suria

Seronok bertukar tragedi! 4 beradik pulang beriadah sedang lena ketika Axia dirempuh, lama tahan sakit dalam kereta remuk

Ain dan empat adik beradiknya cedera gara-gara kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan yang hilang kawalan.

SIAPA sangka, kegembiraan lima beradik menghabiskan cuti dengan beriadah bersama-sama, berakhir dengan tragedi yang tidak mungkin dilupakan seumur hidup mereka.

Kelima-lima mereka ditimpa kemalangan jalan raya sehingga kesemunya terpaksa menghabiskan masa kira-kira seminggu di hospital.

Memperincikan semula tragedi yang berlaku pada tanggal 6 Jun lalu, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Ain berkata, dia dan empat adik beradiknya ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Kluang, selepas beriadah di sebuah pantai di Mersing, Johor.

Bagaimanapun kereta Perodua Axia yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain yang hilang kawalan.

"Kami lima beradik naik satu kereta, abang yang memandu kereta. Ada lagi ahli keluarga lain yang turut ikut tapi mereka semua naik kenderaan berasingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajal di hari lahir! Remaja maut kemalangan masa keluar beli kek, ibu masak nak sambut birthday meraung van jenazah tiba di rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin hanya 4 hari, ziarah keluarga momen terakhir bersama... peluk cium ibu berkali-kali, isteri ditanya soalan pelik petanda nak ‘pergi’

"Ketika melalui jalan Kahang Batu 14 sekitar pukul 6.30 petang, jalan agak licin sebab hujan ditambah pula sedikit sesak. Saya, kakak dan dua adik terlelap, mungkin sebab kepenatan.

"Tiba-tiba saya tersedar apabila kereta berdentum. Saya nampak abang berusaha pecahkan cermin kereta. Adik-adik dan kakak masa itu masih pejam mata.

axia 1

Ain (kiri) bersama dua adiknya yang duduk di tempat duduk belakang sempat merakam gambar sebelum ditimpa kemalangan.

"Saya jadi 'blur' dan panik lagi-lagi nampak muka adik berlumuran darah, kaki terkulai. Kami semua tersepit dalam kereta. Saya kejutkan mereka semua, tapi masa itu mungkin mereka pengsan. Beberapa kali kejut, barulah adik dan kakak sedar.

"Masa itu adik menangis sebab dah terasa sakit," ujar gadis berusia 19 tahun ini, menceritakan kembali detik cemas yang dilalui ketika itu.

Menurut Ain, orang awam yang melalui tempat kejadian tidak dapat membantu mengeluarkan mereka kerana keadaan kereta yang remuk.

axia 2

Kakak Ain yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan sedang dikeluarkan dari kereta remuk.

Mereka terpaksa menahan kesakitan selama kira-kira 40 minit di dalam kereta sebelum pihak bomba tiba memberikan bantuan.

"Kami semua terus dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang dengan menaiki ambulans. Akibat kemalangan tersebut, kesemua lima beradik mengalami kecederaan dan patah anggota badan.

"Tulang kaki kiri saya retak, manakala tisu kaki kanan terkoyak. Memang tak boleh berjalan lagi, hanya bergerak menggunakan kerusi roda. Muka saya juga luka dan dijahit.

Trauma memang trauma, lebih-lebih lagi adik bongsu sebab ini kali kedua dia kemalangan. Kalau boleh nak elak lalu lokasi kemalangan sebab takut teringat-ingat.

AIN

"Seorang adik saya pula kaki kiri patah, tangan kanan patah, bahu kanan retak. Adik bongsu pula cedera parah di muka di mana tulang soket matanya patah.

"Kakak yang duduk di kerusi penumpang hadapan, patah kaki kanan dan terpaksa dimasukkan besi. Sementara itu abang yang memandu pula, kaki kanannya retak selain kepalanya luka," ujar Ain.

Menurut Ain yang merupakan seorang tukang jahit, kelima-lima mereka kini sudah dibenarkan pulang ke rumah dan sedang dalam proses penyembuhan.

axia 3

Salah seorang adik Ain mengalami cedera parah pada bahagian muka.

"Sehingga kini kami rasa apa yang berlaku itu seperti mimpi. Tapi setiap kali tengok gambar atau video kemalangan itu, serta merta timbul rasa syukur tidak terhingga kerana masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk bernafas.

"Trauma memang trauma, lebih-lebih lagi adik bongsu sebab ini kali kedua dia kemalangan. Kalau boleh nak elak lalu lokasi kemalangan sebab takut teringat-ingat.

"Kalau ikutkan saya memang jarang tidur dalam kereta cuma waktu itu mungkin penat main air. Apa pun ia menjadi kenangan pahit yang takkan dilupakan seumur hidup," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain