suria

“Dah jumpa hero Tamil saya” - Wanita bertemu jodoh idaman ‘muka Hindustan, banyak bulu’ selepas setahun mencari di Twitter

Farhah dan pasangan berkahwin pada 11 Jun 2022.

MUKA Hindustan dan banyak bulu.

Itulah kriteria yang ditetapkan oleh seorang wanita yang sedang mencari jodoh.

"Aku nak kahwin tahun ni atau tahun depanlah. Tapi aku tak ada calon. Sesiapa berminat boleh cari aku. If possible muka hindustan banyak bulu. Aku tak suka lelaki pemalas. Lain masih boleh dipertimbangkan. Kalau boleh, aku nak lelaki yang ada mak. Sebab mak aku dah meninggal," tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter pada Mac 2021.

Siapa sangka selepas lebih setahun luahan mengenai jejaka pilihan dikongsi, wanita berkenaan akhirnya bertemu jodoh yang menepati kriteria - muka Hindustan dan berbulu.

jodoh banyak bulu 1

Ciapan Farhah mencari jodoh.

Wanita bertuah yang hanya mahu dikenali sebagai Farhah berkata, dia selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan pada 11 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Susah nak ajak dating, jumpa mak ayah cuma sejam... selepas kahwin baru suami dari Pakistan buka rahsia kenapa 'first date' hanya 5 minit

ARTIKEL BERKAITAN: Minta akaun 'FB tak aktif', batal flight ke Jepun... gadis terpikat dengan kesungguhan lelaki Arab kenal di ekspo walau minat jejaka 'jambu'

"Alhamdulillah, saya dipertemukan jodoh. Suami muka macam Hindustan dan banyak bulu.

"Dia rakyat Malaysia, lelaki India dan beragama Islam," kata wanita berusia 28 tahun itu ketika dihubungi mStar.

jodoh banyak bulu 4

Majlis merisik pada Disember 2021.

Mengulas lanjut, Farhah mengakui sejak dulu amat tertarik dengan lelaki yang mempunyai wajah Hindustan dan banyak bulu.

Maka tidak hairanlah lelaki yang berwajah 'jambu' atau 'baby face' ditolaknya mentah-mentah.

"Saya tak kisah berkawan dengan mana-mana lelaki asalkan baik dan menghormati orang lain. Tapi dalam kehidupan, setiap orang pasti mempunyai ciri-ciri pilihannya.

"Sukar untuk saya jelaskan kenapa suka lelaki muka Hindustan dan berbulu. Tapi saya tahu Tuhan bagi saya rasa untuk menetapkan pilihan," ujarnya yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor.

jodoh banyak bulu 3

Majlis bertunang pada Februari 2022.

Namun kata anak bongsu daripada dua beradik itu, arwah ibu ketika mengandungkannya dulu sering menghabiskan masa dengan menonton drama dan filem Tamil serta Hindi.

"Sampai sekarang pun saya ikut minat arwah mak tengok cerita-cerita Tamil dan Hindustan," katanya yang meminati bintang Bollywood pujaan ramai, Datuk Shah Rukh Khan dan Kajol.

Dalam kehidupan, setiap orang pasti mempunyai ciri-ciri pilihannya.

FARHAH

Bercakap mengenai jejaka pilihan, Farhah mengakui menerima banyak mesej secara langsung (DM) yang mahu berkenalan selepas melihat ciapannya yang sedang mencari jodoh.

"Lebih 300 DM diterima dan kebanyakannya tidak menepati kriteria yang saya mahu seperti muka Hindustan dan berbulu. Saya siap bagi contoh bergambar, susah ke orang nak faham?

"Kalau ada, tak serius pula. Kalau lelaki tu berdolak-dalik dan kata nanti dulu, maksudnya tak ready kahwin. Saya juga kena pastikan keluarga lelaki itu menerima saya dan famili saya," katanya.

jodoh banyak bulu 5

Ciapan akhirnya bertemu jodoh.

Bagaimanapun, seorang lelaki mamak dari Port Dickson, Negeri Sembilan berjaya menambat hatinya selepas menerima DM daripada jejaka itu, tiga bulan setelah ciapannya dibuat.

"Kami pertama kali jumpa selepas empat bulan kenal bila dia datang ke rumah jumpa mak ayah saya. Beberapa minggu selepas itu barulah saya berjumpa dengan keluarganya pula.

"Alhamdulillah, arwah mak ayah tak kisah saya bercinta dan berkahwin dengan siapa pun asalkan orangnya baik. Lepas jumpa mak dia, siap mak tanya bila nak kahwin," ujarnya yang menyifatkan suaminya seorang yang memahami dan penyayang.

jodoh banyak bulu 6

Farhah (kanan) bersyukur dipertemukan dengan jejaka pilihannya.

Menurut wanita yang bekerja dalam bidang pemasaran e-dagang itu, majlis merisik dibuat pada Disember 2021 dan dia bertunang dengan jejaka berketinggian 180 sentimeter itu, Februari lalu.

"Saya gembira sangat Tuhan dengar pilihan hati saya. Tapi saya sedih sebab Umi (panggilan ibu) dah tak ada, dia meninggal dunia kerana paru-paru berair pada Januari 2021.

"Tapi saya ingat nasihat Umi, carilah lelaki yang beragama Islam dan boleh menerima saya seadanya," kata Farhah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain