suria

Cuba minta air kosong selepas muntah, pelanggan disuruh minum dari paip di tandas atau beli air harga lebih RM20

Fooi kecewa dengan layanan diterima di sebuah restoran di ibu kota.

TULAR di media sosial mengenai nasib seorang pelanggan yang mendakwa menerima perkhidmatan teruk di sebuah restoran yang terletak di ibu kota.

Alex Hooi, 33, meluahkan rasa kecewa dengan servis dan layanan yang diberikan kepada dirinya dan lapan lagi rakan oleh pekerja di restoran tersebut.

Berkongsi pengalaman dengan mStar, Hooi berkata kejadian berlaku pada 17 Jun lalu di sebuah restoran menjual makanan berasaskan piza ketika mereka makan malam.

Tangkap layar posting asal berikutan kejadian.

"Saya dan kawan-kawan pergi makan dekat sebuah restoran ni. Saya tak berapa sihat malam tu, masa tengah makan tiba-tiba rasa nak termuntah jadi saya bangun dan pergi ke tandas.

"Saya minta isteri tolong jaga pintu sebab risau agak lama berada dalam tandas. Selepas saya bersihkan sendiri kawasan terkena muntah, saya keluar semula untuk dapatkan sedikit air. Saya cuba minta air suam untuk bersihkan tekak. Kata pelayan di situ mereka tak sediakan air suam kecuali air botol berjenama Solé L'Italiana berharga RM23.50 untuk 1 liter.

"Saya beritahu yang saya nak sedikit saja air tapi mereka tetap suruh saya beli juga air yang dijual. Pelayan tu cakap mereka tak ada air lain untuk diberikan pada saya," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Serik! Pelanggan perjelas situasi dalam restoran ‘makcik puaka’, malu kena maki depan ramai orang

ARTIKEL BERKAITAN: Ngeri dengar peniaga maki pelanggan restoran popular Melaka, ‘makcik puaka’ siap hina gara-gara pesan telur dadar

Gagal mendapatkan air seperti yang dimahukan, Hooi kembali duduk di meja makan bersama rakan-rakan yang turut serta dalam majlis makan malam itu.

Katanya dia bernasib baik kerana dia akhirnya dapat juga meneguk sedikit air kosong apabila salah seorang rakannya ada membawa minuman yang diletakkan dalam botol.

Hooi turut mendakwa, setelah diberitahu mengenai kejadian itu kepada pengurus restoran, jawapan balas diberikan kepadanya amat mengecewakan.

Saya beritahu mereka supaya sediakan air masak jika berlaku lagi situasi macam tu. Manager tu cakap kalau nak air paip untuk bersihkan tekak, kami ada air paip dekat tandas.

ALEX HOOI

"Lepas bayar makan malam berjumlah RM625.90, saya beritahu fasal saya muntah dekat pengurus restoran.

"Dia tak tanya pun mengenai keadaan saya sebagai pelanggannya atau makanan restoran yang mungkin jadi punca saya muntah.

"Saya beritahu mereka supaya sediakan air masak jika berlaku lagi situasi macam tu. Manager tu cakap kalau nak air paip untuk bersihkan tekak, kami ada air paip dekat tandas," imbas Alex.

Komen netizen berikutan kejadian.

Enggan memanjangkan cerita, Hooi terus beredar dari premis itu sambil mengakui terkilan mendengar kata-kata pengurus restoran yang diucapkan terhadapnya sebagai pelanggan.

Malah, lelaki yang menetap di Taman Bukit Aman, Seri Petaling ini, bagaikan tidak percaya ayat itu dikeluarkan oleh seseorang yang bergelar pengurus.

Berikutan perkongsian di Facebook yang tular, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki ini.

Malah, warga maya turut menyatakan pendapat mereka dan beranggapan pekerja di kedai makan itu bersikap kurang sopan.

Posting yang telah diterjemahkan.

Dalam pada itu, satu kenyataan dikeluarkan oleh seorang pelayar Facebook dipercayai pengurus restoran itu.

Jelasnya dalam posting tersebut bahawa setiap kedai mempunyai peraturan dan cara mereka tersendiri yang perlu dipatuhi oleh pelanggan.

Luahnya, kadang-kala dia mahu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beberapa pelanggan yang membuat permintaan tidak munasabah dan bertentangan dengan prosedur restoran.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain