suria

Pernah gagal temuduga cikgu, graduan USM tak putus asa nak jadi pendidik... Pandai cari duit buat bisnes gajet, yang penting tak menganggur

Faizal kini menjual dan membaiki gadjet.

MEMILIKI kerjaya idaman merupakan impian setiap graduan, namun sejak kebelakangan ini ramai yang terpaksa menganggur atau melakukan kerja yang tidak setara kelayakan akademik.

Seperti yang dilalui Ahmad Faizal Ahmad Fauzi, cita-citanya untuk menjadi seorang pendidik masih belum tercapai dan kini hanya melakukan bisnes dari rumah bagi mengisi masa terluang.

Bercerita mengenai dirinya, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, pada masa ini kerja yang dilakukan adalah menjual dan membaiki gajet.

“Saya tamat pengajian pada Ogos 2021 dengan pengkhususan dalam subjek fizik dan minor matematik.

“Setelah tamat pengajian, saya buat full time menjual dan membaiki gajet sementara menunggu panggilan untuk menjadi guru.

“Bisnes tersebut dijalankan semasa saya berada di tahun akhir pengajian iaitu ketika negara melaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Ia dilakukan secara atas talian,” ujarnya memulakan bicara.

Menurut Faizal, pada permulaannya dia hanya menjadi ejen dropship dan keuntungan yang diperoleh sekitar RM20 hingga RM30 bagi penjualan sebuah telefon pintar.

Disebabkan minat, dia berusaha mengembangkan bisnes dengan mencari pembekal untuk mengusahakan bisnes secara sendirian.

“Pada masa itu, modal yang saya gunakan adalah hasil daripada wang yang saya kumpul semasa melakukan kerja sambilan pada cuti semester. Daripada duit tu saya buat pusingan modal sehingga mampu mengukuhkan bisnes,” jelasnya.

Bisnes gadjet dijalankan di rumahnya.

Bisnes gadjet dijalankan di rumahnya.

Ekoran itu, anak muda berusia 24 tahun ini menzahirkan rasa syukur kerana sepanjang tempoh menunggu panggilan temuduga bagi jawatan yang diimpikan, dia tidak menganggur seperti segelintir graduan lain.

Bercerita lanjut, anak kelahiran Parit Buntar, Perak itu berkata, dia pernah dipanggil temuduga bagi jawatan guru, namun pada 18 Februari lalu keputusan yang diterima amat mendukacitakan.

“Mulanya ada berita gembira di mana Kementerian Pendidikan ada mengumumkan panggilan temuduga one off untuk mencari guru dan Alhamdulillah saya dipanggil untuk menghadiri temuduga tersebut.

“Walau bagaimanapun temuduga yang saya pilih itu untuk guru major sejarah kerana bagi subjek sains fizik dan matematik tiada kekosongan.

“Setelah keluar keputusan temuduga, nama saya tidak terpilih untuk menjadi guru. Jadi saya sambung dengan bisnes menjual dan membaiki gajet... kawasan tumpuan adalah di seluruh utara,” luahnya yang turut mengakui penat menguruskan bisnes sendirian.

Faizal ingin meneruskan legasi ayah dan ibunya sebagai guru.

Faizal ingin meneruskan legasi ayah dan ibunya sebagai guru.

Katanya, walaupun sedikit kecewa dengan keputusan yang diterima, dia tidak berputus asa untuk memohon jawatan yang sama.

Malah ujar anak ketiga daripada lima beradik ini, dia sudah membuat permohonan lain dan sedang menunggu panggilan temuduga seterusnya.

Tambahnya, impian untuk menjadi seorang pendidik adalah demi menyambung legasi keluarga kerana ibu dan bapanya merupakan pesara guru.

Nama saya tidak terpilih untuk menjadi guru. Jadi saya sambung dengan bisnes menjual dan membaiki gajet... kawasan tumpuan adalah di seluruh utara.

AHMAD FAIZAL

“Saya nak ikut jejak mak dan ayah sebab mereka seorang pendidik. Saya melihat bagaimana mereka berusaha memberi ilmu kepada murid dan ia membuatkan saya rasa seronok untuk bergelar pendidik juga,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tawar gaji ‘ciput’ tapi tak setanding beban kerja! Graduan ini pakat dengan encik tunang buka bisnes tudung

ARTIKEL BERKAITAN: Dari Perlis ke KL! Graduan menganggur 7 bulan ajak rakan berhijrah, mulanya menumpang sana sini, kini bisnes nasi dari rumah sewa - “Kalau tak dapat kerja, peluang bisnes balik kampunglah”

Terdahulu video yang dikongsikan di TikTok tular hingga ditonton lebih 410,000 pelayar selain mendapat 42,500 tanda suka.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

“Saya doakan abang dapat jadi cikgu fizik dalam masa terdekat ni.

Faizal menunggu temuduga guru seterusnya.

Faizal menunggu temuduga guru seterusnya.

“Teruskan berdoa, bersangka baik dengan Allah dan berusaha jangan berputus asa. Rezeki datang daripada Allah bukan manusia.

“InsyaAllah teruskan berusaha semoga dipermudahkan segala urusan,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang menyarankan supaya Faizal membuat permohonan guru di sekolah aliran sains seperti Maktab Rendah Sains Mara (MARA) kerana kekosongan jawatan dibuka dua kali dalam setahun.

“Nanti cuba mohon cikgu MARA, biasa dua kali pengambilan dalam setahun.

“Mohon guru MRSM insya-Allah.

“Hi just suggestion if you berminat untuk mengajar, try minta MRSM sebab ramai nak pakai cikgu matematik,” kongsi beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain