suria

Kerap pengsan, gadis terkejut ada masalah jantung! Bapa tolak cara implan bateri dan pembedahan, hidup macam biasa

Bapa Sufira risau akan risiko jantung anaknya yang semakin lemah.

SETIAP manusia di dunia ini pastinya diuji dengan pelbagai masalah berbeza.

Menerusi perkongsian oleh Nursufira Wan Ali, 21, di TikTok yang menjadi tular dia menceritakan tentang penyakit dihidapinya yang mana dia kerap pengsan disebabkan jantung yang lemah.

Bercerita kepada mStar, dia juga memaklumkan bagaimana masalah jantung yang dihadapi telah mengubah hidupnya.

“Sejak mula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), saya selalu pengsan secara tiba-tiba tapi sempat disambut oleh abah. Mula-mula tak rasa pelik atau risau pun sebab kena berkurung. Mungkin badan lemah tak terdedah dengan aktiviti luar.

“Masuk bulan November hingga Disember 2021, kerajaan dah umum kita boleh keluar dan dine-in dekat restoran macam biasa. Jadi saya pun berkerja di restoran macam biasa saya buat dulu.

“Hujung November saya pernah sekali pengsan secara tiba-tiba di kedai makan depan orang ramai tapi tak dibawa ke hospital sebab abah saya datang bawa balik,” jelas Surifa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tahan sebak kongsi cerita anak hidap jantung berlubang... Netizen pula ‘cair’ tengok bayi comel tersengeh, pakat doa cepat sembuh

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 8.15 pagi semuanya normal, setengah jam kemudian tiada degupan jantung! Suami isteri reda bayi meninggal sehari sebelum kelahiran

Menurut gadis yang menetap di Kajang, Selangor ini, penyakitnya yang belum dikenal pasti ketika itu berlarutan sehingga menjadi semakin teruk pada awal Disember 2021.

Bimbang dengan keaadaannya yang sukar bernafas dan kerap pengsan, dia akhirnya pergi ke KPJ Kajang untuk berjumpa pakar.

“Malam 4 Disember tahun lepas saya beritahu abah yang dada tengah sakit sangat sampai tak boleh bernafas dah.

Sufira mengambil jurusan Komunikasi Strategik di Multimedia University, Cyberjaya.

“Jadi pagi esoknya saya dibawa ke KPJ Kajang untuk berjumpa dengan doktor oleh abah. Lepas berunding dengan doktor, dia syak saya sakit jatung sebab simptom menunjukkan memang ada sakit jatung tapi perlu pemeriksaan lanjut sebab saya muda lagi.

“Jadi doktor tahan saya dekat wad sampai lima hari untuk jalani beberapa pemeriksaan. Saya kena buat ujian X-ray, treadmill, bersenam dan ambil darah juga air kencing. Lepas siap semua ujian, doktor sahkan saya ada masalah nadi jantung lemah atau weak pulse,” jelasnya.

Kedua-dua pilihan ni ada risiko. Kalau saya pilih mana-mana cara pun ada kebarangkalian saya boleh mati mengejut atau cenderung kena penyakit kanser masa akan datang.

NURSUFIRA

Menurut Surifa yang sedang menuntut di Multimedia University, Cyberjaya jurusan Komunikasi Strategik, keadaan nadi yang lemah ini berada pada tahap membimbangkan.

Adakalanya penyakit dihadapinya boleh menyebabkan dia tidak bernafas untuk beberapa saat, demikian menurut jururawat yang menjaganya ketika ditahan di hospital.

Disebabkan berdepan masalah kerap pengsan, doktor memberikan dua pilihan sebagai jalan penyelesaian iaitu pembedahan implan menukarkan jantung memiliki bateri atau CT scan untuk mengenal pasti punca jantungnya kemah.

Kadar denyutan jantung Sufira suatu ketika dahulu.

“Kedua-dua pilihan ni ada risiko. Kalau saya pilih mana-mana cara pun ada kebarangkalian saya boleh mati mengejut atau cenderung kena penyakit kanser masa akan datang.

“Abah tolak cara pakai bateri dekat jantung sebab katanya kalau kita ubah atau baiki bahagian jantung, tak lama lepas tu, ia ibarat enjin kereta... akan melarat pada organ lain.

“Dengan nasihat doktor pakar, abah memilih untuk buat CT scan. Bila dapat keputusan, saya diberitahu doktor yang saya dilahirkan dengan jantung tak normal. Pulmonari sebelah kiri and kanan berbeza saiz,” ujarnya.

Kata Sufira, dia tidak meneruskan prosedur untuk melakukan pembedahan jantung kerana risau akan risiko yang mengancam nyawanya.

Sufira bersama bapanya.

Ujarnya, kini dia masih lagi boleh meneruskan hidup seperti orang lain tetapi pernafasannya tidak begitu lancar seperti manusia normal.

Malah, dia juga terpaksa berjumpa psikiatri secara berkala atas nasihat doktor kerana bimbang akan tekanan dan masalah hidup yang boleh menyebabkan kesakitan pada fizikal (jantung).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain