suria

“Sampahnya perangai”- Wanita terpinga, tengah cakap phone ada lelaki tarik tudung demi content... kalau muka tercucuk jarum siapa nak jawab?

Lelaki ini dikecam setelah membuat kandungan tarik tudung wanita.

NEGARA barat sememangnya sudah sinonim dengan ‘eksperimen sosial’ secara rawak terhadap orang awam yang kini telah menjadi ikutan di Malaysia.

Namun adakalanya sesetengah ‘prank’ atau usikan ini melampaui batas sehingga tercetus kemarahan jika dilakukan secara berlebihan.

Baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik ke laman YouTube seorang lelaki yang bertindak menarik tudung wanita berhijab di tempat awam.

Perbuatannya ini ternyata mencetus kemarahan warga maya apabila seorang pelayar Twitter, Aidi Ezzhar, berkongsi semula rakaman tersebut di media sosialnya.

"Buat content ni memang lesen orang kita untuk jadi biadab ke?

"Benda ni dikira harassment. ‘Saya buat content je’ kepala b*t*h dia.

"Sakit pula hati puak-puak b*d*h macam ni makin membiak," tulisnya dalam ciapan asal.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir kantoi! Bos Mydin tegur kenapa ada kamera dalam lori, pemandu ‘cover line’ takut prank hari jadi hancur

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah buat prank ‘handphone baharu’ untuk anak bongsu, tapi terhenti separuh jalan sebab sebak lihat reaksinya

Melalui semakan mStar, rakaman asal berdurasi 4 minit 3 saat di YouTube itu menunjukkan lelaki tersebut pada permulaan video menjelaskan bahawa dia akan menarik tudung wanita yang ditemui secara spontan.

Tujuannya adalah untuk melihat reaksi wanita tersebut setelah tudungnya ditarik.

"Okey gang, aku dah ada dekat satu tempat ni dan apa yang aku nak buat, aku nak kacau perempuan yang pakai tudung.

Ciapan asal di TikTok.

"Aku akan tarik tudung dia. Aku nak tengok dia marah aku ke tumbuk aku ke apa kan, ikut suka hati dia," ujarnya dalam video tersebut.

Menerusi video sama, kelihatan lelaki itu kemudian berjalan mengekori wanita bertudung yang dikatakan sebagai ‘mangsa’ olehnya.

Selang beberapa saat, lelaki berkenaan terus merentap tudung wanita tersebut sehingga hampir tercabut.

Terkejut dan marah dengan apa yang terjadi, wanita tersebut terus bertanya pada lelaki itu mengenai tindakannya yang dianggap tidak munasabah.

Lelaki itu menjelaskan bahawa ia adalah untuk kandungan YouTube namun wanita itu berlalu pergi dengan perasaan marah, berdasarkan video tersebut.

Video asal yang dimuat naik di Youtube.

Tidak serik dengan apa yang terjadi, lelaki ini meneruskan lagi prank kepada seorang lagi mangsa lain yang sedang berborak di telefon bersendirian.

"Seronok ye on call, siaplah kau!” tulisnya dalam video sebelum terus menarik tudung seorang wanita sedang ‘khusyuk’ bercakap di telefon itu.

Dia kemudian berjumpa semula wanita tersebut yang kelihatan terpinga-pinga sambil memperbetulkan tudungnya yang sudah hampir tercabut dari kepala.

"Akak okay kak? Tu ada kamera. Saya buat content saja kak. Akak marah saya ke tarik tudung? Akak janganlah marah. Saya minta maaf,” katanya.

"Akak tak marah tapi terkejutlah. Akak ingat perompak ke pencuri ke. Kau kalau buat macam ni janganlah kat orang tua macam ni dik (adik),” balas wanita tersebut.

Lelaki ini menerima kecaman dengan content yang dibuat.

Satu lagi akaun di Twitter, Malaysia Most Viral juga telah memuat naik video yang sama sehingga dihujani pelbagai komen netizen.

"Bahaya, kot tertarik sekali pin tudung tu. Tak ke koyak muka atau kepala mangsa. B*d*h.

"Sampahnya perangai... ini boleh dikira sexual harassment. Tiba-tiba kau pegang perempuan tanpa rela. Bayangkan kalau orang prank mak atau adik perempuan kau macam ni, mesti kau cakap wah buat content jom colab,” komen netizen pada video tersebut.

Bagaimanapun, pada hujung video asal yang dimuat naik di YouTube, dia meminta maaf kepada semua orang yang menonton dan memberikan pendapat masing-masing di ruangan komen.

Ujarnya, ini merupakan kali pertama dia membuat kandungan di akaun YouTube jadi dia lebih terbuka untuk menerima sebarang kecaman daripada netizen berikutan video tersebut.

Setelah kecaman demi kecaman diterima, dia kemudiannya tampil dengan video kedua bersama dua wanita yang kononnya menjadi mangsa tudung ditarik.

Video kedua penjelasan mengenai isu tarik tudung.

Dalam video tersebut, kedua-dua wanita yang menjadi 'mangsa' tersebut kelihatan tidak lagi bertudung dan mereka bertiga menjelaskan bahawa kandungan tersebut sememangnya sudah dirancang untuk melihat reaksi netizen.

"Video ni aku buat untuk penerangan supaya semua tahu apa yang aku buat. Aku kenal sebenarnya mereka. Mereka ni tak pakai tudung pun tapi aku buat social experiment ni apa yang semua orang kecam-kecam.

"Sebab kebanyakan content Youtuber lain buat diambil separuh-separuh dan post tapi tak tahu apa cerita lepas tu kecam orang tu. Sekarang ni aku nak buat pembuktian bahawa sebenarnya benda ni adalah content," katanya.

Walaupun penjelasan itu dibuat bagi meredakan keadaan, namun ramai tetap tidak bersetuju dengan cara lelaki tersebut membuat kandungan di akaun YouTube miliknya kerana dia sendiri telah menghasilkan content yang mengundang kemarahan masyarakat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain