suria

“Dasar B40 tapi tekak T20” - Netizen berbalah persoal sushi RM1 gerai tepi jalan... Rasa tak ‘fresh’, dilabel nasi impit berlauk

Topik sushi RM1 hangat menjadi perdebatan di Twitter. (Gambar Hiasan: Facebook)

MAKANAN popular dari Jepun iaitu sushi mempunyai penggemarnya yang tersendiri di negara ini.

Selain kewujudan banyak restoran Jepun yang menawarkan variasi menu bagi makanan itu, ia turut diolah semula oleh peniaga tempatan sehingga wujudnya sushi RM1 yang dijual di gerai tepi jalan dan pasar malam.

Terbaharu, unpopular opinion mengenai sushi yang diutarakan seorang pelayar Twitter menerima maklum balas yang berbeza-beza di Twitter.

sushi2

Kata sebilangan netizen, sushi pasar malam tak wajar dibandingkan dengan menu di restoran Jepun. (Gambar Hiasan)

"Unpopular opinion. Sushi pasar malam tak sedap sebab tak fresh. Kau bayangkan terdedah pada bahang api gerai sate sebelah, manusia lalu-lalang, dengan lampu spotlight panas.

"Rasa tak payah ceritalah memang out. Asal dan je kau jual seketul seringgit. Don’t fight me," tulisnya di Twitter baru-baru ini.

Di ruangan komen, segelintir individu turut bersetuju dengan kenyataan tersebut, malah ada yang menggelarkan sushi versi murah itu sebagai nasi impit berlauk.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Menu Sushiwak serendah RM1, patut Wak Doyok tak cukup tangan layan pelanggan

ARTIKEL BERKAITAN: "Sushi ada pulut ikan masin"! Nak tergelak tapi keliling ada orang, 2 beranak bikin kecoh pertama kali cuba makanan Jepun... pelik tengok adik ipar berpiring-piring

"Dulu pernah beli sushi yang tepi jalan punya. Saja lah nak cuba. Nasi sushi bawah tu macam nasi impit je. Tukar nama je lah kakak oi nasi impit berlauk.

"Korang tahu tak sushi ada shelf life berapa jam je selepas dibuat? Sushi mentah sepatutnya maksimum dua jam, yang dimasak penuh sehingga empat jam. Ditutup dan dalam suhu bilik. Aku tak tutup periuk nasi orang, cuma kongsi informasi.

"Semua orang kat sini marah sebab harga RM1 je kau nak bising apa tapi pernah tak korang fikir sushi tak boleh serve dengan suhu panas? Aku pernah beli sushi jalanan begini bau dia busuk macam nak basi, tapi telan je la sebab dah beli. Nak buang bazir duit aku, rezeki. Nasib takda sakit perut.

Sushi pasar malam tak sedap sebab tak fresh... rasa tak payah ceritalah memang out.

PELAYAR TWITTER

"Sorry kepada peniaga yang berniaga benda ni, tapi bagi aku sushi kena fresh. Walaupun saya tak pernah rasa yang jual macam ni, first impression nak beli pun macam tak ada feel sushi tu kena tekak.

"Dah banyak kali beli sushi orang Melayu buat. Selain nasi tu tawar, inti atas tu terlalu melimpah ruah cheese dan sos sampai muak. Boleh la sekali dua beli. Nak beli acap kali, tak kot," tulis beberapa netizen.

Selain itu, ramai yang turut memberikan komen berbeza dan menyelar pendapat tersebut yang disifatkan berlebihan dan tidak masuk akal memandangkan ia dijual pada harga yang cukup murah.

Malah kata netizen, tidak wajar sekiranya sushi tepi jalan itu dibandingkan dengan kualiti hidangan di restoran Jepun yang dijual pada harga lebih tinggi.

sushi3

Sushi yang dijual di pasar malam turut menjadi pilihan sebilangan masyarakat negara ini. (Gambar Hiasan)

"Seringgit satu kau nak suruh pakai pulut sama macam Sushi King ke? Dah tahu selera tinggi buat apa beli? Kau expect rasa dia sama macam Sushi King tapi bayar seringgit ke?

"Jangan hina makanan atau rezeki orang lain hanya sebab kita mampu nak beli lebih daripada itu. Saya makan kedua-duanya, ada masa kita pergi Sushi King, Nippon Sushi dan ada masa kita rasa nak cuba sushi jalanan.

"Maaf, keinginan nak merasa sushi itu daripada kami yang tak mampu nak makan di restoran sushi. Dengan kewujudan sushi seringgit, setidaknya dapatlah merasa walaupun kualitinya tidak setanding yang lain. Dah miskin tu miskin je la, benda murah harap rasa mahal. Dasar B40 tekak nak T20.

"Hina betul jadi orang miskin kat Malaysia ni. Beli sushi seringgit kat pasar malam pun orang boleh buat isu," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain