suria

Gigih jahit kain buat tirai, pemuda sahut cabaran ‘model challenge’ di TikTok... Ramai ‘tag’ Rizman Ruzaini takut terlepas pandang

Menggayakan busana 'rekaan' Rizman Ruzaini sebagaimana permintaan pengikutnya.

JIKA kita telusuri aplikasi TikTok ketika ini, banyak kandungan atau content lucu dan menarik yang dikongsikan warga maya.

Antara kandungan yang sering dimuat naik adalah video trending seperti model challenge, Gucci challenge, transition challenge dan lain-lain, dengan rata-ratanya menampilkan gaya tersendiri serta kreatif.

Tidak terkecuali pemuda ini yang banyak berkongsi video-video model challenge untuk tatapan pengikutnya.

Namun apa yang menarik, pemuda ini mengetengahkan kelainan dengan mengangkat nama pereka fesyen tempatan sebagai tema untuk content video model challenge yang dihasilkannya.

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohd Rafiqie Puteh atau lebih dikenali dengan nama Fiqie Puteh oleh pengikutnya berkata, idea untuk menghasilkan kandungan sedemikian tercetus secara spontan ketika menonton video Gucci challenge di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow kalah orang muda! Video trend ‘tukar-tukar baju’ oleh Aunty Onion anak 3 dianggap paling win antara semua... tak sia-sia masuk dalam almari

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tidur 48 jam demi Lathi Challenge, pelajar Aswara diganggu pukul 4 pagi - “Kenapa part hantu je lampu nak terpadam?”

"Apabila tengok TikTok, video Gucci challenge asyik lalu saja sampaikan muzik latar belakangnya sentiasa terngiang-ngiang.

"Daripada situ saya terfikir mengapa tidak saya cuba buat juga. Jadi saya cuba hasilkan video Gucci challenge. Masa itu memang suka-suka dan tak fikir akan 'meletup' memandangkan followers pun lebih kurang 200 saja.

props

Props yang dijahit dan disediakan sendiri oleh Fiqie.

"Props pun guna apa yang ada di sekeliling rumah sahaja. Saya guna baju bundle yang dibeli seguni oleh abang. Semua saya buat sendiri daripada A hingga Z.

"Tak sangka, video itu meraih hingga ratusan ribu jumlah tontonan," ujar pemuda berusia 30 tahun ini.

Menurut Fiqie, disebabkan video Gucci challenge yang dikongsikannya mendapat sambutan yang sangat tidak dijangka, bilangan pengikutnya mula bertambah sedikit demi sedikit.

"Daripada situlah followers mula request saya buat video-video challenge jenama antarabangsa lain. Namun saya fikir, mengapa tidak saya angkat pereka fesyen tempatan kita.

rr 2

Meniru gaya seperti pahlawan Mat Kilau.

"Rekaan mereka pun level international, malah nama mereka juga gah di negara kita. Jadi saya cuba angkat nama seperti Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Rico Rinaldi, dan lain-lain.

"Setiap kali dapat request, saya Google dahulu untuk study style serta personaliti mereka. Saya cuba create fesyen seperti mereka walaupun props sangat terhad," ujar pemuda yang menetap di Dungun, Terengganu ini.

Tambah Fiqie, kesemua proses bermula daripada idea, penyediaan props, rakaman sehinggalah suntingan, dilakukan olehnya seorang diri.

"Malam sebelum nak shoot video, saya tulis siap-siap apa yang perlu dilakukan esok seperti nak baju apa, props macam mana dan sebagainya.

"Banyak sebenarnya request daripada followers tapi saya cuba tunaikan semampu boleh.

mat kilau

Fiqie merupakan slah seorang pelakon tambahan dalam filem Mat Kilau.

"Video ni kalau siap, tak sampai seminit pun. Orang tengok macam senang tapi sebenarnya sangat mencabar. Bab idea paling susah... sampai nak tidur pun fikir.

"Biarpun begitu, saya enjoy kerana ia sebahagian daripada minat saya," kata anak ketujuh daripada sembilan adik beradik ini.

Sementara itu siapa sangka, Fiqie yang juga seorang freelance talent merupakan salah seorang pelakon tambahan dalam filem yang mendapat sambutan ketika ini, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Melayu arahan Syamsul Yusof.

Setiap kali dapat request, saya Google dahulu untuk study style serta personaliti mereka. Saya cuba create fesyen seperti mereka walaupun props sangat terhad.

FIQIE PUTEH

"Dalam filem itu, saya jadi salah seorang orang kampung yang menentang askar British. Untuk watak itu, seminggu juga jalani penggambaran di Perak. Memang ia pengalaman yang sangat berharga.

"Tak sangka filem itu pecah panggung sekarang dan sebagai pelakon tambahan, saya pun turut bangga.

"Selain filem Mat Kilau, saya juga ada menjadi pelakon tambahan untuk beberapa drama televisyen lain. Saya tak kisah kerana mahu menimba pengalaman daripada bawah.

rr1

Fiqie bersyukur kerana keluarga menyokong minatnya dalam bidang lakonan dan peragaan.

"TikTok ini merupakan satu platform untuk saya curahkan bakat juga sebenarnya. Mana tahu, daripada platform ini, bakat saya dapat membawa pergi lebih jauh selepas ini," katanya lagi.

Terharu dengan penerimaan orang ramai, Fiqie berkata dia akan terus cuba menghasilkan karya kreatif sebagaimana permintaan ramai.

"Saya nak ucap terima kasih kepada followers yang support video saya, yang singgah like dan juga komen. Daripada 200 followers, tak sangka sekarang dah kumpul lebih 17,000 followers dalam tempoh beberapa bulan," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain