suria

Pelanggan tak berhati perut ‘sidai’ peniaga kuih bakar tepi jalan! Mesej dibiar ‘blue tick’ masih bersangka baik

Yaa kecewa apabila berdepan dengan pelanggan yang tidak bertanggungjawab.

LANGIT tak selalu cerah, awan pula tak selalu mendung.

Ungkapan itu cukup sesuai bagi menggambarkan situasi yang dialami peniaga kuih bakar pandan di Paya Rumput Cheng di Melaka, baru-baru ini.

Perniagaannya tiba-tiba diuji dengan kehadiran seorang pelanggan bernama Rizal yang tiba-tiba menghilangkan diri selepas menempah 30 biji kuih bakar.

Menceritakan tentang kisah dialaminya itu kepada mStar, wanita berusia 29 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Yaa berkata kejadian pada 10 Jun lalu dianggap sebagai pengajaran serta peringatan supaya dia dan ibunya, Badariah Nor Ibrahim sentiasa berhati-hati.

Mengakui pertama kali dianiaya pelanggan, anak kelahiran Muar Johor itu memaklumkan dia tidak pernah mengambil deposit bagi setiap tempahan yang diterima sepanjang tiga tahun berniaga atas dasar percaya.

"Kejadian berlaku pada hari Jumaat, dalam waktu tengah hari. Datang seorang lelaki bawa kereta... katanya nak order 30 biji kuih bakar berempah untuk majlis.

Kuih bakar pandan yang dihasilkan Yaa bersama ibunya.

Kuih bakar pandan yang dihasilkan Yaa bersama ibunya.

"Semasa deal memang saya dah maklumkan awal-awal yang kuih bakar berempah dah habis, hanya tinggal pandan sahaja.

"Dia kemudian hubungi abangnya maklumkan hal tersebut. Selepas beberapa ketika, mereka bersetuju untuk tempah sebanyak 30 biji kuih bakar pandan. Pemuda berkenaan berikan nombor telefon abangnya yang bernama Rizal," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Memandangkan itu adalah adunan terakhir yang dibancuh, maka setiap permintaan daripada pelanggan yang datang ke gerai terpaksa ditolak hanya untuk mencukupkan tempahan berkenaan.

Kira-kira pukul 2 petang, pelanggan terbabit yang dianggarkan berumur 45 tahun datang ke gerai dan bertanyakan tentang kuih bakar yang ditempahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kes penganiayaan peniaga terhadap pelanggan, ustaz pesan penipuan dalam perniagaan dilarang dalam Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Padu nasi lemak wrap roti canai! Peniaga dah ada ‘plan’ jika permintaan mencanak, tak pernah lupa nasihat tauke Cina dalam berniaga

"Saya menjelaskan kuih tersebut boleh diambil dalam tempoh satu jam lagi kerana belum siap sepenuhnya. Dia pun bersetuju untuk mengambilnya sambil berborak dengan saya.

"Pada masa itu, Rizal tak ada sebut fasal nak cancel order atau apa, dia cuma cakap maknya tempah last minute sebab ada majlis nak bawa ke Kuala Lumpur.

"Dia pun asyik bertanya jika ada lebihan kuih bakar sebab dia memang nak borong semua... tapi masa tu, saya cakap kalau ada lebih saya akan maklumkan," luahnya.

Yaa (depan) bersama ibunya (tengah) dan pekerja mereka.

Yaa (depan) bersama ibunya (tengah) dan pekerja mereka.

Selepas berborak, lelaki berkenaan meninggalkan gerai mereka dan berjanji untuk datang semula pada masa yang ditetapkan.

Bagaimanapun apabila tempahan kuih bakar pandan siap dibungkus dan sedia diambil, individu terbabit tidak muncul pada waktu yang dijanjikan.

Lebih terkilan apabila panggilan telefon yang dibuat Yaa tidak dijawab malah mesej menerusi aplikasi WhatsApp hanya dibiarkan bluetick sahaja.

"Pada awalnya saya bersangka baik kerana menyangkakan dia tidak dengar atau tak sempat menjawab panggilan.

Masa tu memang rasa dah tak sedap hati, jadi saya WhatsApp sekali lagi dan dia terus tidak baca.

YAA

"Kemudian saya cuba WhatsApp, dia baca siap bluetick tapi apabila saya hubungi sekali lagi dia tidak jawab pula.

"Masa tu memang rasa dah tak sedap hati, jadi saya WhatsApp sekali lagi dan dia terus tidak baca... hubungi guna nombor lain pun dia tak jawab," cerita Yaa yang sedih apabila dianiaya pelanggan.

Disebabkan hari sudah semakin petang, Yaa mengambil keputusan untuk menghubungi rakan sekolah rendahnya yang berada di kampung halaman di Pagoh, kerana dia juga terkejar-kejar untuk pulang ke sana.

Mesej yang dihantar kepada pelanggannya.

Mesej yang dihantar kepada pelanggannya.

"Saya ceritakan hal sebenar dan dia sanggup nak bantu saya. Selain itu saya open order dalam group sekolah lama juga dan merekalah yang membeli kuih bakar saya sehingga habis," ujarnya sambil menceritakan bahawa pelanggannya itu tinggal di taman perumahan yang terletak berhadapan dengan gerainya.

Berkongsi pengalaman menjual kuih bakar, Yaa berkata ia bermula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama iaitu selepas dia dibuang kerja.

Malah dia tidak menyangka jualan yang awalnya hanya sedikit, kini mendapat permintaan ramai.

Kini, ia tidak terhad di gerai sahaja kerana Yaa juga menjadikan aplikasi TikTok sebagai platform untuk dia berniaga dan menambah pelanggan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain