MALANG tidak berbau. Pepatah ini sesuai bagi menggambarkan situasi Nur Layla Athirah, 21, selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 14 Mac lalu. Kata Layla yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz, kejadian yang berlaku di Kelantan itu mengubah hidupnya setelah dia cuba mengelak daripada dirempuh sebuah lori. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Saya naik motosikal dari Pasir Putih nak menghala ke Mulong. Apabila sampai di Kampung Bechah Kura Melor berhampiran dengan sebuah kedai baiki kereta, tiba-tiba muncul sebuah lori dari arah kanan. “Saya cuba memotong tapi lori itu pula ubah haluan ke kanan lalu bergesel dengan motosikal saya. Saya nak mengelak tapi terlanggar pula lubang atas jalan. “Akhirnya motosikal terbabas dan saya alami luka di pinggang, lutut dan juga bahagian muka. Motosikal saya pun rosak sampai tayar bahagian hadapan pecah,” ujarnya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Setahun tunggu, baru guna seminggu kereta baharu ‘total lost’ akibat kemalangan! Pemuda syukur tiada kecelakaan ketika mak ayah guna di kampung ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan rasa terpukul, tak sedar buat liputan kes 5 beranak maut kemalangan rupanya rakan sendiri! Arwah pernah minta ‘masuk paper’ Imbas Layla yang mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, dia juga tidak menyangka impiannya untuk memakai pendakap gigi tercapai walaupun bukan melalui kaedah diinginkan. Ceritanya, rahang bahagian bawah giginya patah sehingga menyebabkan dia terpaksa memakai Arch Bar pada bahagian tersebut. “Dulu saya selalu sebut jika ada duit nak pakai braces padahal gigi saya sudah elok. Cumanya saya rasa sedikit kurang yakin dengan diri. Keadaan Layla setelah kemalangan berlaku pada 14 Mac lalu. “Tak sangka lepas kemalangan memang gigi saya ‘lari’. Menyesal pula apabila fikirkan dulu saya tak bersyukur dengan gigi asal yang dah elok. Apabila kemalangan baru nak bersyukur semua yang Allah bagi dah cukup sempurna," katanya. Menurut Layla, kos untuk memasang arch ar hanyalah menelan perbelanjaan sekitar RM40 sahaja. Bagaimanapun, seperti dinyatakan dalam salah satu video dimuat naik Layla di TikTok, kata Layla dia terpaksa 'mengorbankan' wajah demi memakai pendakap gigi. Lepas dapat tahu fasal accident, dia terus diam dan tak berhubung dengan saya langsung. NUR LAYLA ATHIRAH “Kos saya pasang arch bar hanya sikit saja namun ia belum termasuk kos lain. Tapi nanti saya tetap kena pakai braces juga. Pakai palang pada gusi ni pun sebab rahang bawah patah dan lari ke kiri. “Video yang saya beritahu tentang korban muka baru dapat pakai braces tu adalah kata-kata sinis tentang kemalangan yang dialami ni. “Ramai tak pernah tengok arch bar yang dipasang pada gusi jadi terus cakap braces jenis baharu ni untuk lebih cepat rapatkan gigi,” jelasnya yang hanya berniat berseloroh ketika membalas kecaman diterima. X-ray menunjukkan keadaan rahang Layla yang patah. Bagaimanapun jatuh ditimpa tangga, Layla berkata susulan kemalangan itu juga dia ditinggalkan oleh bekas kekasih. Menurut Layla, dia mendakwa bahawa lelaki tersebut mungkin beranggapan kesan bengkak pada wajahnya akan kekal sampai bila-bila. “Lepas dapat tahu fasal accident, dia terus diam dan tak berhubung dengan saya langsung. “Tapi lepas seminggu accident, saya dapat tahu yang dia pun kemalangan juga. Layla tidak lagi memakai Arch Bar setelah rahangnya sembuh. “Saya pun tak tanya khabar dia lepas tu sebab masa tu cuma fokus pada kesihatan diri saja. Saya tak kisah tak ada dia pun. Famili banyak beri sokongan untuk terus bersemangat,” ujar Layla lagi. Sehingga kini, perkongsian Layla berkaitan kemalangan meraih lebih dua juta jumlah tontonan di TikTok. Imbas Layla, dia sendiri tidak menyangka bahawa video-video tersebut bakal menjadi viral sehingga ramai yang mahu mengetahui kisah disebalik kejadian. Dalam pada itu, ujar Layla dia bersyukur walaupun menerima kecaman tapi masih ramai yang mendoakan kesembuhannya di ruangan komen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI