LARI dari kebiasaan, seorang wanita tidak diberikan sebentuk cincin tetapi seutas gelang emas sempena majlis pertunangannya. Nilainya juga bukan biasa-biasa iaitu RM17,000 menyamai atau lebih kurang kadar wang hantaran perkahwinan. "Kalau tunang dah dapat gelang, nanti nikah mesti lagi wow," komen seorang netizen. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita kepada mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Fieza Jolie berkata, dia bertunang di kediaman keluarganya di Johor Bahru, Johor pada 10 Jun lalu. Dia mengakui pada mulanya menjangkakan menerima cincin untuk mengikat tali pertunangan kerana lebih selesa majlis diadakan secara sederhana. ARTIKEL BERKAITAN: Cincin, rantai nikah dah beli lebih setahun... lelaki ini akhirnya beranikan diri sapa jodoh dengan DM 'Bismillah' ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dirisik mengejut di kedai emas tapi wajah bakal mentua macam tak suka masa sarung cincin, boyfriend beri penjelasan! "Sebenarnya urusan majlis pertunangan ni dirancang tanpa pengetahuan saya. Tunang (ketika itu teman lelaki) hanya berbincang dengan ahli kelurga. "Pihak keluarga lelaki ada sebut gelang. Saya tanya gelang untuk apa? Saya kata tak payahlah, nak simple-simple je," katanya ketika dihubungi mStar. Fieza (kanan) menerima gelang emas tanda bertunang. Fieza yang berusia 28 tahun bagaimanapun mengakui dirinya lebih terkejut memikirkan dirinya sudah menjadi tunangan orang berbanding nilai gelang tersebut. "Memang saya terkejut dapat gelang untuk tunang, bila tahu nilainya RM17,000 tu tak tahu nak kata apa cuma bersyukur. "Saya lebih terkejut pada diri saya sendiri. Betul ke saya bertunang? Nak kahwin, nak jadi hak orang, ada seseorang yang akan jaga saya," ujarnya yang berasal dari Johor Bahru. Gelang emas bernilai RM17,000. Menurut anak kelima daripada lapan beradik itu, dia sebenarnya terlebih dahulu menerima sebentuk cincin emas pada Februari lalu. "Bukan cincin tunang ke cincin merisik, tapi saja-saja katanya. Tak ada hari istimewa pun, tapi dia bagi cincin emas pada saya sebagai tanda 'I nak you'," katanya mengenai tunangnya yang berusia 30 tahun dari Kuala Lumpur dan merupakan ahli perniagaan dalam bidang hartanah dan pembinaan. Fieza berkata, majlis pertunangan itu menyaksikan buat pertama kali dia bersemuka dengan ibu tunangnya yang bertugas sebagai guru. Fieza tidak menyangka menerima gelang emas pada hari pertunangan. Ia sekali gus menolak tanggapan netizen mengenai ibu tunangnya memiliki kedai emas gara-gara dihadiahkan gelang emas pada hari pertunangan. "Mak tunang tak ada kedai emas, tapi dia cikgu. Tunang yang hadiahkan gelang emas. Saya sebenarnya tak nak orang fikir saya ni materialistik atau high maintenance. Saya tak nak orang fikir saya ni materialistik atau high maintenance FIEZA "Ya, pertama kali saya berjumpa dengan ibunya. Selama ini hanya berhubung menerusi call dan mesej. Dan sekarang baru bersedia untuk berjumpa," tambahnya. Menyifatkan tunangnya sebagai kelakar, pemurah dan suka membuat kejutan, Fieza berkata, mengikut perancangan dia bakal berkahwin pada November depan. Fieza bakal mendirikan rumah tangga pada akhir tahun ini. Namun jumlah wang hantaran masih menjadi tanda tanya buat usahawan kosmetik ini kerana ia dilakukan menerusi perbincangan antara kedua-dua keluarga. "Tunang kata wang hantaran mungkin mengikut simbolik kepada tarikh-tarikh cadangan untuk kahwin. Keluarga saya tak tetapkan harga, lebih kepada nak percepatkan tarikh nikah. "Nilainya lima angka kot, saya tak pasti. Terpulang berapa wang hantaran sekali pun, apa yang lebih penting dia boleh menjaga saya dengan baik," kata Fieza. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI