suria

Tular video lelaki hina Allah, Nabi... siap cabar siapa tak setuju dengan pandangannya! Netizen harap sempat bertaubat

Rakaman video lelaki itu tular di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan ramai.

BELUM reda kisah pelawak wanita yang didakwa menghina Islam, kali ini tular video seorang lelaki yang mempersendakan Allah dan Nabi Muhammad.

Dalam video tular yang dikongsi di media sosial, dia seolah-olah mencabar sesiapa yang tidak bersetuju dengan pandangannya dan mengakui tidak takut sekiranya mati dibunuh.

"So apa khabar, kes hina Islam dan semboyan semua dan geng NGO yang berslogan, beginilah ceritanya.

hina 2

Netizen berharap tindakan tegas diambil terhadap lelaki ini.

"Aku nak korang try dengan aku, sebab aku rela mati, jumpa terus bunuh, jangan cakap banyak," ujarnya.

Dalam video berkenaan, lelaki itu turut bertindak melampau apabila menyamakan Allah dan Nabi Muhammad dengan haiwan.

Dalam video tular berasingan, lelaki itu kelihatan mengalami pendarahan di bahagian wajah, dipercayai diserang orang ramai yang datang ke rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki wanita hina Islam dituduh muat naik content jelik dengan niat menyakitkan hati

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak wanita didakwa hina Islam sudah ditahan, kini direman tiga hari bantu siasatan

Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut berkongsi video itu dan memaklumkan satu laporan polis akan dibuat ke atas lelaki berkenaan.

"Ini satu lagi video tular menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW. Minta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera ambil tindakan.

"Harap orang ramai jangan termakan provokasi beliau. Negara ada undang-undang. Orang yang menghina agama ni biasanya bermasalah mental.

Semoga hamba Allah ini akan benar-benar insaf akan perbuatannya dan peristiwa ini akan menjadi pengajaran buat sesiapa yang cuba nak "usik" agama Islam.

PU SYED

"Apa-apa pun Pemuda Umno akan buat laporan polis agar penjenayah ini segera ditangkap," ujarnya.

Pendakwah terkenal Pencetus Ummah (PU) Syed dalam satu hantaran di Facebook turut menggesa agar PDRM menahan lelaki berkenaan.

"Mohon PDRM cari sampai dapat makhluk ni. Dahsyat sungguh mulut puaka dia ni menghina Allah! Menghina Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam..!

"Jangan bila dah dikutip baru tunjuk kad sakit mental" ujarnya.

1654561

Kes pelawak wanita yang didakwa menghina Islam turut menjadi topik perbicangan netizen sejak minggu lalu.

Dalam posting berasingan, PU Syed berkongsi foto memaparkan lelaki tersebut ditahan polis di kediamannya.

"Tahniah PDRM. Semoga hamba Allah ini akan benar-benar insaf akan perbuatannya dan peristiwa ini akan menjadi pengajaran buat sesiapa yang cuba nak "usik" agama Islam," ujar PU Syed.

Rata-rata netizen di ruangan komen turut menyuarakan rasa marah atas kenyataan provokasi lelaki itu dan berharap dia dikenakan hukuman setimpal.

"Menitis air mata saya mendengar hinaan kepada Allah dan Rasulullah.

"Allahuakbar sampai begitu ya kau hina nabiku dan agama Islam

"Tak ada penyakit, cari penyakit. Moga diberi hidayah," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain