BENARLAH cinta itu buta! Dek kerana hanyut dalam perasaan cinta, seorang wanita bertindak terburu-buru apabila dengan mudahnya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang dikenalinya dalam tempoh singkat. Akibat tidak membuat 'siasatan' mengenai latar belakang pasangannya, wanita tersebut kini menanggung derita selepas terbongkar lelaki yang dikahwininya itu merupakan seorang scammer! Suami kepada ibu saudaranya mula menunjukkan 'belang' beberapa bulan selepas berkahwin apabila mengawal kad bank milik wanita tersebut. Gambar hiasan Kisah wanita tersebut dikongsikan oleh anak saudaranya sebagai pengajaran dan iktibar kepada wanita lain agar tidak tersilap langkah seperti ibu saudaranya. "Makcik saya dengan saya umur tak jauh beza, setahun je. Hujung 20-an. Jadi kami ni macam kawan. Tahun lepas dia mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang baru dia kenal secara rapat. "Laki ni sebenarnya kawan sekolah dia tapi tak ada la rapat pun sebelum ni, just kenal. Entah macam mana, tiba-tiba nak kahwin. Kami semua agak terkejutlah sebab makcik saya buat keputusan macam cepat sangat. ARTIKEL BERKAITAN: 12 minit lesap RM30,000! Suami isteri menggigil, rasa nak gugur jantung kena ‘scam’ servis kemas rumah ARTIKEL BERKAITAN: Scammer ‘buat duit’ musim e-Filing! Isteri terduduk wang RM30,000 lesap... Terpedaya panggilan LHDN, inspektor polis "Sedangkan dia ni jenis berfikir panjang, tegas, tak mudah nak bodohkan dia," cerita wanita tersebut menerusi satu mesej yang dikongsikan di laman Twitter @twtwedding. Ujarnya, majlis perkahwinan ibu saudaranya itu diadakan kecil-kecilan memandangkan tahun lalu negara masih diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah dia juga tidak berpeluang untuk turut hadir ke majlis berkenaan memandangkan ada komitmen kerja pada waktu yang sama. "Mak saya share gambar wedding berkeping-keping tapi tak ada sekeping pun gambar laki tu yang muka pandang kamera. Muka dia sama ada pusing ke tepi atau akan tutup dengan bunga tangan. Barang kemas milik ibu saudaranya turut digadai. Gambar hiasan "Saya tanya mak kenapa tak ada gambar yang nampak muka. Nak juga kenal. Mak saya kata 'entahlah active sangat si laki tu. Gerak sana sini'. "Saya dah rasa tak best dan pelik tapi tak layan perasaan itu," ujarnya. Tambah wanita itu lagi, perasaan tidak sedap hati mengenai perkahwinan mengejut si ibu saudara akhirnya mengiyakan kebimbangannya selama ini. "Beberapa bulan, dia mula tunjuk perangai yang suka sangat dengan duit. Kad bank makcik saya dia yang pegang, dia burukkan makcik saya dekat jiran. "Hinggalah sampai kemuncak, dia jual kereta makcik saya, dia buat loan atas nama makcik saya, barang kemas semua dia gadai, simpanan lesap. Duit nenek saya pun dia tipu. "Tahu-tahu makcik saya dah tak ada apa-apa. Gaji dia negatif kena tolak. Dia buat makcik saya sehelai sepinggang!" ceritanya. Syaitannya lelaki. Teruk kau kerjakan dia sampai tinggal sehelai pinggang. Duit gaji dia bayar hutang ntah apa-apa. NETIZEN Tambahnya lagi, lelaki tersebut benar-benar licik menyusun rancangan untuk memerangkap ibu saudaranya sehingga sanggup berkahwin. "Dia dah target makcik saya. Dia juga ada pakai ilmu pengasih. Dia sendiri mengaku. Dan makcik saya bukan orang pertama yang kena. "Sebelum ini dia dah kahwin dengan engineer dan buat wanita itu ni macam makcik saya. "Dia bukan scammer bodoh-bodoh yang telefon 'hello puan ada tunggakan LHDN'. Dia adalah IT expert," kongsinya lagi. Dek kerana kelicikan lelaki tersebut menyapu bersih duit serta barang kemas, ibu saudaranya kini seperti hilang pedoman kerana terlalu tertekan dengan apa yang berlaku. "Keadaan makcik saya sangat teruk sekarang. Sampai perlu jumpa kaunselor. Asyik menangis dan jadi murung. Siapa je tak murung, gaji negatif ditolak hutang loan yang tak pernah kita buat. "Pada yang nak kahwin, tolonglah check dlu lelaki itu (bakal pasangan). "Tolong doakan makcik saya diberikan kekuatan ya. Semoga segala urusan makcik saya dipermudahkan, moga scammer tu kena tangkap dan terima hukuman setimpal," akhirinya. Ibu saudara wanita tersebut kini terpaksa mendapatkan bantuan kaunselor gara-gara tertekan. Gambar hiasan Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga lebih 3,600 ulang kicau. Menjengah ruang komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa ibu saudara wanita berkenaan. "Zaman sekarang ni banyak je lelaki gila (sesetengah) cari perempuan yang ada kedudukan. Kenal-kenal sampai jatuh cinta, dan cari yang desperate nak kahwin. "Sanggup kahwin dengan prosedur kahwin yang berlapis-lapis semata-mata nak songlap duit. "Syaitannya lelaki. Teruk kau kerjakan dia sampai tinggal sehelai pinggang. Duit gaji dia bayar hutang ntah apa-apa," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI