin bekerja sebagai pemandu lori sawit sejak empat tahun lalu. "Ada komen saya baca, arwah bapanya meninggal dunia selepas terkena duri sawit... terkejut bila baca. Saya pun sebelum ini anggap kecil saja. "Doktor kata kalau terlambat, jangkitan makin parah dan jari boleh dipotong. Kalau ikutkan, lambat juga suami ke hospital tapi syukur semuanya selamat. "Selain itu, saya nak sampaikan mesej mengenai besarnya pengorbanan seorang ketua keluarga mencari rezeki. Hargailah mereka walaupun kerja hanya biasa-biasa saja," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI