ISU harga barangan naik serta Kadar Dasar Semalaman (OPR) terus menjadi perbualan netizen di media sosial. Ada yang meluahkan kesukaran dialami selepas kerajaan mengumumkan kenaikan bermula 1 Julai lalu, ada pula yang cuba menjadi ‘hero’ dengan menyatakan ia demi memulihkan ekonomi negara selepas krisis kesihatan baru-baru ini. Menerusi perkongsian seorang netizen yang dikatakan doktor perubatan, dia menyatakan bahawa peniaga tetap mempunyai untung sekiranya harga seekor ayam adalah RM20. Malah, beliau turut menunjukkan pengiraan kos jika peniaga tersebut menjual ayam goreng berempah. Posting kira-kir seorang individu yang dipercayai doktor perubatan. “Katakanlah harga ayam naik sekali pun, kos beli seekor ayam letak RM20. “Potong 14 dan jual seketul RM4.50. Dapatan kasar adalah RM63 bagi seekor ayam. “Tolak modal ayam RM20, modal untuk minyak masak dan rempah serta lain-lain bagi seekor ayam adalah RM10... jadi total RM30. “Maka untung bersih jual ayam goreng berempah adalah RM33 dan tolaklah RM3 untuk kos yang lain, untung bersih tinggal RM30. Berniaga tepi jalan, jadi tiada kos sewa premis atau bil utiliti,” coretnya di Facebook. Malah individu berkenaan juga menyatakan seorang peniaga ayam goreng berempah boleh mengaut keuntungan sehingga RM150 sehari dan berkemungkinan lebih jika turut menjual nasi kosong. Seorang doktor berpandangan peniaga masih boleh mendapat untung walau harga ayam naik, dengan memberi contoh jualan ayam berempah. -Gambar hiasan Bagaimanapun pengiraannya itu mengundang kecaman netizen sehingga menarik perhatian salah seorang peniaga yang dikenali sebagai Yoep Owsem. Menurutnya yang menjual nasi kukus ayam berempah di gerai, terdapat beberapa kos tersembunyi yang perlu diambil kira jika mula berniaga. Bermula dengan kos barang jualan yang tidak habis dijual, ujarnya, dalam tempoh berniaga hampir tiga jam pun belum tentu kesemua jualan berjaya terjual. “Saya berniaga 7.5 jam baru boleh jual 70 bungkus. Kalau hujan, lagilah teruk. Yang tak habis makan sendiri atau sedekah kat orang, tapi either way kos tetap kena tolak dari keuntungan. Potong 14 dan jual seketul RM4.50. Dapatan kasar adalah RM63 bagi seekor ayam. DOKTOR PERUBATAN “Ayam potong 14 pula terlalu kecil. Kalau ayam RM20 bermakna ayam tu berat dalam dua kilogram dan hanya boleh potong 10 bahagian, kalau tidak akan mengundang sumpah seranah dari pelanggan... dah jual RM4.50. Saya jual ayam potong empat bahagian, RM6 seketul. “Kos minyak masak juga perlu diambil kira. Kalau boleh dapat minyak masak paket sekali pun, akan pakai sehari empat paket minyak untuk goreng ayam. Empat kilogram darab RM2.50 berjumlah RM10. Kalau tak dapat cari minyak paket, bersedialah untuk kos yang gila kasar,” ujarnya di ruangan komen posting doktor terbabit. Tambah Yeop Owsem lagi, kos gas juga perlu diambil kira. ARTIKEL BERKAITAN: Lagak seperti perompak, wanita ini curi-curi dengar perbualan dengan cashier... Berderau darah dapat tahu apa yang diminta! ARTIKEL BERKAITAN: 2 bulan tak dapat bayaran penuh, sekali bersuara tanya pasal gaji terus dipecat! Lelaki cuma ada RM30 untuk sara keluarga Jelasnya, kebanyakan peniaga sering mengambil mudah tentang kos bahan bakar walhal ia adalah paling kerap dibeli. Peniaga terpaksa menanggung kerugian apabila makanan yang disediakan tidak terjual seperti diharapkan. -Gambar hiasan “Seminggu saya pakai empat tong gas untuk jualan di gerai 7.5 jam dan masak kuah di rumah 3.5 jam. Ayam goreng berempah ni api kena kuat kalau tak ayam tak masak sampai dalam. “Selain itu kos beras, saya pakai lapan kilogram untuk jualan 70 bungkus. Kalau nak dijadikan nasi ada kos tambahan. “Bagi kos sampingan, contoh kos untuk kuah kari kaki ayam, sambal belacan, kos sayur, rempah perapan. Kos-kos ni besar sebab cili padi dan cili masak sekarang harganya bukan murah. Belacan lagi, herba campur, buah keras, serai, lengkuas, kayu manis, bunga lawang, tomato, cili kering, serbuk dan daun kari, pandan serta lain-lain,” jelasnya lagi. Dalam pada itu, Yeop Owsem turut menyenaraikan beberapa lagi kos yang perlu diambil kira termasuk pembungkus, pekerja, pengangkutan, alatan berniaga, storan, risiko dan tapak. Penjelasannya itu menyebabkan sesetengah netizen menyuarakan rasa bersalah kerana meminta 'harga kurang'. Ada pula yang menyatakan pengiraan individu bergelar doktor tersebut adalah berdasarkan kelas usahawan yang diikuti. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI