suria

Sudahlah berkerusi roda terima ijazah, berlaku pula scene tak diingini di pentas... wanita geram tengok video, gambar konvo!

Nor Farhana tidak menyedari 'hood' jubahnya (dalam bulatan) senget sebelah.

MENJELANG musim konvokesyen, seperti biasa media sosial 'meriah' dengan perkongsian video ataupun gambar yang dimuat naik oleh para graduan mengenai kisah masing-masing.

Pelbagai perkongsian merangkumi momen gembira, sedih, lucu serta kisah tidak dapat dilupakan disajikan untuk tontonan warga maya.

Wanita ini turut tidak ketinggalan berkongsi momen penuh bersejarah yang dinanti-nantikannya selepas dua tahun belajar dan berjaya menamatkan pengajian.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, kelihatan dirinya menaiki kerusi roda sewaktu mengambil skrol di atas pentas, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kisah yang menimpa dirinya.

Menurut Nor Farhana Abd Razak, dia terpaksa menggunakan kerusi roda gara-gara kaki kirinya patah selepas terjatuh tangga, bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih seminit di pentas sebab keliru disoal harga sawit ketika terima skrol, apa pula kisah graduan selepasnya... cuak sampai muka kejung! - “Pro-canselor memang suka tanya student”

ARTIKEL BERKAITAN: Cinderella moden pandai berdikari, tahu kutip ‘heels’ sendiri... Gadis anugerah dekan ini tanggung malu kasut buat onar atas pentas

"Kejadian tersebut berlaku 15 Mei lalu. Sewaktu menuruni tangga di lapangan terbang, kaki terpelecok. Masa itu saya tak tahu pula kaki patah. Saya boleh lagi pergi kenduri selepas itu.

"Keesokannya, kaki bengkak... bila tak surut, saya ke hospital dan barulah tahu kaki patah. Nak dijadikan cerita, suami maklumkan sesi konvokesyen untuk jurusan kami bakal berlangsung pada 15 Jun iaitu Rabu lalu.

konvo 1

Nor Farhana dan suaminya meraikan konvokesyen bersama-sama pada 15 Jun lalu.

"Konvokesyen itu diadakan selepas dua tahun tertangguh akibat Covid-19. Kalau ikutkan, kami sepatutnya konvo pada 2020. Masa tu sedih juga tapi situasi wabak tak mengizinkan.

"Kali ini pula sedih sebab fikir tak boleh konvo disebabkan kaki patah. Kecederaan untuk anggota yang patah biasanya ambil masa lebih sebulan untuk pulih," cerita graduan Ijazah Sarjana Muda Elektronik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.

Senang disapa sebagai Farhana, dia yang kini bergelar seorang jurutera di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang berkata, bagaimanapun suaminya, Muhammad Azammudden Thusree, memujuk agar dirinya tetap hadir untuk meraikan konvokesyen bersama-sama.

konvo 2

Pasangan ini merupakan rakan sekelas yang mengambil jurusan Elektronik di UiTM.

"Suami saya pun konvo juga... kami sebenarnya rakan sekelas ketika sama-sama ambil jurusan Elektronik.

"Saya plan tak nak pergi, sebab down juga. Tapi suami pujuk. Lagipun tak seronok katanya dia konvo seorang sebab kami belajar bersama. Jadi nak juga simpan momen konvo bersama sebagai memori.

Geram je tengok sebab video dan gambar semuanya 'hood' senget. Memang kenangan lucu yang tak boleh dilupakan betul.

NOR FARHANA ABD RAZAK

"Kemudian saya fikir, inilah juga peluang untuk berjumpa kawan-kawan sekelas selepas lama tak bersua. Jadi saya berubah fikiran dan hadiri konvo walau terpaksa berkerusi roda.

"Tapi bila dah naik pentas, ada pula momen lucu di mana 'hood' jubah saya senget. Tak ada siapa pula tu yang tegur. Geram je tengok sebab video dan gambar semuanya 'hood' senget. Memang kenangan lucu yang tak boleh dilupakan betul," ujarnya yang turut meraih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama bersama suaminya.

konvo 3

Nor Farhana dan suami selamat diijabkabulkan tahun lalu.

Farhana yang mendirikan rumah tangga pada tahun lalu turut menitipkan kata-kata buat pada mahasiswa agar tidak melupakan pelajaran sekalipun sedang bercinta dengan rakan sekuliah.

"Sebenarnya kami banyak saling bantu membantu masa belajar sebelum menjadi semakin rapat. Secara tak langsung, ia menjadi pendorong untuk kita bersama-sama mencapai kejayaan," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain