UMUM mengetahui bahawa premis makanan kini sudah dibenarkan beroperasi sehingga lewat malam. Bagi kebanyakan premis makanan tentunya dipamerkan notis mengenai waktu beroperasi demi memudahkan pelanggan cakna mengenai masa untuk memesan pesanan terakhir. Namun isu mengenai sesetengah restoran terutama yang berada di dalam pusat beli-belah tutup awal sering menjadi perdebatan dalam kalangan netizen. Ciapan asal di Twitter. Menerusi satu ciapan oleh pengguna Twitter kira-kira pukul 9.03 malam, individu berkenaan meluahkan rasa kecewa berikutan satu francais restoran terkenal menutup premis terlalu awal daripada waktu sepatutnya. “Tulis tutup pukul 10 (malam). Makanan pun belum sampai. Dia dah tarik roller shutter. “Betul-betul nak balik rumah pukul 10 malam gayanya,” demikian luahan seorang pelanggan mempersoalkan tindakan pekerja restoran terbabit. ARTIKEL BERKAITAN: Hampir waktu berbuka, 20 jenis lauk tak terjual.... Opah tunggu sampai tertidur di kaunter, apa cerita jumpa ‘syiling’ depan kedai? ARTIKEL BERKAITAN: Anak ‘makcik puaka’ mohon maaf, tak akan tutup kedai tapi perbetul silap! Akui pelanggan cakap lepas boleh buat peniaga ‘naik hantu’ Dalam hantaran seterusnya iaitu kira-kira pukul 9.18 malam, pelayar ini memuat naik satu lagi gambar menunjukkan keadaan kerusi sudah disusun di atas meja. Menerusi foto yang sama turut kelihatan terdapat beberapa pelanggan lain masih berada di dalam premis. “Aku tengah mencekik. Pelanggan lain pun ada yang tengah tunggu makanan. “Kerusi sudah naik atas meja. Betul nak balik tepat pukul 10 malam,” katanya. Keadaan di restoran seperti yang dikongsikan individu berkenaan. Sehingga kini perkongsian berkenaan tukar sehingga meraih hampir 1,000 ulang kicau dan lebih 2,200 tanda suka. Luahannya itu menerima reaksi yang pelbagai termasuk mempersoalkan sistem digunapakai premis makanan sebelum berakhirnya waktu operasi. Rata-rata berpendapat bahawa mereka faham tentang konsep masa akhir tempahan iaitu kira-kira 30 minit sebelum operasi tamat di mana pihak restoran tidak menerima pelanggan baru atau pesanan terkini selepas tempoh berkenaan. Tutup pukul 10 malam maksudnya staf layak balik pukul 10 malam. NETIZEN Namun perbuatan menutup pintu dan menyusun kerusi di atas meja ketika pelanggan masih berada di dalam premis ketika waktu operasi dianggap tidak profesional dan kurang sopan. Bagaimanapun terdapat juga netizen yang mempertikaikan luahan pelayar berkenaan kerana didakwa tidak memahami skop kerja mereka yang bekerja dalam bidang perniagaan makanan dan minuman (F&B). “Sebagai bekas pekerja F&B, you people take for granted. Penat lelah pekerja F&B kamu semua mana tahu, nak kemas store nak kira sale dan sebagainya. Komen netizen pada posting asal. “Tutup pukul 10 malam maksudnya staf layak balik pukul 10 malam. Tak ada masa nak letak seorang staf dekat pintu untuk halang customer masuk dan duduk dekat meja. Kalau sudah duduk nanti jadi cerita lain pula. Selalunya 9.30 malam sudah stop ambil pesanan kecuali memang dah terdesak. Retail dan F&B sama saja. “Ketahuilah F&B sekarang bukan macam dulu. Kekurangan tenaga kerja dan mana-mana sektor F&B dan retail sekarang ni sentiasa mencari pekerja baru. "Nak tak nak situasi ni memang akan jadi... dan mereka juga manusia,” balas netizen pada posting berkenaan. Setelah menerima kecaman hebat oleh pengguna di Twitter, individu berkenaan mengambil inisiatif untuk berkongsi foto sebagai bukti bahawa dia juga pernah berada dalam bidang F&B. Pelayar ini berkongsi gambar pernah bekerja di bahagian F&B pada 2014. Katanya, dia juga pernah menjalankan dua kerja serentak dalam satu masa pada tahun 2014. “Dulu jadi batista... barista dan tukang masak. Dua tugas serentak ke depan ke belakang. “Francais makanan segera pun pernah, restoran Arab pun pernah. “Cuma tak jumpa gambar sajalah,” katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI