suria

Penganggur kecil hati dapat kawan jenis tiada hati perut, paksa travel ketika 5 bulan ‘jobless’... Rupanya nak cukupkan korum je!

Pengadu tertekan dengan sikap rakan-rakan yang tidak sensitif dengan kesusahan yang dilaluinya.

DULU sayang, sekarang benci!

Mungkin itulah gambaran terbaik bagi situasi yang dihadapi seorang individu apabila dia mula 'jauh hati' dengan rakan-rakannya.

Menurut individu itu, dia terkilan dengan sikap rakan-rakannya kerana tidak sensitif dengan masalah yang sedang melanda.

penganggur 2

Menurut pengadu, dia sudah lima bulan tidak bekerja.

"Aku ni dah jobless lebih kurang lima bulan. Aku menyampah dengan member-member aku, mereka bukan tak tahu aku jobless. Aku kawan dah lama. Tapi dah lama bukan maksud dah kenal hati masing-masing.

"Tak ada la, duk ajak-ajak pergi travel. Bukan tak nak pergi wei tapi cuba fikir aku ni jobless kot. Duit pun tak berapa nak ada. Duit yang ada pun hasil buat freelance.

"Itu pun cukup-cukup untuk makan dan minum, duit bagi kat parents, nak bayar komitmen semua tu. Yang mereka duk paksa-paksa ajak pergi travel," luahnya.

Menurut pengadu, rakan-rakannya turut mendesaknya untuk ikut sama bercuti menerusi mesej yang bertalu-talu di aplikasi Instagram, WhatsApp dan Telegram.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia 'perigi cari timba'! Penganggur dapat banyak lamaran luar negara selepas idea 'rare' iklan diri

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun 'tanam anggur', graduan sains marin beralih ke cendawan, "sehari iklan dah dapat 50 tempahan"

Dakwanya, rakan-rakan tidak pernah bertanya khabar mengenai masalah yang melanda, sebaliknya hanya berhubung untuk kepentingan peribadi mereka sahaja.

"Tak cukup dekat direct message (DM) Instagram dan Telegram, mereka bersambung kat group WhatsApp. Aku memang missing in action (MIA) sejak bulan puasa hari tu.

"Yang aku terkilan, kot la cari aku tanya khabar ke, tanya sihat ke, dah dapat kerja ke... Tak wei. Tak ada langsung tanya khabar aku. Balik-balik duk push ajak travel. Ajak pula travel tempat yang aku fobia.

"Mereka ajak aku tu bukan apa, just nak cukupkan korum. Bertalu-talu WhatsApp aku. Kalau dah tengok aku online tapi tak respons, faham-faham sendiri la yang aku tak nak," ujarnya.

file7esj88k0ueuh3ri14te

Ujarnya, dia hanya mendiamkan diri apabila diajak bercuti oleh rakan-rakan.

Tambah individu itu dia tertekan dengan pelawaan berkenaan, malah katanya tiada guna dia bercuti untuk menenangkan diri sedangkan hatinya runsing memikirkan krisis kewangan yang dihadapi.

"Tak cukup dengan tu, mereka WhatsApp personal suruh aku respons kat group. Maybe salah aku sebab dia kat group. Tapi buat apa wei kau ajak aku pergi tenangkan diri travel sana sini sedangkan aku tak cukup duit nak pergi enjoy?

"Aku kenal sangat mereka. Kalau aku cakap tak ada duit, mereka akan push lepas tu ajar aku cara saving duit travel. Sumpah aku stres nak hadap. Dah nak masuk tiga minggu mereka ajak.

"Walau aku tak read group WhatsApp, tapi aku tahu je sebabnya aku baca dari notification. Susah sangat ke kau sebagai kawan nak faham keadaan kawan kau? Aku dah rasa terbeban wei, terbeban dengan perangai member yang suka memaksa.

Aku bukan sentap member tak ajak, tapi mereka tetap paksa sebab nak cukupkan korum,

PENGANGGUR

"Orang tak akan pernah faham kita cakap tak ada duit. Kau bagi la bajet travel RM300 pun kalau dah duit yang ada tu cukup-cukup untuk komitmen penting, memang tak akan ada nafsu nak pergi berjalan mana-mana.

"Aku pernah je cakap dulu. Kalau korang nak travel tanpa aku, aku okey je sebab jenis aku bukan sentap member tak ajak tapi mereka tetap paksa sebab nak cukupkan korum," luahnya panjang lebar.

Mesej luahan hati individu berkenaan yang dikongsi menerusi Twitter turut meraih perhatian netizen.

Selain menyarankan agar dia memutuskan persahabatan, ada yang turut menyelar pengadu kerana tidak bertegas dengan rakan-rakannya.

file7fb4ibzzys014q0nbd4

Pengadu berkata dia tertekan dengan pelawaan rakan-rakannya untuk pergi bercuti.

"Ba**lah duk tekan-tekan ajak travel sebab nak cukupkan orang. Tinggalkan jelah kawan macam ni. Jenis tak aware situation member.

"Sound je kawan kawan dia tu. Paksa follow travel sebab masing-masing miskin nak travel jadi nak cukupkan korum.

"Kan senang kau cakap je dalam group kau tak ada duit. Taip panjang-panjang buat apa?

"Leave je group-group tu. Sedar diri orang nak bagi cukup korum je. Cari kawan yang lebih menghormati kita," ujar beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain