MEMASUKI tahun ke-13 melayari bahtera rumah tangga, lelaki ini tidak pernah menyangka bahawa isterinya merupakan seorang penagih dadah. Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu, dia juga buntu apabila rahsia itu baru terbongkar selepas sekian lama mereka hidup bersama. "Apa nak buat kalau lepas 13 tahun kahwin, hang baru tahu perangai sebenar isteri hang? Dah kahwin anak dah empat orang, baru dapat tahu isteri hang hisap syabu," dedah lelaki itu. Kegiatan wanita itu terbongkar selepas 13 tahun dia mendirikan rumah tangga. (Gambar Hiasan) Dia berkongsi luahan hatinya menerusi satu kiriman mesej kepada akaun Twitter @pedoqpop yang mempunyai lebih 214,000 pengikut. "Harap ada antara pengikut hang yang berpengalaman. Apa patut buat. Ada rawatan ke? "Ke kena hantar ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) juga?" soal lelaki itu lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Rawatan apa perlu guna ganja? Hati-hati jangan salah langkah, banyak dakyah mengarut atas alasan perubatan ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq bersuara, lulus penggunaan ganja bukan satu tugas mudah Tangkap layar mesej luahan lelaki itu yang dikongsi ke Twitter pada Isnin petang turut meraih perhatian netizen. Selain memberi cadangan agar dia berpisah, ramai netizen turut meminta lelaki itu tabah dalam membantu isterinya untuk keluar daripada ketagihannya. "Kalau dah kaki syabu nak patah balik memang susah. Lebih baik angkat kaki blah. Dah kahwin anak dah empat orang, baru dapat tahu isteri hang hisap syabu. PENGADU "13 tahun baru kantoi maknanya perwatakan dia baik la. Bukan jenis tak dapat barang je mengamuk sana-sini. So abang kena support suruh dia tinggalkan perlahan-lahan InshaAllah boleh. "Isteri tu tahu ke suami dah tahu? Dadah ni payah. Kalau memang tuan badan nak berubah mungkin senang sikit. Mulakan dengan berbincang, cari kata sepakat. Cerai tak selesaikan masalah. "Cuba situasi tu kita terbalikkan. Isteri dapat tahu suami kaki dadah. Tak ada dah nak bincang bincang, confirm semua suruh mintak cerai je. "Bantu la isteri berubah, takkan tiba-tiba nak tinggal dah anak empat," tulis beberapa netizen. Antara komen netizen di Twitter. Dalam pada itu, seorang individu yang bertugas dengan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) turut berkongsi pendapatnya berkenaan masalah berkenaan. "Hantar dia kepada rawatan private. Hantar kepada Pengasih. Sebab AADK akan ada rekod kekal. Dan susah nak dapat lawatan atau outing. "Fasiliti swasta akan fokus kepada penyembuhan dan membina semula kepercayaan dan hubungan dengan keluarga. Dia ada anak. Kalau dia tidak mendapat bantuan, keluarga itu mungkin kehilangan isteri dan ibu. "Saya pun baru je refer client masuk Pengasih. Dia ada dua anak. 17 tahun ketagihan dadah. Suami pun sama. Dia sedang dalam proses bercerai dan mendapatkan rawatan pada masa sama," ujar individu yang tidak mendedahkan identitinya itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI