TULAR satu insiden melibatkan kenderaan sewa persendirian (PHV) yang sedang dipandu di jalan raya apabila seorang penumpang lelaki melompat keluar dari kenderaan tersebut, dikatakan berpunca daripada pertengkaran dengan isterinya. Menerusi posting asal dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang mengakui dirinya sebagai pemandu kenderaan tersebut, penumpang lelaki itu yang menaiki PHV bersama isterinya tiba-tiba melompat keluar dari kereta ketika ia sedang bergerak. Ambulans yang tiba di tempat kejadian. Posting itu juga menceritakan bahawa pasangan itu pada mulanya bergaduh sebelum lelaki berkenaan tiba-tiba melompat keluar secara mengejut, dalam kejadian di Cluny Road, Singapura. “Penumpang melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak selepas bergaduh dengan isterinya. Malang hari saya!!! Grrrrrr,” tulisnya. Posting yang sama kemudian dimuat naik semula oleh SG Road Vigilante – SGRV yang mana pasangan itu dapat dilihat sedang berdiri memberikan keterangan mereka secara berasingan kepada anggota polis yang tiba di tempat kejadian. ARTIKEL BERKAITAN: Parkir punya hal, Mat Salih terpaksa berterus terang ‘benci’ kereta Kancil... rekaannya satu penyeksaan psikologi ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Myvi buat hal lagi, rider pun terkedu! Sengaja campak 4 botol kosong, alasannya ‘nanti ada orang kutip’ - “Yang komen kaitkan zina tu jenis nak menang” Sebuah ambulans juga turut dilihat dalam salah satu gambar dan tangan serta kaki lelaki itu dilaporkan cedera berikutan kejadian itu. Seperti yang dilaporkan oleh AsiaOne, Polis Singapura mengesahkan bahawa mereka menerima panggilan kecemasan di Cluny Road, lokasi berlakunya insiden tersebut pada pukul 8.55 pagi, Sabtu.. Polis tempatan juga mengesahkan bahawa lelaki berusia 28 tahun itu dibawa ke hospital dan kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 7(1) Akta Penjagaan Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan) 2008. Selain itu dia juga dirujuk ke Institut Kesihatan Mental untuk penilaian psikiatri berikutan tindakan luar kawalan itu. Pihak polis mengambil keterangan pasangan itu. Semakan mStar di ruangan komen mendapati warga maya memberikan pelbagai komen berikutan kejadian itu. “Kenapa terjun keluar dari kereta yang bergerak. Jika tidak berpuas hati boleh minta untuk turun ke tempat yang selamat dan bukannya melompat dari kereta yang bergerak. “Lelaki memilih mati daripada bertengkar dengan isterinya. Melompat keluar dari kereta bergerak, cedera dan dimasukkan ke hospital adalah lebih berbaloi daripada perceraian. NETIZEN “Jadi dia lebih suka mempertaruhkan nyawanya daripada berada dalam kereta yang sama dengan isterinya. “Tidak dapat bayangkan tahap ketegangan bebelan yang diberikan oleh isteri yang mengakibatkan aksi sebegitu.... kasihan suami dan pemandu PHV itu. “Melompat keluar dari kereta bergerak, cedera dan dimasukkan ke hospital adalah lebih berbaloi daripada perceraian,” komen netizen pada hantaran asal. Komen netizen pada posting yang tular. Sehingga kini, tidak pasti apa punca sebenar yang menyebabkan lelaki itu melompat keluar dari PHV yang sedang bergerak itu. Bagaimanapun, satu perkara yang pasti, tindakan itu amat berbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan serius serta kematian. Justeru orang ramai diminta untuk berfikir terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan yang mampu mengancam nyawa sendiri atau orang lain. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI