BERGELAR pelajar universiti bukanlah satu perkara yang mudah, malah banyak cabaran terpaksa dilalui khususnya selepas pandemik Covid-19 melanda dunia pada tahun 2020. Terbaharu, tular sekeping notis yang ditujukan buat para pensyarah, dipercayai ditulis oleh seorang pelajar yang kecewa dengan sistem pendidikan negara pada hari ini. "Mesej kepada para lecturer. Anda tak faham ke kami ni stres tapi bila di depan anda, kami buat selamba je. Notis kepada pensyarah yang kini tular di Facebook. "Silap hari bulan ada yang mati bunuh diri kerana anda," tulis pelajar itu dalam notis berkenaan. Dalam cetakan notis tersebut, dia turut mengadu tentang beban tugasan yang disifatkan melampau dan tidak wajar. "Anda nak ke rasa bersalah seumur hidup kalau ada yang mati bunuh diri disebabkan anda? Kami cakap kerana kami dengar luahan para pelajar. "Course work berlambak, assignment lagi, test lagi, presentation lagi. Suruh buat report macam orang bodoh. Kami bukan robot. ARTIKEL BERKAITAN: Genggam PhD pada usia 27 tahun cabaran hebat ketika jadi pelajar di luar negara... Dr Hadi kongsi petua elak pelajar tertekan ARTIKEL BERKAITAN: Minta selami perasaan pelajar IPT, tak setuju mereka dilabel ‘lembik’... pelayar Twitter ‘disekolahkan’ - “Tak mati seseorang itu jika berjauh” "Enam subjek tapi 10 course work, anda fikir wajar?" soal individu itu. Tambahnya lagi, pelajar juga memerlukan masa untuk bersama keluarga dan tidak patut dilambakkan dengan kerja sehingga tiada masa untuk menjalani kehidupan normal. "Mid term minggu 13? Anda fikir anda sahaja perlukan masa dengan keluarga? Tiap-tiap tahun kami perlu beraya pada study week. Aduh Malaysia ku. "Lagi satu jangan mengajar kami macam anda mengajar budak sekolah menengah. Kami perlu diajar untuk menghadapi dunia pekerjaan, bukan diajar hanya untuk menjawab peperiksaan. "Course work banyak, bila kami nak buat revision?" soalnya lagi dalam notis berkenaan. Anda nak ke rasa bersalah seumur hidup kalau ada yang mati bunuh diri disebabkan anda? PELAJAR Notis yang ditampal pada dinding di lokasi yang tidak didedahkan itu tular dan meraih pelbagai komen netizen selepas ia dimuat naik ke Facebook. Segelintir netizen turut mendoakan agar para pelajar terus sabar demi melengkapkan pengajian dan mendapatkan rawatan segera jika ada tanda ke arah depresi. "Saya doakan semua moga kuat dan dipermudahkan urusan. Depresi dan penyakit mental adalah perkara benar. Baguslah sekarang ni ramai dah ada awareness pasal mental health. Kalau ada simptom, berubatlah. "Dari sudut positifnya, generasi sekarang makin nampak pentingnya work-life-balance dan pentingnya kesihatan mental. Satu perkara yang generasi lama tak sedar dulu dan dah jadi penyakit zaman ni. "Semoga dipermudah segala urusan student dan rakan-rakan, berjaya dunia akhirat. Tu la cabaran dan dugaan sebelum mula kerja. Keep strong," tulis beberapa netizen. Notis tular itu meraih pelbagai komen netizen termasuklah yang menganggap mereka golongan yang lemah. (Gambar Hiasan) Dalam pada itu, rata-rata netizen, dipercayai golongan dewasa kurang senang dengan isi notis berkenaan dan menganggap pelajar tersebut sebagai lemah dan tidak mensyukuri nikmat kehidupan. "Kenapa budak-budak zaman sekarang mudahnya jadikan bunuh diri sebagai option untuk lepaskan diri dari masalah seolah-olah dalam diri tak ada secebis perasaan takut? Bahaya betul mentaliti budak zaman sekarang. Agak-agak apa la yang mencetus pemikiran macam ni. "Kufur nikmat kau dik. Dah dapat nikmat belajar tak hargai. Zaman universiti ialah zaman paling best. Kau belum kerja lagi dik. Life hasn't hit you yet. Masa tu barulah kau meraung nak ulang zaman universiti balik. "Bukan anda je yang hadap semua masalah-masalah ni. Orang terdahulu lagi seksa. Dengan kemudahan yang terhad, akses terhadap sumber pun kurang. Rujukan lebih pada buku, maka berkampung la di library separuh hari. Sekarang maklumat boleh diakses di hujung jari, discussion boleh melalui pelbagai medium online. "Lemah, aku dulu pecah kepala jugak buat degree and master, kursus yang susah pulak tu, tapi itu mengajar aku erti kesabaran dan memberi kekuatan kalau dugaan datang," tulis beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI