suria

Suami hilang selera dengan isteri, merungut tak ‘pasang badan’ selepas beranak - “Tiap-tiap bulan aku bagi RM50”

Luahan seorang lelaki mengenai isterinya akhirnya mengundang kecaman ramai.

SETIAP wanita semestinya berdoa agar dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga.

Tidak perlu mempunyai paras rupa atau 'poket tebal' semata-mata, namun bagi wanita, cukup sekadar lelaki tersebut setia, saling menerima pasangan seadanya di samping tidak lupa tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Tetapi tidak semua perkahwinan yang diimpikan disirami dengan kebahagiaan.

Dalam sesetengah kes, bahagia yang dikecapi hanya seketika sebelum perkahwinan bertukar menjadi hambar dek kerana pelbagai faktor, antaranya pasangan berubah sikap.

Kisah yang dikongsikan oleh seorang konsultan keluarga, Dhalia Shah mengenai satu pasangan suami isteri, benar-benar membuka mata ramai mengenai realiti alam perkahwinan untuk dijadikan sebagai pengajaran bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Mek Kelantan derita dapat suami dayus, tak hirau isteri lahirkan zuriat sendiri... Macam pengemis minta azankan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kerja di Singapura tenang dituduh dayus tak beli kereta untuk isteri hamil, ajar ‘kira kos’ kepada yang cakap ikut sedap mulut

Dalam kes tersebut yang dibawa ke mahkamah, si suami meluahkan perasaannya yang sudah bosan dengan isteri yang baginya sudah tidak menarik seperti dahulu

"Aku baru kahwin dua tahun dengan wife aku. Tahun pertama memang bahagia gila. Masuk tahun kedua selepas isteri aku beranak anak pertama, aku jadi macam bosan dengan isteri aku.

"Lagi-lagi aku tengok dia tak ada langsung nak jaga badan, jaga kecantikan sedangkan tiap-tiap bulan aku bagi RM50 dekat dia. Boleh saja kalau dia nak beli apa-apa untuk melawa," luahnya dan kemudian dikongsikan oleh Dhalia di TikTok.

solek 1

Ramai berpendapat wang RM50 yang diberi kepada isterinya langsung tidak mencukupi untuk membeli peralatan solek atau barangan kecantikan diri. Gambar hiasan

Menurut lelaki tersebut, situasi itu membuatkan sikapnya turut berubah menjadi pemarah dan cepat melenting.

Namun lebih mengejutkan, lelaki tersebut terfikir untuk mencari isteri baharu bagi memenuhi kehendaknya.

"Kadang-kadang aku ada fikir nak cari seorang lagi. Aku rasa aku mampu. Gaji pokok aku ditambah dengan elaun lebih masa (overtime) dalam RM1,500 macam tu.

"Jadi tak ada masalah nak tambah seorang lagi," luahnya lagi.

Nak beli set barangan kecantikan dengan RM50 pun tak lepas... Awak ada hati lagi nak tambah isteri baru.

NETIZEN

Perkongsian kisah tersebut nyata mengundang rasa geram dan amarah netizen dengan rata-ratanya mengecam lelaki berkenaan yang disifatkan tidak 'mengukur baju pada badan sendiri'.

"Apa ni beri RM50 sebulan suruh isteri melawa? Suami saya beri RM50 sehari untuk makan

"Nak beli set barangan kecantikan dengan RM50 pun tak lepas... Awak ada hati lagi nak tambah isteri baru.

solek komen

Rata-rata netizen mengecam lelaki berkenaan kerana diibaratkan 'tidak mengukur baju di badan sendiri'.

"Saya masuk Watson pun belanja RM300 sebulan... belum kira rawatan rambut, kuku dan lain-lain.

"Moga aku dijauhkan daripada lelaki macam ni," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini video 'contoh suami gagal' yang dikongsikan Dhalia meraih lebih 1.1 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain