suria

Suami adu domba di Facebook, pedih jumpa hard disk penuh foto isteri dengan ex-BF... Netizen suruh buang, jangan ungkit kisah lama

Isteri kantoi simpan gambar bekas kekasih dalam hard disk.

HATI sesiapa saja pastinya akan luluh apabila mengetahui pasangan masih menyimpan gambar bekas kekasih meskipun sudah mendirikan rumah tangga, tambahan pula ia memaparkan aksi mesra ketika berdua-duaan.

Lebih memilukan apabila gambar tersebut masih tersimpan rapi sedangkan perkahwinan sudah menjangkau usia hampir 10 tahun.

Mengakui sedih dengan situasi tersebut, seorang lelaki meluahkan perasaannya di media sosial.

Malah dia turut meminta pandangan warganet tentang apa yang perlu dilakukan selepas menemui gambar berkenaan.

Memulakan cerita, dia memaklumkan sudah berkahwin dengan pasangannya selama tujuh tahun dan mempunyai tiga orang anak.

Posting yang dimuat naik oleh suami.

Posting yang dimuat naik oleh suami.

“Baru ni saya terjumpa gambar bekas kekasih isteri dan ia adalah gambar mereka berdua-duaan ketika sedang dating dahulu.

“Dia berbaring free hair dalam folder hard disk tu,” luahnya di Facebook Page Kisah Rumah Tangga.

Menurutnya lagi, sebelum ini isterinya juga pernah kantoi menyimpan gambar bersama bekas kekasih.

Namun, pada masa itu dia masih boleh memaafkan dan menerima silap tersebut.

“Dulu masa baru kahwin, kantoi juga dengan saya masih simpan. Tapi saya terima lagi silap tu sebab dalam laptop kawan dia.

“Apabila saya suruh padam, dia terus lakukan. Pada masa sama saya bagi nasihat dan amaran supaya itu adalah gambar terakhir yang dipadam.

Pasangan perlu saling mempercayai dalam perkahwinan. - Gambar hiasan

Pasangan perlu saling mempercayai dalam perkahwinan. - Gambar hiasan

“Tapi tak sangka selepas tujuh tahun, tiba-tiba terjumpa satu hard disk ni dan apabila buka... terasa agak pedih, isteri masih simpan gambar dengan bekas kekasih,” luahnya kecewa.

Mengakui perit untuk menerima perkara tersebut, dia kemudian berasa pelik apabila isteri masih menyimpan gambar bersama kekasih walaupun sudah putus dan berkahwin.

“Kalau ikut logik, apabila dah putus dan kahwin... dah lupakan cinta lama.

Dia berbaring free hair dalam folder hard disk tu.

SUAMI

“Boleh je nak buang dan delete semua gambar tu... cuma mahu dengan tidak sahaja. Jadi apa yang patut saya lakukan,” ajunya memohon pandangan warganet.

Hantaran yang dibuatnya itu kemudian tular di Facebook selain turut dikongsikan di beberapa platform media sosial lain.

ARTIKELL BERKAITAN: ‘Masin mulut’ ibu! Doa jadi anak dara tak guna akhirnya termakbul... Gadis 21 tahun sedih tak tahu urus hidup, kaki boros

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak tidur malam fikir gambar lucah, foto ex-GF dalam folder rahsia laptop suami... ramai saran ‘angkat kaki’

Rata-rata warganet bersimpati dengan situasi yang dialaminya namun beranggapan bahawa hard disk tersebut telah lama disimpan sehingga isterinya terlupa kandungan yang ada di dalam.

Hard disk saja. Benda lama... tak payah emosi sangat. Entah-entah dia pun tak ingat gambar-gambar lama ada dalam tu, delete saja.

“Entah-entah dia pun tak ingat, yang suami beria-ria nak bongkar buat apa. Delete sendiri, settle masalah.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

“Entah dia ingat ke tak lagi gambar dalam hard disk tu... Sedangkan setelah tujuh tahun baru jumpa. Maksudnya, dia tak korek dan aku pun kalau gambar lama malas nak ambil peduli selagi tak menyusahkan.

“Isteri lupa tu bang... buang hard disk, lagipun anak tiga orang dah. Isteri pun dah tak ingat lagi, buat apa suami nak ingat-ingatkan,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, seorang netizen menyatakan dia dan suami meletakkan gambar bekas kekasih mereka dalam satu album.

“Relaks, aku dengan suami siap letak gambar bekas kekasih dalam satu album... ada masa terluang tengok balik gambar tu dan main kutuk-kutuk,” katanya.

Selain nasihat yang ditinggalkan di ruangan komen, terdapat juga warganet yang mempertikaikan tujuan si suami menyelongkar gambar lama isteri kerana dilihat sengaja ingin mencetuskan pergaduhan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain