suria

Housemate acah jadi pencinta kucing, tapi pemalas cuci najis! Siap paksa penghuni lain bayar duit makan 6 ekor si bulus

Selain mengabaikan kebersihan, dua penyewa itu turut memaksa rakan serumah membiayai makanan kucing mereka. (Gambar Hiasan)

KEHIDUPAN di rumah sewa boleh bertukar menjadi 'neraka' jika kita ditakdirkan tinggal di bawah satu bumbung dengan manusia yang pengotor.

Begitulah situasi yang dihadapi pelajar ini apabila dua rakan penyewanya sering bersikap pentingkan diri sendiri sehingga mengabaikan kebersihan kediaman mereka.

Menurut pelajar itu, dia hidup dalam keadaan tidak selesa apabila dua rakan penyewa membawa masuk enam ekor kucing tanpa persetujuan penghuni-penghuni yang lain.

file7lg08v15j9dkmf1enfd

Luahan pelajar itu yang dikongsi di Twitter turut menerima pelbagai maklum balas netizen. (Gambar Hiasan)

"Saja nak cerita since aku tak ada tempat nak luah. Nak dijadikan ceritanya macam ni. Ada dua orang housemate aku bela kucing. Yang seorang tu bela seekor, seorang lagi bela lima ekor.

"Mereka ni bela tanpa persetujuan kami housemate yang lain. Aku ni jenis pendiam je malas nak bersuara sangat. Jadi aku biarkan je mereka bela, janji mereka jaga kebersihan dan tak kacau housemate yang lain," ujar gadis itu.

Bercerita lanjut, gadis itu berkata dua penyewa berkenaan bagaimanapun mengkhianati kelonggaran yang diberi dan bersikap lepas tangan terhadap haiwan belaan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Amboi! Kucing garang bertukar manja hanya selepas dipanggil ‘sayang’ - “Suami saya hadiahkan, tapi dia pun takut Ciko”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu takut, kini hidup dengan kucing! Wanita ini reda 3 virus ragut nyawa si bulus kesayangan, cuma terkilan parcel untuknya lewat tiba

Lebih teruk, dua individu itu turut memaksa rakan penyewa yang lain untuk menyumbang wang bagi membeli makanan kucing, sekali gus menambah bebanan mereka sebagai pelajar yang masih belum mempunyai pendapatan bulanan.

"Tapi tu lah, salah aku sebenarnya. Mereka yang bela kucing tapi kenapa kami yang lain ni kena tanggung segala duit makanan kucing tu?

"Jenis minta duit paksa-paksa. Beli pula yang jenama mahal-mahal, dalam sebulan ada la lima kali beli makanan kucing.

"Kau bayang la, aku ni pelajar, sesak la juga kadang-kadang nak makan untuk diri sendiri pun sakit. Ni tak 'memasal' nak kena tanggung kos makan kucing dia juga. Sepatutnya tuan dia la tanggung semua tu," ujarnya.

Aku tahu benda ni tak bagus, kena tegur, tapi aku tak tahu macam ana nak buang rasa segan nakk tegur tu.

PENGADU

Paling menyedihkan tentunya sikap pengotor dua penyewa itu yang mengabaikan kebajikan kucing mereka, malah tergamak membiarkan najis di ruang tamu kediaman dalam tempoh lama.

"Lepas tu bab kebersihan. Ya Rabbi stres hanya Allah je yang tahu. Pengotor nak mampus. Kucing mereka berak kat ruang tamu tapi mereka tengok je dulu. Cucinya lima jam kemudian. Busuk woi.

"Cuci pun ala kadar je. Masih nampak bekas tahi kucing tu. Ruang tamu pula tempat kami solat, tempat makan, tempat study. Sumpah tak selesa kalau dah asyik bau busuk. Kadang-kadang aku sakit kepala sebab stres dengan mereka.

"Aku pun sibuk ada kerja aku, jadi aku tak pernah ambil tahu pasal kucing mereka. Bagi aku, mereka yang bela, mereka jaga la makan minum," ujarnya.

Menurut pelajar itu lagi, dia dan rakan penyewa yang lain bagaimanapun tidak pernah bersuara mengenai hal tersebut kerana risau berlaku 'perang dingin' antara mereka.

file7g5fjzc6lhf7x3y5jqg

Pengadu akui tertekan kerana terpaksa menghidu bau najis kucing di dalam rumah. (Gambar Hiasan)

"Rakan serumah yang lain pun tak puas hati sebenarnya tapi kami ni introvert tak banyak cakap, kami ikutkan je. Aku tahu benda ni tak bagus, kena tegur, tapi aku tak tahu macam mana nak buang rasa segan nak tegur tu.

"Aku susah nak cakap tidak. Lagi pun sebilangan mereka ni perangai jenis suka 'palau' kalau orang tu tak setuju angin dengan mereka," luahnya lagi.

Dalam pada itu, tangkap layar luahan pelajar yang tidak mendedahkan identitinya itu turut menerima maklum balas netizen selepas ia dimuat naik ke Twitter.

Selain menyelar sikap pemilik kucing, netizen turut memberi cadangan agar masalah itu diselesaikan menerusi perbincangan secara baik antara mereka.

file7lg08r6tdzopnbvynfe

Netizen memberi cadangan agar pengadu bersemuka dan berbincang dengan pemilik kucing-kucing itu. (Gambar Hiasan)

"Slow talk la. Kalau tak reti berhadapan depan-depan, taip dalam group WhatsApp. Kadang pencinta kucing ni suka play victim tau, sikit-sikit ingat orang benci kucing. Beritahu siap-siap kita tak benci, tapi common sense mana?

"Yang bela dua orang je kan? Yang tak selesa tu berapa orang pula. Cakap la. Lagi satu kalau dia palau kau pun, palau dia balik sebab duit makan tu pun ada share kan. Tak jadi kudis la kena palau. Kalau tak nak tegur, kemam je la. Menyirap pula aku.

"Solution yang saya dapat fikirkan sekarang ni, komunikasi. Tegurlah. Nasihatlah. Sampai bila nak diam? Biarlah nak terasa hati ke, kena palau ke. Banyak lagi kawan boleh cari.

"Tak yang student gatal bela kucing dalam rumah sewa ni kenapa? Penat la budak-budak ni. Dah tu nanti kucing yang jadi mangsa. Bela kucing elok-elok la, kalau tak mampu jangan bela," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain