"MACAM nak gugur jantung!" Demikian kata seorang ibu ketika bercerita mengenai detik cemas di mana anak bongsunya muntah tanpa henti sehingga hampir tidak sedarkan diri, baru-baru ini. Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, jelas kedengaran suaranya yang cemas sambil menangis apabila si kecil yang sudah lemah langsung tidak memberikan respons ketika dipanggil. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Mariam berkata, kejadian yang menimpa anak bongsunya, Hayyan Hadis, minggu lalu itu berpunca akibat keracunan makanan. "Selasa minggu lepas, saya hantar Hadis ke rumah neneknya pagi tu. Ketika itu dia memang sihat. Dalam pukul 4 petang, neneknya call dan beritahu Hadis muntah-muntah. "Bila diingat dia makan apa, rupa-rupanya Hadis makan roti putih. Roti itu banyak lagi dan memang tak perasan dah expired tarikhnya. ARTIKEL BERKAITAN: Bayi 4 bulan tidur tak bangun-bangun, ibu sedar badan dah sejuk... Arwah si comel positif Covid-19 tanpa sedar ARTIKEL BERKAITAN: Puas tahan mata, wanita kesal tertidur lama ketika anak demam... sedar-sedar dah kena sawan! Doktor kata si ibu sikit pun tak salah "Dia makan roti tu selepas zohor, dan dalam pukul 4 petang mula muntah. Masa saya ambil pun Hadis muntah non-stop dalam kereta sepanjang perjalanan ke hospital. "Saya seorang saja ketika itu sebab suami bekerja dan saya nak cepat kerana bimbangkan keadaannya. Saya panggil namanya, tak respons. Memang saya panik... rasa nak gugur jantung," ujar wanita berusia 28 tahun itu. Hadis dirawat di zon merah kerana keadaannya yang terlalu lemah. Menurut Mariam, anaknya segera dimasukkan ke zon merah kerana keadaannya yang terlalu lemah dan dehidrasi akibat muntah tanpa henti. "Dia muntah sampai tahap keluar air saja. Memang keadaannya lemah dan hampir tak sedarkan diri. Saya bersyukur roti yang dia makan tu dimuntahkan juga. "Doktor drip masukkan air, dalam dua jam selepas itu Hadis dah mula sedar. Dia minta dekat saya nak minum air sebab dahaga. Sampai habis sebotol air dia teguk. "Waktu tu, rasa macam dapat anak saya balik. Dia boleh gelak-gelak dan mulai aktif. Sebelum tu mukanya pucat saja. Inilah kali pertama dia jatuh sakit sampai buat jantung saya nak gugur," ujar ibu kepada dua cahaya mata yang menetap di Klang, Selangor ini. Keadaan Hadis semakin baik selepas menerima rawatan. Selepas tiga hari dirawat di hospital, Mariam dapat menarik nafas lega kerana anak bongsunya dibenarkan pulang. "Alhamdulillah... dah seminggu pun berlalu. Hadis dah sihat dan aktif macam biasa. Setiap kali tengok videonya, Hadis akan ingat dan tunjuk itu dirinya. "Sebenarnya saya share video tersebut dekat TikTok sebab nak kongsi pengalaman dan dalam masa yang sama beri peringatan kepada ibu bapa di luar sana. Inilah kali pertama dia jatuh sakit sampai buat jantung saya nak gugur. MARIAM IBU "Ada komen negatif dan kecam kerana saya rakam video Hadis sewaktu pucat tu. Sebenarnya, saya rakam sebab nak tunjuk keadaan Hadis kepada suami... dia nak tengok sebab dia sedang kerja. "Dan tujuan rekod untuk ditunjukkan kepada doktor. Jadi doktor boleh lihat sendiri keadaannya, bukan bergantung kepada penceritaan kita sahaja. Dan saya upload selepas Hadis dah sihat, untuk kongsi cerita," jelasnya lagi. Dalam pada itu, Mariam turut terharu dan mengucapkan terima kasih kerana rata-rata warga maya mendoakan kesihatan anaknya. Keadaan terkini Hadis selepas lebih seminggu insiden tersebut berlaku. "Ramai juga yang kongsi cerita pernah lalui pengalaman yang sama. Saya seorang yang sangat tegas bab pemakanan anak dan tak benarkan mereka makan jajan. "Pemakanan yang sihat akan mempengaruhi tumbesaran dan kesihatan anak-anak kita. Tapi kalau hantar ke rumah nenek atau pengasuh, mungkin kadang-kadang ia di luar jangkaan kita. "Seperkara lagi, kalau anak tak sihat, jangan lengah atau buat andaian kononnya anak sakit sikit atau demam biasa. Sebaliknya kena cepat ambil tindakan," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI