suria

Demi suami tercinta isteri sanggup pinjam bank, berhenti kerja tolong buat bisnes... Dah muflis, hutang pun kena tanggung sendiri!

Malang menimpa wanita itu apabila dia terpaksa menanggung beban hutang suaminya.

KU sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Begitulah kisahnya mengenai nasib malang seorang wanita apabila dia diisytiharkan muflis gara-gara suami sendiri.

Menurut wanita itu, dia bukan sahaja terpaksa mengorbankan kerjaya, malah terpaksa menanggung bebanan hutang gara-gara terlalu sayangkan suami.

"Nak minta pendapat semua. Dulu saya kerja bank. Lepas nikah ada buat pinjaman untuk bisnes suami. Suami suruh berhenti kerja untuk tolong bisnes.

"Beberapa bulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tu bisnes dah jatuh teruk, jadi dah lama tak boleh bayar pinjaman. Sekarang saya dah muflis," ujar wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu.

muflis2

Pengorbanan wanita itu demi suaminya ternyata tidak berbaloi.

Bercerita lanjut, dia sudah mendapat pekerjaan baharu di sebuah kilang, namun ragu-ragu dengan status diri yang sudah diisytiharkan muflis.

Lebih malang, wanita itu mendakwa dia terpaksa menanggung bebanan hutang sendirian kerana suaminya mengambil sikap lepas tangan.

"Sekarang saya baru dapat kerja dalam bidang kewangan juga, di kilang. Saya baru masuk kerja beberapa hari, langsung tak terfikir fasal banyak dokumen yang saya kena tandatangan, hal-hal bank yang saya kena hadap.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin B40 gelabah tak sempat kumpul RM17,000 nak kahwin tahun depan, demi ‘title’ raja sehari mungkin jadi hamba selamanya

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak apalah hilang kawan pun” - Rakan tak jadi pinjam duit selepas diajak sign ‘agreement’, jumpa Pesuruhjaya Sumpah

"Sebagai seorang muflis, layak ke saya tandatangan dan buat kerja ni? Perlukah saya berhenti kerja sedangkan saya baru masuk beberapa hari. Peningnya, tertekan fikir.

"Saya bayar insolvensi punya komitmen bulanan sekarang. Suami langsung tak ada usaha nak tolong bayar," dedahnya yang membuat luahan menerusi akaun Twitter @pedoqpop.

Di ruangan komen, ramai netizen menyelar sikap lepas tangan suami wanita itu, tidak kurang juga yang memberi cadangan agar mereka berpisah.

Bisnes dah jatuh teruk, jadi dah lama tak boleh bayar pinjaman... sekarang saya dah muflis.

ISTERI

Pada masa sama, netizen turut memberi nasihat kepada kaum hawa agar tidak mengorbankan kerjaya dan kewangan sendiri demi seorang lelaki.

"Lepas tangan macam itu je. Pandai suruh orang berhenti kerja fokus bisnes. Lepas tu tak nak bantu apabila akak ni susah. Si akak ni elok-elok kerja pendapatan tetap sebelum ni disuruh berhenti. Tak guna punya suami.

"Aku nak pesan, jangan buat pinjaman peribadi dan perniagaan untuk orang lain waima pasangan kita atas nama kita. Biar dia tergolek mati kejung dekat situ.

"Tengok polisi syarikat. Kalau tak ada terma yang halang orang bankrap bekerja dengan mereka, tak perlu risau. Selalunya kalau nak kerja bidang profesional atau perbankan je akan terhalang. Sepatutnya jangan buat pinjaman bagi pihak suami.

"Cerai je. Buat sakit hati je simpan manusia macam tu. Nanti gaji hang pun habis dia minta. Semak je. Hidup sendirilah daripada nak kena bela dia pemalas

"Pada pendapat saya, jangan berhenti kerja kalau pasangan awak tiada pekerjaan tetap, selamatkan diri sendiri dulu.

Bank Negara building at Kuala Lumpur.

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, kebankrapan tidak menghalang seseorang daripada bekerja.

"Ya tuhan. Kesian weh akak ni. Tu la sayang pinjaman atas nama dia pula," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, portal rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia menyatakan status bankrap tidak menghalang seseorang untuk bekerja.

Namun, individu tersebut perlu memaklumkan statusnya kepada majikan sekiranya ia tersenarai dalam syarat pekerjaannya.

"Kebankrapan tidak menghalang anda daripada bekerja. Sekiranya anda diisytiharkan bankrap, ia tidak akan menafikan hak untuk meneruskan pekerjaan sekarang ataupun mendapat pekerjaan baru.

"Namun, seseorang bankrap perlu menyemak sama ada terdapat sebarang ketetapan di dalam kontrak pekerjaan atau dokumen syarikat.

"Ianya tertakluk kepada terma dan syarat di dalam kontrak pekerjaan majikan. Sebagai contoh, sekiranya syarat menyatakan perlu memaklumkan majikan mengenai status kebankrapan, anda hendaklah memaklumkan kepada majikan akan status tersebut," demikian menurut maklumat di portal rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain