suria

Pekerja bagus ‘lari’ kerja di luar negara sebab gaji ciput! Malaysia dikatakan sedang ‘eksport’ ramai bakat tempatan

Luahan mengenai sebilangan rakyat kita yang keluar bekerja di luar negara menjadi topik perbualan di Twitter. (Gambar Hiasan)

ISU gaji tidak setimpal kerja bukan sahaja dihadapi oleh golongan biasa, malah turut menjadi 'barah' dalam kalangan pekerja profesional.

Di Twitter, topik itu sekali lagi hangat dibincangkan selepas seorang individu memuat naik satu kenyataan yang menyamakan kehilangan bakat-bakat tempatan sebagai 'eksport' terbesar negara ini.

"Eksport terbesar Malaysia bukanlah produk elektrik dan elektronik, bukan kimia, bukan petroleum, bukan minyak kelapa sawit.

file7krqecxtwkjr31tcma0

Sebilangan anak Malaysia memilih untuk bekerja di luar negara. (Gambar Hiasan)

"Kita adalah pengeksport terbesar bakat-bakat tempatan. kita membantutkan pertumbuhan sendiri dengan mengeksport setiap bakat yang ada dari pekerja berkemahiran, jurutera, doktor dan saintis," ujar kenyataan itu.

Disifatkan sebagai hakikat yang pahit untuk ditelan, ramai pelayar Twitter nampaknya bersetuju dengan kenyataan itu dan menganggap ia sebagai satu kerugian besar untuk negara.

"Kepakaran yang sama, skop kerja yang sama, tapi gaji berbeza. Dapat dekat pekerja tempatan RM2,000, dapat dekat foreigner RM8,000. Malaysia ada ramai orang bijak pandai, tapi tu la.

ARTIKEL BERKAITAN: Sumpah kesian! Cikgu tadika islamik mengadu kerja teruk, tanggungjawab berat tapi gaji kurang RM500

ARTIKEL BERKAITAN: Pemikiran orang bisnes... dah dibayar gaji, majikan tak perlu lagi belanja staf makan! Bukan kedekut, tapi tanda bijak urus duit

"Betul. Saya terkejut bagaimana bernilainya bakat saya berbanding di tanah air sendiri. Sedih apa yang berlaku dengan negara kita. Rakyat Malaysia sebenarnya tabah dan bekerja keras.

"Tahun ini saja lima orang bekas rakan sekerja berpindah ke Australia, United Kingdom, Kanada dan Amerika Syarikat," tulis beberapa individu.

Menurut pemilik akaun Twitter @bongkersz, ada dalam kalangan rakan-rakannya turut berhijrah ke Singapura untuk masa depan yang lebih cerah.

Daripada 10 pelajar terbaik yang saya kenali, semuanya meneruskan pekerjaan impian mereka di luar negara. Tiga daripadanya berada di Singapura.

PELAYAR TWITTER

"Rakan-rakan universiti saya yang pergi ke Singapura selepas tamat pengajian tidak pernah kembali ke Malaysia untuk bekerja lagi.

"Singapura adalah penerima terbesar graduan kita. Semak sahaja berapa ramai graduan, pelajar kelas pertama di Singapura," ujarnya.

Selain itu, beberapa pelayar Twitter turut senada dengan sentimen itu dan menyifatkan Singapura sebagai 'lubuk' pekerjaan dengan bayaran yang lebih lumayan.

singapura2

Singapura menjadi destinasi pilihan rakyat negara ini untuk bekerja. (Gambar Hiasan)

"Jangan cakap yang master, PhD, aku yang SPM ni pun sanggup kerja Singapura berulang-alik. Bayaran bagus (kadar tukaran mata wang), senang nak cuti raya kerana tak payah berebut dengan Melayu lain. Ada gaji 13 bulan.

"Adik lelaki saya lulusan Amerika Syarikat dari 10 sekolah perniagaan terbaik di bawah biasiswa MARA memilih untuk menetap di Singapura. Daripada dapat RM10,000, dia lebih suka ada SGD10,000. Dia kata Malaysia adalah kapal yang sedang karam.

"Daripada 10 pelajar terbaik yang saya kenali, semuanya meneruskan pekerjaan impian mereka di luar negara. Tiga daripadanya berada di Singapura.

"Kebanyakan rakan sekelas saya dari sekolah kini di Singapura atau beberapa negara barat lain," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain