MENJALANI kehidupan di negara asing membuka mata jejaka ini untuk melihat dunia dari perspektif berbeza. Menurut Mohamad Reda yang berasal dari Syria, dia pernah bersekolah di Arab Saudi sebelum berpindah ke Malaysia tahun 2017. Jatuh cinta dengan negara ini, dia turut berkongsi video-video kehidupan seharian di Malaysia sehingga meraih ratusan ribu tontonan di media sosial. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Reda sempat bercerita mengenai perjalanannya sepanjang lima tahun bergelar pelajar universiti di negara ini. "Saya meninggalkan Syria pada 2012 dan tak pernah balik ke sana sehingga ke hari ini. Sebelum datang ke Malaysia pada tahun 2017, saya pernah bersekolah di Arab Saudi. "Saya datang ke sini sebagai pelajar. Saya sedang mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan Sivil di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pengajian dijangka tamat tahun depan. Kalau ada rezeki, saya nak bekerja di Malaysia. ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM berjaya buat transformasi ‘kurus ke sado’ walau pernah nak menyerah kalah - “Dari mulut kawan-kawan juga...” ARTIKEL BERKAITAN: Kurus sampai digelar penagih, lagi parah ditinggalkan kekasih... lihatlah abang sekarang dah sado! "Sebenarnya sejak dulu lagi saya ada impian untuk tinggal di Malaysia. Sekarang, saya dah anggap macam ia negara kedua saya. Secara perlahan-lahan, saya juga mempelajari bahasa Melayu untuk memudahkan komunikasi," ujar jejaka berusia 26 tahun itu. Nama Reda mula menjadi perhatian selepas dia kerap berkongsi video mengunjungi destinasi-destinasi riadah di Malaysia menerusi aplikasi TikTok. Gemar berkunjung ke kawasan air terjun dan mendaki bukit, Reda menganggap Malaysia seperti 'syurga dunia' dengan kewujudan banyak pulau menarik yang tidak pernah disaksikannya sebelum ini. Reda mahu menjelajah pulau-pulau yang ada di Malaysia. "Saya baru saja buat TikTok sebulan yang lepas. Tak sangka ramai yang suka tonton video saya pergi ke air terjun dan mendaki bukit. Saya rasa seronok dengan penerimaan orang ramai. Saya juga boleh belajar bahasa Melayu setiap kali buat live di TikTok. "Kebanyakan video saya berkisar mengenai kunjungan ke air terjun dan aktiviti mendaki bukit. Saya sebenarnya jatuh cinta dengan panorama di Malaysia. Bila saya tengok pulau dan pantai di Malaysia, saya rasa tak percaya. Saya meninggalkan Syria pada tahun 2012 dan tak pernah balik ke sana sehingga ke hari ini. Sebelum datang ke Malaysia pada tahun 2017. REDA "Air laut sangat jernih, pasir pantai berwarna putih. Macam 'syurga dunia' saya tengok. Sepanjang lima tahun di Malaysia, saya pernah ke Pulau Perhentian, Redang, Tioman dan Langkawi. "Selepas ini, saya merancang untuk ke Pulau Kapas, Lang Tengah serta pulau-pulau di Sabah. Dulu saya seorang yang pemalu, bila pergi bercuti, ia mengajar saya untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat," ujarnya lagi. Reda tak lokek berkongsi ilmu kecergasan dengan pengikutnya. Selain itu, Reda juga banyak berkongsi video berkaitan kecergasan menerusi TikTok miliknya sehingga dia dihujani pelbagai soalan daripada netizen. Jelas Reda, dia juga bekerja secara sambilan sebagai jurulatih kecergasan di negara ini untuk membantu individu di luar sana mencapai transformasi fizikal yang diinginkan mereka. Reda merupakan pelajar bidang Kejuruteraan Sivil. "Saya dah menceburi dunia kecergasan sejak umur 17 tahun. Sekarang, ada tujuh individu yang sedang mengikuti program kecergasan dengan saya. Proses untuk buat badan tak mudah, malah ia mengambil masa yang lama. Saya sentiasa menasihatkan pelatih saya untuk sabar dan konsisten. "Dengan bentuk tubuh saya sekarang, ada orang pernah gelar saya sebagai Popeye. Tapi sebenarnya saya menceburi bidang kecergasan kerana minat cerita anime. "Saya dapat inspirasi daripada cerita Dragon Ball. Saya suka karakter Goku. Sejak kecil saya nak jadi macam Goku. Kalau tak kerana Goku, mesti badan saya tak macam ni," ujarnya berseloroh. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI