MEMPERSENDA agama merupakan satu perbuatan berdosa besar. Menerusi satu hantaran di Facebook, tular rakaman menunjukkan seorang wanita berpakaian sopan berbaju kurung dan bertudung yang dikecam kerana dikatakan menghina imej Islam. Kejadian didakwa berlaku di sebuah kelab komedi di ibu kota yang mana wanita ini sedang membuat satu persembahan komedi. Posting asal berikutan kejadian menjadi tular. Selepas memperkenalkan diri sebagai seorang penganut agama Islam dan telah menghafal ayat al-Quran sebanyak 15 juzuk, dia kemudiannya secara spontan membuka bajunya sehingga separuh bogel di hadapan penonton. "Hello and Assalamualaikum everyone. Nama saya Siti Am*r* binti Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar, Perak. "I am Malay dan Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran. But, one second,” katanya dalam video berdurasi 54 saat tersebut sebelum meletakkan semula pembesar suara lalu menanggalkan bajunya. ARTIKEL BERKAITAN: Pengguna FB dipenjara 10 tahun gara-gara hina Islam diarah lalui pemeriksaan mental ARTIKEL BERKAITAN: Sering abai hidayah Allah sehinggalah ditugaskan ke Jeddah, bekas pramugari nekad peluk Islam! Terkejut reaksi keluarga Seperti mana kapsyen video tersebut ditulis sebagai 'acara menghina Islam', perbuatan terkutuk wanita itu mendapat sorakan daripada penonton yang berada di situ. Sementara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang turut berkongsi posting itu melalui tangkap layar Whatsapp di Facebook berkata, perbuatan wanita tersebut tidak menghina Islam sebaliknya telah menghina dirinya sendiri. "Ada seorang sahabat telah menghantar satu klip 54 saat dengan kapsyen “acara menghina Islam” yang dikatakan berlaku di sebuah kelab komedi di TTDI. "Wanita itu meletakkan mic dan mula menanggalkan tudung dan baju kurungnya sehingga penonton mula bersorak. Posting asal penceramah bebas, Firdaus Wong. "Secara jujur jika benar wanita itu adalah Melayu dan muslim serta telah menghafal 15 juzuk al-Quran sebagaimana didakwa dalam video, dia sebenarnya menghina dirinya dan bukannya menghina Islam. "Setelah Islam memuliakan dirinya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat, dia menghina dirinya dengan menanggalkan di khalayak ramai,” katanya. Jelas Firdaus, jika benar seperti diperkatakan oleh wanita itu bahawa dia telah menghafal 15 juzuk kitab suci namun masih melakukan perbuatan sedemikian, dia menghina dirinya kerana Allah telah memuliakan orang yang menghafal al-Quran. Tangkap layar wanita ini menanggalkan baju di khalayak. Tambahnya, memahami dan mengamalkan al-Quran tetapi mungkin dia hanya hafal tanpa pemahaman dan pengamalan. "Islam telah datang memuliakan kita. Barangsiapa mencari kemuliaan di luar Islam, maka kita akan dihina sekali lagi," ujarnya lagi. Berikutan posting Firdaus di Facebook, wanita ini telah dikecam hebat oleh warga maya yang turut terkesan dengan perbuatan menghina agama. Gadis itu terang terang merendahkan martabat ibu bapanya dan maruah diri sendiri depan seluruh rakyat Malaysia. "Kasihan ibu bapa, adik beradik, datuk neneknya yang tidak berdosa di Kuala Kangsar. Pasti mereka malu teramat sangat. Komen netizen berikutan kejadian. "Ya. Dia yang memilih untuk dihina selepas ini atas perbuatan dan pilihan sendiri. She is degrading herself atas kehendak sendiri. Nauzubillah. "Kasihan setelah dia berjaya menghafal separuh al-Quran, masih belum berjaya buat dia cintakan agamanya. Semoga kita-kita yang belum mampu menghafal sehebatnya tak terpedaya dengan kejahilan dunia," ujar netizen berikutan video tersebut. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI