suria

Sotong masak sambal RM15 seekor, pemilik restoran dipuji tak sembunyi harga... “Terpulang isi dompet, sila kalau nak makan juga”

Tindakan pemilik restoran memaparkan harga bagi lauk sambal sotong mengundang pujian netizen.

SEBELUM ini tular beberapa insiden di mana warga maya berkongsi pengalaman 'ngeri' mereka apabila terpaksa membayar harga lauk 'kayangan' di restoran.

Antaranya, kisah sotong goreng tepung berharga RM100 seekor sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pelanggan di sebuah restoran mamak.

Pelanggan tersebut turut memuat naik gambar resit makanannya yang jumlah keseluruhannya berharga RM108.30.

Selain sotong goreng yang berharga RM100, lauk lain yang diambilnya adalah sayur kobis dan telur masin berserta nasi putih.

Begitu juga dengan satu lagi insiden lain di mana seorang pelanggan terkejut apabila mendapati lauk kari kepala ikan yang dipesannya berharga RM600, juga di salah sebuah restoran mamak terkenal di ibu kota.

Perkongsian tersebut nyata menimbulkan reaksi yang pelbagai daripada netizen, namun rata-ratanya menyalahkan pelanggan berkenaan kerana tidak bertanya harga lauk-lauk berkenaan terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan kongsi sotong restoran mamak berharga RM100, ramai persoal nak tayang resit atau kereta?

ARTIKEL BERKAITAN: Kepala Ikan RM600: “Lain Kali Tengok Harga Dulu!”

Terbaharu, seorang warga maya berkongsi satu video di mana restoran yang dikunjunginya mengambil pendekatan memaparkan harga bagi lauk sambal sotong pada tray hidangan tersebut untuk rujukan para pelanggan.

"Sis suka peniaga macam ni... dia tulis siap-siap. Jadi terpulang orang nak ambil ke tak. Takda la dah sampai masa bayar terkejut," tulisnya pada video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

sotong 2

Harga seekor sotong mencecah RM100 sebagaimana yang tular sebelum ini.

Kelihatan pada pita pelekat tersebut tertulis 'sotong sambal RM15', merujuk harga seekor sotong.

Sungguhpun hanya menulis menggunakan pen pada pita pelekat, namun tindakan pemilik restoran tersebut mengundang pujian warga maya lebih-lebih lagi selepas tularnya isu harga lauk 'kayangan' yang ditularkan di media sosial.

Tak kisahlah dia nak letak harga RM20 atau RM30. Sotong dia kan. Rasa mampu, ambil. Tak mampu, tak payah.

NETIZEN

"Good idea ni... terpulang isi dompet, kalau nak makan juga sila.

"Kan elok macam ni, boleh la bajet-bajet.

"Ini bagus... tak kisahlah dia nak letak harga RM20 atau RM30. Sotong dia kan. Rasa mampu, ambil. Tak mampu, tak payah," demikian antara sebahagian komen netizen.

komen

Antara komen netizen terhadap perkongsian video tersebut.

Namun lokasi sebenar restoran tersebut tidak dinyatakan di dalam perkongsian video berkenaan.

Sehingga kini video berkenaan meraih sehingga 29,200 jumlah tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain