VIDEO tular memaparkan aksi tidak sopan sekumpulan pelanggan lelaki yang bergambar mesra dengan seorang pelayan wanita mengundang kemarahan ramai di media sosial. Lebih parah, pelayan wanita yang bertudung itu selamba membiarkan dua lelaki merangkul pinggul serta bahunya ketika bergambar. Malah, mereka juga kelihatan ketawa sesama sendiri, seolah-olah tidak malu dengan perbuatan yang dilakukan secara terbuka di kedai berkenaan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Untuk rekod, pelayan wanita itu pernah tular beberapa tahun lalu kerana aksi tidak sopan ketika melayan pelanggan di kedainya. Wanita bertudung itu juga sering memakai pakaian ketat sehingga menunjukkan bentuk payudaranya dengan jelas. "Aku ni baik tu tak lah. Tapi mengucap panjang juga tengok video ni. Perempuan tu famous sebelum ni sebab suka tayang aset dia dekat media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Pelayan ambil order sambil lukis siakap 3 rasa, rupa-rupanya anak 3 tahun tak balik Malaysia... ibu tak cam tapi dah rasa sesuatu ARTIKEL BERKAITAN: Ayam goreng dilonggok tepi dapur, lenyek kentang dalam periuk atas lantai... apa kata pemilik video ini? "Dia ada kedai jual air buah. Tu kedai dialah tu. Kau tengoklah lelaki-lelaki yang datang tu buat apa dengan dia. Dunia makin parah," tulis @Anepppppppppp yang berkongsi video itu ke Twitter. Rakaman berkenaan sehingga kini meraih lebih 600,000 tontonan dan dihujani dengan pelbagai kecaman netizen. Malah, rata-rata netizen turut mengecam sikap murahan pelayan berkenaan yang dipercayai berniaga di sebuah kedai di negeri Terengganu. Pernah pergi minum kat situ. Masa tu tak tahu. Tengok kak tu ambil order, kami yang perempuan pun naik segan. PELANGGAN "Tengok perempuan tu geli, tengok lelaki tu semua lagi geli, kalau isteri mereka tengok mesti sedih. "Boleh jamin yang bergambar dengan perempuan ni yang dah kahwin, maybe ada anak. "Mana maruah dia? Tayang sana sini badan dia tapi bertudung. Dibiarkan ramai lelaki pegang-pegang dia. Seramnya. Tangkap layar video tular itu. "Selekehnya, monyet pun tak menggeletis macam tu. Tapi perempuan tu rela je," tulis beberapa netizen. Dalam pada itu, seorang lagi individu yang pernah berkunjung ke kedai tersebut turut meninggalkan komen pada posting berkenaan. "Allah la. Pernah pergi minum kat situ. Masa tu tak tahu. Tengok kak tu ambil order, kami yang perempuan pun naik segan. "Bila sembang dengan orang kawasan situ, mereka cakap tu port laki gatal. Tu la first dan last kami pergi," tulis @ReikaAtikah. Dalam pada itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kini sedang menjalankan siasatan berhubung video tular di kedai tersebut. Memetik laporan Harian Metro, Pesuruhjaya JHEAT M Rozi Bidin berkata, pihaknya akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. "Premis (kedai makan) ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian... itu tak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan. "Kita tak akan biarkan benda-benda atau perkara yang tidak baik, perlakuan tak senonoh dan kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada. "Tiada kompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan agama Islam itu sendiri tetapi bertujuan membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI