TIGA penyewa lelaki yang menetap di sebuah rumah di Kota Damansara hidup dalam keadaan tidak tenteram selepas mendakwa diganggu seorang jiran gay dan 'gila seks' sejak Jumaat lalu. Menurut Darwisy, 22, lelaki itu bukan sahaja mengetuk pintu rumah sewanya, malah turut mengeluarkan kata-kata lucah yang menjurus ke arah perbuatan seksual. "Saya dan seorang lagi kawan sedang praktikal. Kami menyewa sebuah rumah yang ada tiga bilik. Bilik utama didiami saya dan kawan. Sebuah lagi bilik dihuni seorang lelaki yang dah bekerja. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Housemate kami yang bilik kedua tu diganggu sejak Jumaat lalu sebab biliknya berhadapan dengan rumah lelaki tu. Dia panggil-panggil, dia tanya benda tak elok dan nak masuk dalam rumah sewa kami. "Pada malam kedua, hari Sabtu, lelaki itu panggil lagi dengan suara kuat sampai jerit-jerit. Kami jerkah sikit lepas tu tutup tingkap, tak layan. Selang beberapa minit, dia dah dekat belakang rumah kami. Tengah cuba nak buka pintu belakang. "Dia siap nak buka pintu, nasib baik kami sempat kunci. Dia tarik pintu macam nak masuk. Lelaki gay itu berambut panjang, suara kepit dan berjalan macam lembut. Umurnya dalam lingkungan 27 ke 28 tahun," ujarnya. Menurut Darwisy, keadaan bertambah teruk apabila seorang lagi lelaki masuk menyewa di kediaman mereka sejak Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu takut diganggu lelaki gila seks di stesen MRT, wanita gambarkan situasi ‘lebih rela diri kena gilis tren’ ARTIKEL BERKAITAN: Kejadian raba wanita di Cyberjaya... pakar kongsi hak perundangan mangsa gangguan seksual perlu tahu Penyewa baharu itu bukan sahaja berperwatakan aneh seperti orang yang mengambil bahan terlarang, malah sesuka hati membawa lelaki gay berkenaan masuk ke kediaman mereka. "Bilik ketiga rumah kami masih kosong. Pada hari Ahad, ada seorang penyewa baru masuk. Malamnya kami bertiga keluar. Apabila balik ke rumah, kami dapati penyewa tu buka pintu dan ajak lelaki tu masuk rumah. Siap masuk bilik dia. "Sejam juga mereka kat dalam bilik tu. Sebelum tu kat tingkap, lepas tu di belakang rumah. Sekarang dah masuk dalam rumah kami dah. Memang cuak. Masa tu dah dekat 12 malam. "Dalam pukul 1 pagi, kami yang baru nak tidur dengar bunyi pintu pagar rumah. Mamat gay tu dah keluar tapi masih berkeliaran dekat depan rumah. Kami pun dah penat, kami kunci pintu semua dan tidur je. Kami akan lapor polis kalau ia berlarutan lagi lepas ni. Tahan la sekejap, intern kami pun berbaki dua bulan lagi. DARWISY "Sebelum tu sempat la intai bilik penyewa baharu tu. Dia nampak macam hisap dadah, macam tengah khayal. Kami pun tak pasti dia buat apa," ujarnya. Pada Isnin, Darwisy turut melaporkan kejadian tersebut kepada pemilik rumah sebelum penyewa berkenaan diusir keluar. "Kami laporkan kejadian kepada pemilik rumah. Penyewa lelaki tu dah kena halau, sempat duduk rumah kami satu malam je. "Pemilik rumah pun dah beli kunci dan lock baharu untuk kami. Selepas tu kami belum ada kena gangguan apa-apa lagi," ujarnya lega. Penyewa baharu yang disyaki mengambil bahan terlarang turut membawa masuk lelaki gay berkenaan ke dalam rumah mereka. Menurut Darwisy, dia belum membuat laporan polis namun tidak teragak-agak untuk menghubungi pihak berkuasa sekiranya ia berulang lagi. Tambahnya, dia dan rakan akan bertahan untuk tinggal di rumah itu memandangkan latihan industri mereka cuma berbaki dua bulan sahaja lagi. Dalam pada itu, Darwisy turut berkongsi video gangguan serta kronologi kejadian berkenaan menerusi Twitter sehingga ia meraih perhatian netizen. Kata Darwisy, dia sekadar membuat pendedahan itu untuk berkongsi mengenai realiti yang berlaku dan berharap agar orang ramai di luar sana lebih berhati-hati. Lelaki gay itu didakwa mula membuat gangguan di luar rumah sewa mereka sejak Jumaat. "Sekarang ini banyak isu gangguan seksual. Saya kongsi kisah ini agar orang ramai berhati-hati. Gangguan seksual dah jadi isu besar sekarang. Bukan setakat perempuan, lelaki pun kena. "Apa yang kami belajar daripada kejadian ini, kita janganlah bertindak sendiri, sebaiknya lapor pada polis. Ada juga yang tanya, kenapa kami tak terus laporkan pada polis? "Sebenarnya kami pun buntu, tak boleh fikir masa kejadian tu berlaku. Kami pun tak tahu apa tujuan sebenar dia. Di Twitter, ada juga beberapa individu yang back up pelaku. "Kami akan lapor polis kalau ia berlarutan lagi lepas ni. Tahan la sekejap, intern kami pun berbaki dua bulan lagi," ujar Darwisy lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI