SEORANG lelaki mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan seorang penjual beg berjenama di Instagram. Lebih menyedihkan apabila sejumlah RM5,200 wang miliknya lesap melalui dua transaksi yang telah dibuat kepada scammer tersebut pada 28 Jun lalu. Menerusi pendedahan dibuat di laman Facebook Jianghan, dia menceritakan semula kisah bagaimana penipu ini berjaya memperdaya dirinya. Posting asal yang menjadi tular. "Pada jam lebih kurang jam 10 pagi saya hantar mesej melalui Instagram dan WhatsApp kepada seller untuk bertanya lebih jelas berkenaan beg yang saya nak beli. "Saya telah bersetuju untuk membeli beg berjenama Chanel dengan harga RM5,200. Kemudian penjual memberikan butiran bank kepada saya. "Pada pagi 29 Jun saya telah lakukan dua transaksi ke akaun BSN (Bank Simpanan Nasional) semasa berada di rumah," ujarnya sambil menambah laporan polis dibuat pada 1 Julai. ARTIKEL BERKAITAN: 12 minit lesap RM30,000! Suami isteri menggigil, rasa nak gugur jantung kena ‘scam’ servis kemas rumah ARTIKEL BERKAITAN: Tak terima TAC, duit dalam bank boleh lesap! Wanita kongsi bagaimana RM14,360 ‘dicuri’ dalam masa seminit Menerusi perkongsian tangkap layar lelaki ini, nilai beg tersebut adalah RM5,000 tetapi perlu ditambah lagi RM200 bagi caj penghantaran. Bagaimanapun lelaki ini telah meminta penjual menunjukkan resit sebagai bukti bahawa beg tersebut adalah bukan barangan tiruan. Sangsi dengan tarikh 2022 yang tertera pada resit beg dijual, peniaga menjelaskan bahawa beg tersebut telah dikilangkan pada 2019 dan dibeli pada tahun ini. Setelah berjaya diyakinkan oleh peniaga terbabit yang kononnya menetap di Johor, pembeli itu melakukan transaksi wang secepatnya setelah wang deposit sebanyak 50 peratus diberikan. Ini kerana, walaupun pembeli telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,900, menurut peniaga, mereka tidak boleh meneruskan pengeposan selagi bayaran penuh tidak dibuat. Laporan yang dibuat oleh mangsa. Lelaki ini sebenarnya mahu wangnya dikembalikan semula tetapi tidak berjaya kerana kononnya persetujan yang dibuat tidak boleh ditarik balik. Setelah bayaran dibuat, peniaga ini kemudiannya menawarkan beg berjenama jenis lain pula dengan tawaran harga diskaun kepadanya sebelum pembeli ini disekat di Instagram dan WhatsApp. "Pada jam 4 petang, sekali lagi saya telah bertanya kepada dia bila mereka akan pos beg tersebut dan dia memberitahu slot penghantaran telah penuh dan akan pos pada 30 Jun 2022. "Keesokan harinya lebih kurang jam 8 pagi, saya mesej dia dan barang masih belum dipos. Sekali lagi saya mesej dia dan dapati akaun Instagram dan nombor WhatsApp saya telah disekat. Scammer tawar beg lain dengan harga diskaun. "Saya terus ke balai polis buat laporan kerana merasakan dia telah menipu dan kerugian saya alami. Tujuan saya buat laporan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam laporan dibuat di Balai Polis Petaling Jaya, Selangor. Hantaran lelaki ini telah menjadi tular di halaman Facebook. Untuk rekod, posting ini telah menerima lebih 1,000 jumlah dikongsikan semula dan lebih 2,200 tanda suka. Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasibnya yang telah ditipu oleh scammer dengan jumlah wang yang besar. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI