HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Begitulah pepatah sesuai bagi menggambarkan kisah yang dikongsikan Wan Nurul Eiman Wan Zulkifli, 24, mengenai pengalaman menetap di Afrika Selatan selama 14 tahun bersama keluarganya. Senang disapa Eiman, wanita ini berkongsi pelbagai kisah menarik sepanjang bermastautin di negara tersebut sejak 1998, sebelum pulang untuk menetap di Malaysia pada 2012 sehingga kini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Pada mulanya babah (bapa) dapat tawaran untuk bekerja dengan syarikat telekomunikasi GSM Malaysia yang beroperasi di Tanzania. “Kemudian selepas dua bulan saya dilahirkan di Sarawak, babah berhijrah ke Afrika Selatan untuk bekerja dengan syarikat telekomunikasi Siemens dari Jerman. “Tapi babah buat keputusan untuk pindah balik ke Malaysia pada 2012 setelah mengalami masalah untuk mendapat status residen tetap di Afrika Selatan,” kongsi Eiman kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja bagus ‘lari’ kerja di luar negara sebab gaji ciput! Malaysia dikatakan sedang ‘eksport’ ramai bakat tempatan ARTIKEL BERKAITAN: Majikan berat hati nak lepas pekerja asing! Walau dah belanja tiket flight balik Bangladesh, tetap akan ikhtiar terbangkan semula ke Malaysia Bercerita lanjut mengenai pengalaman ketika berada di Afrika Selatan, Eiman mengakui dia sangat senang menjalani kehidupan di sana dengan keluarganya. Malah dia juga masih merindui suasana beraya dan berpuasa di negara itu walaupun telah meninggalkannya lebih 10 tahun. “Dari saya tingkatan satu hingga tujuh belajar dekat Montrose Primary School dan Bryandale Primary School. Dekat sana tingkatan satu dikira masih sebagai sekolah rendah. Cikgu-cikgu memang ambil tahu pasal anak murid sebab hubungan antara guru dan pelajar memang rapat. Eiman merupakan salah seorang finalis Pencarian Dewi Remaja 2022. “Kawan-kawan dekat sana pun sangat memahami dan menghormati kita. Bila puasa mereka tak akan makan depan saya. Tapi ada cerita lawak di mana kawan pernah bagi buah sebab mungkin kesian nampak saya lapar sangat. Dia cakap ‘tak apa makan sikit nanti puasa balik’ dan saya pun bersetuju dengan kawan tu. Waktu solat tarawih dekat sana pun mereka akan buat penuh 20 rakaat setiap malam. “Saya suka sangat beraya di sana walaupun jauh dari keluarga di Malaysia. Di Afrika kami ada satu ikatan persaudaraan kuat. Kami akan berkumpul dekat embassy dan sambut raya sama-sama dengan pergi rumah terbuka... jadi memang meriah sangat dan dapat kutip duit raya dan makan makanan raya,” ujarnya. Mengakui dirinya sangat merindui rakan-rakan di sana, imbas Eiman, dia bagaimanapun sedikit terkilan tidak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada mereka sebelum pulang selamanya ke Malaysia. Eiman (dua dari kanan) bersama ahli keluarganya. “Selalunya kami memang akan balik ke Malaysia kalau ada cuti panjang setiap empat tahun sekali. Tapi babah tak beritahu saya kami akan balik terus ke Malaysia jadi saya terkilan tak sempat buat farewell dengan kawan-kawan,” katanya. Malah, pelajar jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, ini juga berkongsi tentang budaya dan pengalamannya di sana. Berikutan video yang tular baru-baru ini, Eiman mengakui pernah makan cengkerik goreng ketika berada di Afrika Selatan yang rasanya dikatakan seperti ayam. Eiman langsung tidak tahu berbahasa Melayu setelah pulang semula ke Malaysia. “Antara momen paling best dekat sana mestilah dapat tengok Fifa World Cup masa 2010. Walaupun terpaksa berhimpit sebab kami pergi lapan orang ahli keluarga sedangkan kerusi muat lima orang, kami tak kisah sebab sangat enjoy momen tengok bola tu. “Selain tu saya sangat hargai usaha babah walaupun kami bukanlah orang berada tapi dia pastikan kami hidup selesa dekat Afrika. Segala keinginan dan impian kami babah tunaikan. Eiman mengambil jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua di Universiti Malaya. “Fasal makan lipas dalam video viral tu saya kena betulkan balik. Saya makan cengkerik goreng sebenarnya tapi ada ada banyak lagi serangga lain yang orang sana makan. Yang komen cakap ayam mahal lepas ni boleh makan lipas tu silalah tangkap banyak-banyak kemudian goreng. Lipas tu percuma jadi jimat duit. Jangan cakap tak sedap kalau belum cuba,” seloroh Eiman. Setelah pulang ke Malaysia, Eiman pada mulanya agak sukar untuk membiasakan diri apatah lagi ketika itu dia langsung tidak tahu berbahasa Melayu. Fasal makan lipas dalam video viral tu saya kena betulkan balik. Saya makan cengkerik goreng sebenarnya tapi ada ada banyak lagi serangga lain yang orang sana makan. Yang komen cakap ayam mahal lepas ni boleh makan lipas tu silalah tangkap banyak-banyak kemudian goreng. WAN NURUL EIMAN Dia yang terpaksa menetap di Sarawak selama enam bulan berkata, masalah komunikasi dan bahasa semakin sukar apabila penduduk di sana menggunakan bahasa Melanau untuk bertutur. Namun setelah berpindah dan bersekolah di Shah Alam, Selangor, keadaan menjadi lebih mudah kerana kebanyakan kawan di sekolah menggunakan bahasa Inggeris untuk bertutur. Eiman bersama gurunya ketika belajar di Afrika Selatan. Untuk rekod, Eiman merupakan salah seorang finalis bagi program realiti Dewi Remaja 2022 yang kini sedang berlangsung. Walaupun pada awalnya dia berada dalam dilema untuk menyertai atau tidak rancangan realiti ini namun setelah diberi dorongan dan sokongan kawan-kawan, dia meneruskan juga niat asalnya itu. “Sejujurnya saya sertai program ni sebab nak jadi ‘suara’ wanita di luar sana di mana kita sebenarnya boleh capai segala impian jika adanya usaha. Kalau setakat hanya mahu cari popilariti saja tak ada apa sebab tak memberi faedah dekat orang luar. Eiman semasa Fifa World Cup pada 2010. “Walaupun haritu saya ragu-ragu nak masuk sebab sudah mencecah umur 24 tahun tapi saya paksa diri untuk cuba jadi contoh supaya semua wanita di luar sana terima diri mereka sendiri seadanya dengan jujur dan menjadi diri sebenar. Apa-apa pun saya kena sentiasa ingatkan diri bahawa saya ada sisi unik yang boleh menyerlah dan buat saya sentiasa yakin untuk tampil kehadapan walaupun finalis tahun ni ramai yang berbakat besar. “Sepanjang perjalanan saya ni memang famili san kawan-kawan banyak beri sokongan sepanjang masuk program ni dan juga sejak dari kecil lagi. Saya bersyukur dikurniakan dan dikelilingi orang yang tak putus-putus bagi dorongan untuk saya jadi siapa diri saya sekarang,” ujar Eiman. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI