suria

Bicep rider ini boleh buat pelanggan cair! Naik tangga hantar order ke flat tingkat 15 pun masih steady

Erel yang bekerja sebagai penghantar makanan menunjukkan badannya yang berotot.

GARA-gara menunjukkan tangan sado menerusi video di laman sosial, seorang penghantar makanan meraih perhatian warganet.

Malah keadaan fizikal pemuda yang berotot itu mungkin menyebabkan tiada pelanggan akan bersikap cerewet terhadap penghantaran yang dibuat.

"Kalau macam ni hari-hari nak order Foodpanda."

"Ni kalau pelanggan marah order lambat terus tak jadi ni," demikian antara komen gurauan netizen.

Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Hairil Anwar Md Nadzir berkata, dia mula bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa sejak awal 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Wah, ustaz pun nak sado juga? Guru agama ini ke gim 6 hari seminggu... janji jaga aurat, tunjuk contoh baik kepada pelajar

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Berkain pelikat angkat tong gas, ramai kagum tengok 'bicep'... tapi apa hal pula pemuda ini pakai 'gelang putih'?

Namun kata anak muda berusia 26 tahun ini, badannya ketika itu masih kurus dengan berat 55 kilogram (kg).

"Sebelum ni, saya kurus kering. Bila pakai baju besar, langsung rasa tak confident berdepan dengan pelanggan setiap kali hantar makanan.

"Tapi paling terkilan apabila beberapa pelanggan pernah tegur saya. Mereka tanya saya sakit ke, ada ambil 'barang' (dadah) ke sebab kurus," katanya ketika dihubungi.

rider sado 2

Transformasi Erel sebelum (kiri) dan terkini

Mengakui amat terkesan dengan tohmahan itu, pemuda yang mesra disapa Erel ini berazam untuk menaikkan berat badannya untuk memperoleh keyakinan diri.

"Saya mula workout selepas pertengahan 2020. Memang target nak sado. Saya idolakan bekas jaguh bina badan negara, Sazali Samad," ujarnya yang berasal dari Puncak Alam, Selangor.

Walaupun sibuk bekerja, anak sulung daripada tujuh beradik itu mampu melakukannya dengan motivasi dan kesungguhan sehingga beratnya kini mencecah 75kg

rider sado 3

Erel bersenam di gim antara lima hingga enam kali seminggu.

Seawal pukul 7 pagi sehingga 8 malam, Erel mencari rezeki dan melakukan kerja lebih masa bagi menampung kos bersenam di gim dan diet pemakanan sihat.

"Dulu bila sibuk hantar makanan, langsung tak fikir nak makan. Dah habis kerja, malam baru balik untuk makan, selalunya sekali je makan sehari."

Bukan alasan sibuk tidak boleh bersenam. Kita cari masa, bukannya masa cari kita.

EREL

"Sekarang ni saya cari duit lebih untuk gym dan jaga makan. Saya akan pastikan makan minimum lima kali sehari. Malam baru saya workout di gim.

"Selain makan tengah hari, saya juga sediakan lapan keping roti wholemeal yang mengandungi protein dada ayam dan telur bercampur salad serta mayo," katanya sambil menambah senaman di gim dilakukan antara lima hingga enam kali seminggu.

rider sado 5

Erel berusaha untuk membina badan seperti idolanya, Sazali Samad.

Erel yang turut makan kira-kira 10 biji telur separuh masak setiap hari memberitahu, diet pemakanan juga memberikannya lebih banyak tenaga untuk menjalankan tugas.

"Saya pernah naik tangga ke rumah pelanggan di tingkat 15 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dekat Bukit Jalil. Lif penuh, jadi saya tak nak tunggu lama dengan naik tangga ke rumah pelanggan di tingkat 15 dan turun tangga juga," katanya yang juga gemar bermain gitar.

rider sado 4

Erel (hadapan, dua kiri) bersama rakan-rakan di gim.

Merancang untuk menyertai pertandingan badan cantik terlebih dahulu pada Ogos depan, pemuda ini mengakui cabarannya untuk kekal fit adalah makan dan rehat yang cukup.

"Paling penting atur masa. Bukan alasan sibuk tidak boleh bersenam. Tip sangat mudah iaitu kita cari masa, bukannya masa cari kita.

"Saya target berat badan sampai 90kg. Saya betul-betul nak jadi macam Sazali Samad dengan menyertai pertandingan bina badan,” kata Erel yang juga berhasrat untuk menjadi jurulatih kecergasan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain