GAGAL sekali tidak bermakna gagal selamanya. Itulah pepatah sesuai bagi menggambarkan situasi Rabiah Mohamad, 29, apabila dia tidak dapat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2010 kerana dibuang sekolah kerana masalah disiplin. Menurut gadis yang senang disapa Biey ini, dia kemudiannya mencari peluang pekerjaan di sebuah pameran kerjaya pada 2011. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Lepas ibu bapa saya bercerai, saya banyak ponteng sekolah sampai kena buang. Di sebabkan hal itu, saya tak dapat nak menduduki peperiksaan SPM. “Tahun seterusnya saya ada pergi ke satu job fair. Dekat sana saya nampak ada kerja kosong sebagai juruwang dekat Parkson dan boleh mohon pindah ke Semenanjung. Jadi saya mohon dan pilih untuk dihantar ke Parkson Pavilion sebagai pekerjaan pertama. “Saya bersyukur sangat apabila permohonan diterima dan saya bekerja dekat Pavilion selama lebih dua tahun sebelum bertukar kerja di tempat lain,” katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja bagus ‘lari’ kerja di luar negara sebab gaji ciput! Malaysia dikatakan sedang ‘eksport’ ramai bakat tempatan ARTIKEL BERKAITAN: Anak disuruh kerja 6 hari seminggu, bapa siap sokong... Tak suka pilihan kerjaya e-hailing, anggap tak ada masa depan! Ujarnya yang berasal dari Sri Aman, Sarawak, dia cemburu apabila melihat orang lain dapat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Memikirkan tentang masa depannya agar lebih cerah, Biey memutuskan untuk menduduki semula peperiksaan SPM pada 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Tuah di ibu kota. Berbekalkan gaji RM1,200 ketika itu, dia tidak mampu mengikuti kelas tambahan untuk mengulangkaji pelajaran. “Apabila tengok orang lain sambung belajar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk perbaiki diri sendiri walaupun tak mampu nak sambung pengajian sampai masuk universiti. Biey(kanan) bersama rakan sekerja sewaktu bekerja sebagai juruwang pada 2011. “Saya pun ambillah kertas SPM masa tengah kerja. Saya ulangkaji sendiri lepas balik ke rumah dari tempat kerja termasuklah hari cuti. Saya tak ikuti kelas tuisyen sebab gaji memang cukup-cukup untuk tampung hidup di Kuala Lumpur. “Lepas keputusan SPM keluar, saya ambil masa juga nak keluar daripada zon selesa dan cuba cari kerja di tempat lain. Akhirnya saya ambil keputusan berhenti kerja jadi juruwang dan cuba pengalaman baharu jadi sales assistant dekat butik Mango,” ujarnya. Kata Biey minatnya dalam bidang fast fashion mula timbul dalam diri sejak bekerja di butik Mango pada 2014 hingga membuatkan dia berasa mahu belajar lebih mendalam mengenai fesyen. Jika ada rezeki, target seterusnya nak jadi store manager dekat butik jenama mewah lain. RABIAH Dia kemudiannya meletakkan jawatan lalu berpindah ke butik Zara pada 2016 sehingga 2018 yang dikatakan memiliki skop tugas lebih luas sebelum menukar kerja di butik Max Fashion sehingga 2021. Terkini, Biey yang menetap di Gombak Kuala Lumpur bekerja di butik TUMI sebagai Pembantu Pengurus Stor berbekalkan sijil SPM dan pengalaman. Berikutan perkongsian di TikTok hingga menjadi tular, ia mengundang pertanyaan netizen yang ingin mengetahui lanjut tentang ‘job hopping’ yang dilakukan gadis ini. “Berkaitan job hopping, maksima saya boleh kerja dekat satu syarikat tiga tahun kemudian saya akan cari pengalaman baharu di tempat lain. Saya jenis cepat bosan buat benda sama sebab perasaan ingin tahu nak belajar tak pernah berhenti. Selain butik Mango, Biey pernah bekerja di butik Zara juga. “Sekarang saya pegang jawapan assistant store manager, jika ada rezeki target seterusnya nak jadi store manager dekat butik jenama mewah lain. “Apa-apa pun, timba pengalaman walaupun kena mula dari bawah. Apabila dah merasa dari bawah kita faham perasaan orang bawahan dan tahu menguruskan pekerja. “Bagi saya, walaupun pernah gagal dalam pelajaran, tak bermakna saya gagal dalam kehidupan. Asalkan kita dah setkan dalam kepala buat sesuatu dengan bersungguh,” ujar Biey lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI