suria

“Lari laju pun kena tangkap juga” - Lelaki tak sedar rakam diri sendiri ketika curi telefon bimbit, dah padam tetap kantoi

Video memaparkan rakaman ketika suspek melarikan telefon bimbit milik gadis ini menjadi tular.

SATU 'babak' insiden kecurian telefon bimbit milik seorang gadis dapat dirakam secara tidak sengaja.

Segalanya bermula apabila pelakunya, seorang lelaki bertindak merampas dan melarikan telefon bimbit gadis berkenaan yang dilihat sedang membuat rakaman bersama dua rakannya dengan meletakkan peranti itu di hadapan mereka dalam kejadian di Gua Kerbau, Kedah.

Mangsa kemudian memperincikan semula kisah bagaimana lelaki terbabit mahu memulangkan semula telefon bimbit itu sehinggalah dirinya ditangkap menerusi perkongsian di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Hari Isnin jam 6.15 petang, kami tengah buat video tapi tiba-tiba lelaki ini datang dan ambil telefon kemudian terus lari. Kami sudah cuba kejar tapi tak dapat.

“Lepas tu ada orang tolong carikan lelaki tu tapi tak jumpa jadi kami disuruh buat laporan polis. Kami pun pergi buat report polis selepas pergi ke balai. Polis-polis di sana minta kami buat aduan dekat IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kubang Pasu. Jadi kami pergi selepas Maghrib.

ARTIKEL BERKAITAN: Mencuri tak guna otak, muka terpampang depan CCTV sebab pakai ‘mask’ bawah dagu... Ini punca kasut depan rumah lesap!

ARTIKEL BERKAITAN: Teringin tengok kawan-kawan bawa beg kasut, murid miskin nekad mencuri... Lepas dirotan guru disiplin ‘offer’ beli but bola Adidas!

“Setelah selesai buat laporan, polis beritahu nanti kalau ada apa-apa mereka akan hubungi. Sampailah hari Khamis tu tiba-tiba saya terima satu panggilan dari seorang lelaki,” tulis wanita berkenaan pada video yang dikongsi.

Lelaki tersebut didakwa cuba mengugut dengan meminta wang sebagai 'pertukaran' untuk gadis itu mendapatkan semula telefon bimbitnya.

Namun, setelah dimaklumkan kepadanya bahawa perkara ini sudah menjadi kes polis, lelaki itu mengajak dia dan rakan-rakan untuk berjumpa di sebuah lokasi yang ditetapkan.

Tidak mahu bertindak sendirian, gadis itu dan rakan-rakannya memaklumkan kepada polis tentang lelaki yang menghubungi mereka.

Polis turut ikut serta dalam pertemuan yang dirancang dan lelaki terbabit bersama seorang lagi suspek dibawa ke balai polis bagi siasatan lanjut.

Tangkap layar kisah yang menjadi viral di TikTok.

“Dia beritahu terjumpa dan nak pulangkan telefon tu tapi kena berikan duit. Kami beritahu yang sekarang sudah jadi kes polis jadi dia pun terus bagi lokasi untuk berjumpa dan ambil telefon.

“Kami terus beritahu pihak polis fasal orang yang call dan polis cakap mereka akan ikut ke lokasi nak berjumpa. Jadi kami pun pergi ke lokasi bersama polis. Bila soal-soal sikit, polis bawa suspek yang hubungi saya tu ke balai,” ujarnya.

Bagaimanapun setelah berjaya mendapatkan semula telefon miliknya, segala video dan gambar yang berada dalam galeri telah dipadam.

Tambahnya, walaupun segala bukti cuba dihapuskan, tetapi si pelaku terlupa untuk memadam segala gambar termasuk video dirinya mencuri dalam folder 'fail gambar terkini yang telah dipadam'.

“Akhirnya dapat balik telefon tu. Malangnya dia padam semua gambar dan video dalam galeri. Tapi dia tak padam dalam folder 'recently deleted' jadi kami dapat tengok semulalah video dan gambar yang ada sebelum ni. Jadi kami bolehlah post video ni,” katanya berseloroh.

Selalunya yang tiba-tiba jumpa, tapi nak bagi balik kena bayar ni, dia berkait dengan yang curi.

NETIZEN

Video berdurasi satu minit itu memaparkan rakaman lelaki ini sedang berlari laju melarikan telefon bimbit yang dicurinya.

Dia kemudian bersembunyi di kawasan semak dan menamatkan rakaman setelah menyedari tindakannya mencuri dirakam secara tak sengaja.

“Jadi marilah kita berlari dan bersembunyi bersama abang ini ya semua. Hati-hati semua kalau nak buat video atau ambil gambar,” seloroh gadis ini lagi.

Berikutan perkongsian di TikTok menjadi tular, video tersebut telah dihujani pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

Komen beberapa netizen.

Malah jeritan wanita yang cuba memarahi lelaki yang merampas telefonnya dengan panggilan ‘woi’ turut menjadi perhatian warga maya.

“Woi keluar suara jantan.

“Buat kerja tak clear.

“Benda yang paling saya takut time nak buat video letak phone dekat public.

"Lajunya lari pergi mana bang kena tangkap juga.

“Selalunya yang tiba-tiba jumpa, tapi nak bagi balik kena bayar ni, dia berkait dengan yang curi,” antara komen beberapa netizen di TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain