MENGAMBIL gambar atau photoshoot bayi sudah menjadi satu trend pada masa kini. Malah pelbagai tema dan gaya dapat kita lihat pada si comel yang berusia antara tujuh hingga 30 hari mengikut citarasa ibu bapa masing-masing. Menjadikan aktiviti mengambil gambar sebagai kerjaya, Mohammad Zainin Zamanhuri, 35, atau lebih dikenali sebagai Takara Sakana berkongsi mengenai tugasnya sebagai seorang jurufoto bayi atau newborn photoshoot. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Photoshoot bayi ni sudah ada sejak dahulu lagi, tapi masa umur tiga hingga 12 bulan pergi ke studio kedai gambar ambil foto sambil meniarap atau baring untuk buat kenangan semasa kecil. "Sekarang photoshoot bayi semakin menjadi ikutan. Newborn photoshoot bermakna bergambar semasa umur bayi kurang 30 hari tetapi paling bagus sebelum 14 hari. "Saya pilih bayi umur bawah 30 hari sebab pada usia begini masanya lebih banyak tidur dan sangat mudah untuk diambil gambar. Otot-otot bayi pun masih lembut dan senang untuk dibentuk,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Jurukamera gigih payung kamera, pengantin nak teruskan photoshoot masa hujan lebat... rupa-rupanya dari awal dah sepakat nak basah bersama ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak diikutkan, merajuk pulak deme” - Photoshoot pasangan 40 tahun buat hati jurugambar terdetik, pentingnya rakam momen bersama insan tersayang Bercerita lanjut mengenai pengalaman kerjanya dalam bidang ini sejak 2014, Takara sudah berdepan dengan pelbagai permintaan oleh ibu bapa si comel. Dia yang bekerja sebagai jurugambar sepenuh masa telah merentasi setiap negeri dan lokasi demi mengikut permintaan pelanggan. Bagaimanapun, pemuda yang menetap di Ipoh, Perak ini mengakui tugasnya amat mencabar tetapi dia tidak pernah merungut malah hasil yang diberikan cukup menakjubkan dan di luar jangkaan. Antara gambar diambil atas permintaan pelanggan. "Bermacam-macam stail mengikut citarasa dan trend semasa. Ada yang minta anak mereka jadi superhero, pendekar, rockstar, ustaz atau ustazah, seperti bunga dan bermacam-macam lagi yang menjadi pilihan ibu bapa untuk bayi mereka. "Saya mula mengambil gambar bayi ini kira-kira lapan tahun lalu. Dari Perlis hingga ke Johor saya akan pergi ambil gambar bayi. Di mana ada permintaan, InsyaAllah saya akan sampai. Pernah juga hingga ke Kuching, Sarawak, merasa naik kapal terbang. "Sekarang saya jadi photographer sepenuh masa. Sebelum photoshoot bayi saya jurugambar untuk majlis kahwin dan majlis-majlis lain. Trend photoshoot bayi ini sudah lama di luar negara cuma belum ramai yang ceburi bidang ni. Di Malaysia masa dulu ada dua atau tiga orang sahaja yang buat,” ujarnya lagi. Pakaian bayi ini istimewa sikit sebab saiz kecil. Jadi saya terpaksa buat tempahan khas. Begitu juga dengan props. TAKARA SAKANA Takara mengambil beberapa langkah bagi memastikan kerjanya menjadi mudah dan proses mengambil gambar bayi berjalan lancar. Apatah lagi bapa kepada tiga cahaya mata ini melakukannya secara bersendirian tanpa bantuan orang lain dalam menjayakan penghasilan gambar. "Baby menangis itu biasa dalam erti kata lain kena sidai. Jadi saya akan pastikan sebelum photoshoot baby sihat dan tak meragam. Kalau semasa photoshoot baby menangis saya akan cuba pujuk sendiri dahulu, jika tidak boleh baru minta tolong ibu bayi. "Lagipun hanya saya seorang sahaja yang pergi ke rumah client. Saya yang handle bayi dan saya jugalah photographer. Di negara kita pun jarang jumpa photographer lelaki ambil gambar bayi,” katanya. Takara selesa melakukan kerja secara berseorangan. Baru-baru ini tular video yang dimuat naik di TikTok Takara mengenai pakaian yang bertemakan Busana Pahlawan dikenakan pada seorang bayi. Video yang meraih hampir 1 juta jumlah tontonan ini telah mendapat pujian netizen yang teruja melihat seorang bayi dipakaikan keris dan tengkolok mini mengikut tema Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, sebuah filem baharu arahan Syamsul Yusof. "Pakaian bayi ini istimewa sikit sebab saiz kecil. Jadi saya terpaksa buat tempahan khas. Begitu juga dengan props. Kebanyakannya saya akan tempah dari luar seperti set baju dan prop-prop kecil, ada juga dari Malaysia seperti busana pahlawan yang direka khas. Antara hasil bidikan Takara. "Selalunya saya akan baca komen-komen followers, jadi ada yang minta special custom. Jika tiada halangan bolehlah sediakan dan ikut. Kos bermula dari RM700 sehingga RM1,800 untuk sesi bergambar. Barang baby semua saya sediakan, hanya sediakan bayi sahaja. "Mengenai busana pahlawan itu, ia sudah digunakan pada Mac lalu semasa photoshoot di Kedah. Sekarang trending cerita Mat Kilau, kebetulan ada client saya yang berkenan prop tersebut. Lagu saya cari muzik awal serunai silat dan saya cantumkan dengan lagu Datuk M. Nasir dengan lagu Mentera Semerah Padi. Tak sangka boleh viral,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI