GOLONGAN yang berusia sekitar 20an sememangnya cenderung untuk mengikut kata hati atau nafsu, termasuk soal berbelanja. Ada sesetengah individu daripada golongan ini lebih mementingkan kemahuan daripada keperluan kerana begitu terpengaruh dengan gaya hidup generasi zaman sekarang. Begitu juga halnya dengan gadis berusia 21 tahun ini yang mengakui dia terlalu gemar berbelanja mengikut kemahuan sehingga tidak merencana simpanan untuk masa hadapan. Gadis berkenaan meluahkan masalahnya menerusi mesej di Twitter. "Boleh bagi tip tak macam mana nak didik diri dan train mindset untuk memperuntukkan wang hanya kepada keperluan dan bukan kemahuan? "Saya seorang pelajar berusia 21 tahun tapi tak ada simpanan langsung... dalam bank ada RM5 je. Malah saya ada hutang dengan Shopee. "Elaun masuk, bayar hutang dan saya simpan bakinya untuk bayaran hutang bulan depan sebab bayar bulanan. ARTIKEL BERKAITAN: Anak disuruh kerja 6 hari seminggu, bapa siap sokong... Tak suka pilihan kerjaya e-hailing, anggap tak ada masa depan! ARTIKEL BERKAITAN: Gigih buat 5 kerja sambilan dalam sehari, pelajar ini juga akui ‘tamak’ pointer, “Kampus tak besar, pusing-pusing akan nampak muka saya” "Saya terlalu obses dengan self reward selepas melakukan sesuatu perkara. Malah waktu kerja separuh masa enam hari pun, saya habiskan RM15 sehari untuk makanan segera," luahnya dalam satu mesej yang kemudian dikongsikan di Twitter @pedoqpop. Ujarnya, pada usia 21 tahun dalam keadaan tidak mempunyai simpanan membuatkan dia terasa hidupnya tak berguna. Disebabkan jarang menghabiskan masa di luar, gadis berkenaan cenderung untuk membeli belah secara dalam talian. Gambar hiasan Sudah pernah mencuba untuk menghentikan obsesinya kepada sesuatu perkara untuk mengelakkan penggunaan wang berlebihan, namun tabiat boros dan lebih mengutamakan kemahuan membuatkan misinya sering kali gagal. "Pada mulanya saya suka elemen Kpop. Dah berhenti tapi kemudian terjebak Shopee. Sekarang, wayang dan makanan pula. Saya jarang keluar jadi saya jadikan ini sebagai cara untuk gembira kerana sering keseorangan. "Bahagikan (wang) dalam aplikasi MAE tak berkesan, jadi patutkah saya melabur dalam ASNB? Patutkah saya melabur dalam emas?" soalnya meminta pandangan warga maya. Menyifatkan diri sendiri sebagai contoh orang muda yang terlalu dimanjakan, gadis itu berkata sejak kecil lagi ibunya sudahpun menjangka dia akan menjadi seorang yang boros. Download apps budgeting. Set bajet sehari berapa nak spend sehari. Masukkan bajet bulanan dan tahunan. NETIZEN "Ibu saya betul. Sejak kecil dia selalu cakap yang saya akan jadi anak dara tak guna dan sekarang inilah saya. Hanya sebab dia tak tahu perkara ini lagi, kena halau kot kalau dia tahu. "Jadi, itulah nak tanya pendapat pelajar-pelajar lain. Saya rasa dah cukup elok saya buat kerja part-time tapi dalam masa yang sama, masih lagi stuck. "Tak pernah pun walau sekali, saya rasa pasti apa yang saya buat. Saya perlukan kata-kata nasihat yang betul-betul tamparan untuk diri saya," ujarnya lagi. Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengesyorkan pelbagai cadangan untuk gadis berkenaan mengawal tabiatnya berbelanja. "Sebab awak dah lama kaitkan makanan sebagai reward, kena belajar kawal. Download apps budgeting. Set bajet sehari berapa nak spend sehari. Masukkan bajet bulanan dan tahunan (benda yang belanja sekali setahun). Disebabkan selalu berbelanja, gadis tersebut tidak mempunyai wang simpanan di dalam akaun bank. Gambar hiasan "Mudah je sebenarnya. Pertama, downgrade life contoh mula belajar makan nasi bujang, kedua padam apps Shopee, ketiga reward diri jangan lebih daripada 10 peratus income dan keempat, elaun masuk je terus transer ke akaun lain. "Bagusnya umur 21 dah ada kesedaran macam ni. Masa aku umur 25 pun memang jadi macam confessor konon nak self-reward sampai habis gaji akhirnya bila ada emergency nak guna duit masa tu la terduduk. "Tapi next month tu buat lagi dan lagi, jadi kesimpulannya, hanya kamu yang boleh sedarkan diri sendiri," komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI