suria

Ibu tak puas jumpa Aina Abdul, bergambar pula dengan poster... Sakit lutut pun gagah panjat tangga demi konsert pertama seumur hidup

Izhar bawa ibu ke konsert Aina Abdul sebagai hadiah ulang tahun kelahiran.

SETIAP insan bergelar anak pastinya ada cara tersendiri untuk menghargai ibu bapa masing-masing.

Begitulah juga yang dilakukan Izhar Che Jamil, 27, apabila dia menghadiahkan ibunya tiket ke konsert Aina Abdul pada Jun lalu berharga RM1,199 sempena ulang tahun kelahiran yang ke-70.

Menurut Izhar, hadiah istimewa itu dicadangkan kakak dan abangnya yang gemar menyertai konsert sehingga ke Thailand dan Singapura.

“Mak akan menyambut ulang tahun kelahiran pada 7 November depan. Kami adik-beradik rasa macam nak cari kelainan sikit sempena sambutan tahun ni.

“Lagi pun mak minat sangat dengan Aina Abdul. Jadi kami nak bagi mak rasai pengalaman pergi ke konsert,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikmatnya dapat peluk ibu! Detik jejak kasih selepas 3 tahun terpisah bikin ramai sebak, berjurai air mata

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Bakal ibu buat kejutan hadiah Lamborghini RM2 juta strategi ‘ikat’ suami, harap diberi lebih perhatian ketika berpantang

Kata Izhar, ibunya cukup mengagumi bakat Aina yang sehingga menjadikan artis tersebut sebagai penyanyi kegemarannya.

Malah ibunya sering menonton Aina menyanyikan lagu-lagu cover di YouTube milik pemenang trofi vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 itu.

Ibu Izhar di konsert Aina Abdul 2.0 pada 26 Jun lalu.

“Mak suka buka YouTube tengok drama Korea dan Filipina. Selalunya lagu drama yang dia tengok tu mesti Aina ada buat cover. Sejak itulah mak mula kenal dan minat Aina. Kalau dia tengah main permainan dekat Facebook pun pasang lagu latar belakangkan artis tu.

“Kerana mak minat sangat jadi kami bawa pergi konsert dan hadiri sesi ramah mesra atau meet and greet. Kami kongsi tiga beradik untuk bayar harga tiket.

Selalunya cerita dia tengok tu mesti ada Aina buat cover. Dari situlah mak mula kenal dan minat Aina. Kalau dia tengah main permainan dekat Facebook pun pasang lagu latar belakangkan artis tu.

IZHAR

“Kami buat surprise bagi tiket konsert sewaktu sambutan Hari Ibu tapi tak beritahu fasal akan jumpa Aina secara berdepan. Dia tengok tiket tu pun punya terkejut dan teruja sampai tak perasan harga sebab nampak nama Aina Abdul je.

"Awalnya dia risau tak boleh pergi sebab sakit lutut, tapi apabila dia tahu ada tempat duduk, dia pun setuju. Mula-mula mak ingat konsert kena berdiri,” ujar Izhar.

Ujarnya lagi, dia dan ibu hadir ke konsert pada persembahan malam kedua iaitu 26 Jun lalu.

Bercerita mengenai sesi meet and greet bersama Aina, kegembiraan jelas terpancar di wajah ibunya pada rakaman yang dimuat naik Izhar sehingga tular di TikTok.

Foto meet and greet selepas konsert berakhir.

“Apabila sampai Istana Budaya, saya rakamlah sikit-sikit momen ibu yang pertama kali datang konsert. Saya minta dia tunggu sekejap dekat lobby, saya pergi ambil tiket. Masa naik tangga nak pergi pintu masuk, petugas Istana Budaya bantu pimpin, saya hargai sangat pertolongan mereka.

“Apabila dapat jumpa depan-depan tu, saya ceritalah fasal aktiviti mak suka tengok Aina setiap hari. Aina pun baik dengan mak siap pegang tangan lagi,” ujarnya.

Keterujaan jelas terpancar di wajah ibu Izhar.

Setelah sesi ramah mesra selesai, mereka sempat mengambil beberapa keping gambar sebelum bergerak pulang.

Tambah Izhar, dek kerana terlalu gembira ibunya enggan makan burger yang dibelikan selepas konsert berakhir.

Berikutan layanan baik pihak produksi, Izhar berasa sangat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan Aina Abdul Production serta kakitangan Istana Budaya kerana tolong membantu ibunya pada malam itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain