BANTAL busuk cukup sinonim dengan anak kecil dan pastinya sukar untuk dipisahkan kerana sudah dianggap sebagai ‘teman’ sejati. Selain dipeluk ketika tidur, ada juga yang menjadikan ia sebagai tempat curahan perasaan lebih-lebih lagi selepas dimarahi ibu atau ayah. Pun begitu, ada yang berjaya meninggalkannya apabila usia meningkat dewasa kerana berasa malu apabila diejek mempunyai bantal busuk. Berbeza dengan situasi Farrah Izzati Awang, dia masih membawa bantal busuk walaupun sudah mendirikan rumah tangga pada Mei 2022. Menceritakan kisah tersebut, kakak keduanya yang bernama Siti Zawiyah memberitahu, Farrah memiliki bantal busuk sejak usianya tiga tahun. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Malah adik bongsunya itu pernah menangis teresak-esak kerana bantal busuk dibasuh arwah bapa mereka. “Farrah merupakan adik bongsu dan paling manja. Dia mula ada bantal busuk ketika berumur tiga tahun, namun dalam video tular itu adalah bantal keduanya. “Sebelum ni bantal kecil bayi yang dia usung sampai kekabu habis. Pernah suatu hari, arwah abah basuh dan bau hilang...disebabkan itu dia menangis teruk dan pada masa sama tak tidur malam. “Kami kakak-kakak memang semua tak suka la sebab dia asyik menangis sedangkan orang lain nak ke sekolah esoknya,” ujarnya ketika dihubungi mStar. Bagi menghentikan tangisan dia, bantal besar diberikan bagi menggantikan bantal busuk yang telah dibasuh. Zawiyah (tengah) bersama Farrah dan kakak sulung. Tak sangka dia gunakannya sehingga sekarang kerana saiz bantal pun sudah mengecil disebabkan kekabu yang semakin berkurangan. Menurutnya Zawiyah lagi, kakak sulung bersama seorang lagi adiknya pernah beberapa kali menyembunyikan bantal busuk milik Farrah. “Sebelum ni kakak saya dengan adik ketiga sembunyikan atas almari dapur, malam tu mak tak boleh tidur sebab Farrah asyik menangis dan main kaki... mak tak boleh tahan dengan perangai dia tu, jadi mak suruh pulangkan balik bantal busuk tu. “Sebenarnya banyak kali dah ambil sembunyi bantal busuk tu, tapi dia memang tak boleh berpisah. Kalau tak ada, dia tak boleh tidur malam dan asyik menangis. “Pernah satu tahap tu, kakak betul-betul marah sebab tak suka dia dengan bantal busuk. Jadi bantal tu dihempuk (dihempas-hempas) ke lantai sampai pecah dan kekabu terkeluar. Zawiyah mempunyai seorang kakak, dua adik perempuan dan seorang lelaki. “Farrah ni boleh kutip kekabu tu dan masukkan balik dalam bantal kemudian dia ikat getah sebab bantal koyak,” imbas anak kelahiran Kuala Nerang, Kedah yang berusia 38 tahun itu lagi. Bercerita tentang hari perkahwinan adik bongsunya pula, ujar pelukis pelan yang juga peniaga durian creep ini, sebelum majlis bersanding di rumah pengantin lelaki, dia dan adik beradik yang lain telah menyembunyikan bantal busuk Farrah. Namun, ia berjaya dijumpai tanpa pengetahuan mereka. Dia ambil bantal busuk tu, bungkus elok-elok dalam beg dan letak di kereta kakak... memang semua tak jangka langsung. ZAWIYAH Malah, Farrah juga berjaya ‘membawa’ keluar bantal busuknya dan diletakkan di dalam bonet kereta kakaknya tanpa diketahui sesiapa sehinggalah hari persandingan sebelah lelaki. “Sebelum kenduri di rumah pengantin lelaki, kami dah sembunyikan bantal busuk tu... tapi tak tahu macam mana dia boleh dapat balik. ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin risau tak boleh tinggal bantal busuk! Lunyai, tak boleh diselamatkan sebab dah 19 tahun guna - “Saya minta mak jangan cerita, nanti malu” ARTIKEL BERKAITAN: Bapa anak satu tak segan kongsi kisah bantal busuk usang, isteri siap suruh buang - “Anak lelaki saya main, tiba-tiba terkoyak... ” “Dia ambil bantal busuk tu, bungkus elok-elok dalam beg dan letak dalam kereta kakak. Memang semua tak jangka langsung masa dia tahan kereta bila kami nak gerak balik. Ingatkan nak salam rupanya nak ambil uncang tu. “Sekali tu kantoi jumpa bantal busuk, dia senyap-senyap nak bawa rumah mentua masa tu. Disebabkan itu, kakak ‘sekolahkan’ dia sampai menangis,” katanya. Keluarga manja berasal dari Kuala Nerang.Keluarga manja berasal dari Kuala Nerang. Pada masa tu, Farrah akur apabila bantal busuk diambil daripada dia. Namun, ia dihantar kembali kerana bimbang Farrah tidak boleh tidur malam di tempat dan suasana baru. “Oleh itu, saya suruh kakak bagi balik bantal busuk kat Farrah sebab tak sampai hati tengok dia menangis dan bimbang dia tidak boleh tidur malam,” luahnya lagi. Dalam pada itu, Zawiyah bersyukur kerana adik bongsunya mendapat suami yang memahami dan kini mereka menetap di Pulau Pinang. Terdahulu, video perkongsiannya tentang momen adiknya dengan bantal busuk tular di aplikasi TikTok. Menyusuri ruangan komen, majoriti menyatakan mempunyai bantal busuk dan bimbang ia dibuang selepas berkahwin. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI