suria

Lagak seperti perompak, wanita ini curi-curi dengar perbualan dengan cashier... Berderau darah dapat tahu apa yang diminta!

Lina membayar barang yang diambil lelaki berkenaan selepas mendengar perbualannya dengan juruwang.

DALAM situasi ketika ini di mana kebanyakan harga barangan keperluan mencatatkan kenaikan, sudah pasti rata-rata rakyat khususnya yang tergolong dalam kategori B40 paling merasa tempiasnya.

Bebanan kos sara hidup diibaratkan bertambah sekali ganda lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih tidak mempunyai pekerjaan tetap, impak pandemik Covid-19 dua tahun lalu.

Justeru, bukan satu perkara yang mengejutkan apabila saban hari ada sahaja perkongsian di media sosial mengenai kisah keluarga yang hidup susah sehingga terpaksa mencatu makanan, sebagaimana kisah yang dikongsi oleh wanita ini.

basikal

Sungguhpun dipelawa, lelaki berkenaan hanya mahu mengambil mi segera dan beras.

Menurut wanita bernama Lina Mohd, pertemuannya dengan seorang lelaki secara kebetulan ketika membeli barang di sebuah pasar raya mini baru-baru ini, cukup memberi tamparan hebat kepadanya.

"Tadi aku ke sebuah pasar raya nak beli pasir kucing. Parking tak ada, aku parked blocked kereta orang. Aku nak cepat! Aku tak biasa keluar petang tapi sebab emergency aku terpaksa keluar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersentak kata-kata adik, wanita lelong barang kumpul dana bantu mangsa banjir... hikmah sedekah, insan istimewa kembali ke pangkuan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tersentak bawa gelandangan tak pernah makan McD, asyik ulang ungkapan sama untuk setiap jenis makanan yang dimakan

"Masa keluar kereta, aku terserempak dengan lelaki ini. Resah aku tengok. 'Eh dia ni rapat sangat dengan aku dengan basikal dia apa hal? Macam nak rompak aku je'. Berkata hati jahat aku.

"Aku pun gerak terus masuk pasar raya. Lepas tanya pekerja di mana pasir yang aku nak, aku terus ke lorong belakang.

"Masa on the way ke belakang aku nampak lelaki tadi ada depan cashier. Tengok kiri kanan. 'Sudah! Mamat ni apa ni. Nak rompak ke?'. Aku cuak habis," imbasnya menerusi satu bebenang di Twitter.

Lina bagaimanapun berpura-pura membelek barangan di rak kerana mahu memasang telinga mendengar perbualan lelaki berkenaan dengan juruwang.

beras

Dalam situasi ekonomi ketika ini, ada sesetengah keluarga yang tidak mampu membeli sekampit beras. Gambar hiasan

"Aku terdengar dia cakap dengan cashier dalam nada perlahan. Tapi sangat jelas kat telinga aku. Di tangannya aku ternampak dia pegang kad ATM.

"Dia tanya 'dik, abang nak tanya, abang nak beli mi segera dengan beras, kalau kata duit abang dalam kad ni tak cukup, boleh tak adik cancel salah satu?

"Berderau darah aku! Koyak pecah teruk hati aku apabila dengar. Ya Allah orang yang aku sangka macam perompak rupa-rupanya tengah struggle," cerita wanita ini lagi.

Ketika lelaki berkenaan berlalu masuk untuk mengambil beras dan mi segera, Lina segera meletakkan barangnya di kaunter dan memaklumkan kepada jurujual agar mengira bersama jumlah barang yang diambil lelaki berkenaan.

"Cashier agak keliru tetapi dia angguk saja. Lelaki tadi datang letak sebungkus mi segera dan beras 5 kilogram.

"Encik, saya dah bayar semua. Ada nak ambil apa apa lagi. Susu anak ada? Terhambur ayat tu dari mulut aku. Masa tu tak berani tenung muka dia sebab aku bersalah nak mati. Cuma sejeling aku nampak mata dia berkaca. Mungkin terharu.

Aku tulis ni bukan nak tunjuk aku belanja dia. Tapi aku nak ingatkan diri aku bahawa susah-susah aku ada lagi yang menderita.

LINA MOHD

"Ya Allah kak. Terima kasih. Ini dah cukup. Dia berkata dalam keadaan menunduk-nundukkan kepala berkali-kali ucap terima kasih," ceritanya lagi.

Lina terus berlalu selepas selesai membuat pembayaran kerana tidak tahan menyembunyikan kesedihannya di hadapan lelaki berkenaan.

"Aku tulis ni bukan nak tunjuk aku belanja dia. Tapi aku nak ingatkan diri aku bahawa susah-susah aku ada lagi yang menderita.

"Aku makan sedap hari-hari. Dia beli beras dan mi segera pun berkira-kira. Kalau tak kerana aku blocked kereta orang tadi dan rushing nak alih, aku suruh dia ambil sardin minyak telur.

komen

Perkongsian Lina mengundang sebak warga maya.

"Tapi Allah takdirkan itu saja bahagian dia dari aku hari ini. Jika kita ke pasaraya lihat lah kiri kanan. Mungkin ada yang memerlukan. Allah tarbiahkan aku pelajaran hebat hari ini.

"Sampai sekarang aku bersalah sebab ingat dia perompak. Allah!" cerita Lina.

Perkongsian tersebut ternyata membuatkan rata-rata warga maya turut tersentuh.

"Weh nak nangis aku baca cerita macam ni. Semoga dipermurahkan rezeki abang tu.

"Semoga kita semua juga mampu lakukan apa yang akak ni lakukan.

"Allah dah jadikan sis perantara untuk berkongsi rezeki dengan saudara tu," demikian komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain