suria

Budak naik Kancil hijau teruk kena belasah, lelaki dewasa sepak terajang beramai-ramai... Netizen kata lebih baik settle di balai!

Remaja yang dipukul itu didakwa cuba melakukan perkara tidak senonoh.

MEDIA sosial kecoh dengan penyebaran video memaparkan seorang remaja lelaki dipukul sekumpulan individu.

Menerusi maklumat yang dikongsi, remaja tersebut didakwa cuba melakukan perkara tidak senonoh terhadap seorang kanak-kanak sebelum ditangkap oleh penduduk kampung.

"Dengar cerita budak ni nak buat sesuatu.

"Cerita lebih kurang macam tu. Nanti ada info lain, min update," tulis pengendali saluran Telegram Info Semasa Official.

Rakaman tular itu memaparkan remaja berkenaan duduk di dalam sebuah kereta Perodua Kancil berwarna hijau sambil dikelilingi beberapa lelaki.

Remaja itu kelihatan menahan sakit apabila kakinya tersepit setelah pintu kereta ditolak dengan kasar oleh seorang individu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mata kanan dikorek, muka dihentak lebih 20 kali! Wanita mangsa pukul tendang suspek kurang siuman guna ‘heels’ selamatkan diri

ARTIKEL BERKAITAN: “Penting ke kau nak pukul muka anak aku?” - Ibu tengking guru di sekolah, berang hukum murid cara kasar dengan buku

Dalam rakaman sama, seorang lelaki dilihat mencekak leher baju remaja itu sebelum mengasarinya di bahagian kemaluan.

Remaja itu turut diterajang seorang lelaki sambil disaksikan beberapa individu lain.

"Umur baru tingkatan satu, pandai buat kerja macam ni," ujar salah seorang lelaki dalam loghat utara kepada remaja tersebut.

Semakan mStar di media sosial mendapati netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan kasar yang dilakukan ke atas remaja berkenaan.

'remaja2

Tangkap layar video yang kini tular di media sosial.

Kata netizen, remaja tersebut perlu diserahkan kepada pihak berkuasa jika dia melakukan kesalahan dan tidak wajar dikasari sebegitu rupa.

"Pukul macam dia tu orang tua. Baru tingkatan satu bang oi. Settle balai je la senang. Budak tu belum matang lagi.

"Ada la tu budak tu buat hal sampai naik darah laki tu. Tapi salah laki tu juga pergi bantai budak bawah umur. Benda pun dah viral, dia pun dah tibai. Nanti ada orang bagi salam tinggal jawab je la.

"Budak lagi weh tak matang lagi, macam baya baya (sebaya) adik aku je ni. Kalau betul dia nak buat benda tak senonoh memang aku basuh budak ni tapi tak ada la sampai guna kekerasan sebab bukan boleh selesai masalah.

"Budak macam ni suruh dia ketuk ketampi, lepas tu hantar balai je. Nangis pun bunyi itik lagi ni," tulis beberapa individu.

Namun, terdapat juga segelintir netizen turut bersetuju dengan tindakan keras yang diambil dan menganggap ia sebagai satu pengajaran atas tindakan yang dilakukan remaja berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain